Halia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Halia
Koeh-146-no text.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Z. officinale
Nama binomial
Zingiber officinale

Halia (Jawi: هليا; nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan di mana rizomnya diambil dan selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dan perubatan tradisional.[2] Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Maritim dan dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia, kemudian merebak penggunaannya ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean. Ia termasuk dalam keluarga Zingiberaceae, yang juga termasuk kunyit,[3] pelaga, dan lengkuas.

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

Halia juga dikenali sebagai jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).

Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Herba sederhana besar setinggi 60 hingga 125 sentimeter.

  • Batang: Batang tidak berkayu, tumbuh menegak, berumpun, Rizom yang tumbuh mendatar di dalam tanah bersaiz besar, isi berwarna kuning, kulit berwarna coklat muda, tunas baru berwarna kemerahan.
  • Daun: Daun berbentuk bujur dengan hujung menirus, berwarna hijau tua, tepi licin, tangkai daun keluar dari rizom.
  • Bunga: Bunga majmuk, sederhana besar, putih kekuningan, jambak bunga jantan dan betina keluar dari celah kelopak daun.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir, dan darah haid berbau hamis.[perlu rujukan]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Masakan dan makanan dan minuman[sunting | sunting sumber]

Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.[4]

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Zingiber officinale", Germplasm Resources Information Network, Khidmat Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dicapai pada 10 Disember 2017 Invalid |mode=CS1 (bantuan)
  2. ^ "Ginger, NCCIH Herbs at a Glance". US NCCIH. 1 September 2016. Dicapai pada 2 February 2019.
  3. ^ "Curcuma longa L." Plants of the World Online, Kew Science, Kew Gardens, Royal Botanic Gardens, Kew, England. 2018. Dicapai pada 26 March 2018.
  4. ^ Ginger 'may fight ovarian cancer'

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]