Halim Arshat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz Haji

Halim Arshat
Setiausaha Agung PAS
Dalam jawatan
1989–1998
Didahului olehHassan Shukri
Digantikan olehHishamuddin Yahaya (pemangku)
Ketua Pemuda PAS Pusat
Dalam jawatan
1987–1989
Didahului olehMustafa Ali
Digantikan olehAbu Bakar Chik
Butiran peribadi
LahirHalim bin Arshat
(1942-12-18) 18 Disember 1942 (umur 81)
Kampung Nongka, Jitra, Kedah, Tanah Melayu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Anak-anakSyarhan Humaizi Halim
Muhammad Najhan Shahir Halim
PekerjaanAhli politik, Agamawan

Halim bin Arshat (Jawi: عبدالحليم أرشد) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung PAS (1989-1998) dan Ketua Pemuda PAS Pusat (1987-1989).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abdul Halim yang dilahirkan di Kampung Nongka, Hosba, Jitra, Kedah pada 18 Disember 1942 telah mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi, Kota Bharu dan Madrasah ad-Diniah al-Bakriah, Pasir Tumbuh, sebelum memasuki Kolej Islam Malaya dan akhirnya ke Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970. Nama beliau mula dikenali setelah dilantik sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (1972-1974), di mana pada zamannya berlaku demonstrasi pelajar yang terkenal seperti isu bahasa (1971), AUKU (1971), Baling (1974) dan 'rampasan kuasa' Universiti Malaya (1974). Setelah keluar UKM pada 1974, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden PKPIM, Ahli Jawatankuasa Pusat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Ahli Jawatankuasa Pusat Majlis Belia Malaysia (MBM) sehingga 1978[1].

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mulai aktif dalam PAS yang disertainya sejak 1973 dengan menjadi calon PAS dalam Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Kubang Pasu. Beliau turut bertanding di kerusi Parlimen Kota Setar (1986), Jerlun-Langkawi (1982) dan Jerlun (1995), selain menjadi calon PAS dalam Pilihan raya kecil Parlimen Padang Terap (1985) dan DUN Jerlun (1991).

Dengan pengalaman politik, pada 12 April 1989, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Setar (1981-1989), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (1979-1987), Ahli Jawatankuasa Kerja Agung PAS (1983-1987) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1987-1989)[1].

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan mengundi Nama Undi Lawan Undi Majoriti
1978 Parlimen Kubang Pasu Halim Arshat (PAS) 18,198 Mahathir Mohamad (BN-UMNO) 9,953 8,245
1982 Parlimen Jerlun-Langkawi Halim Arshat (PAS) 11,097 Sanusi Junid (BN-UMNO) 18,593 7,496
1985 Parlimen Padang Terap Halim Arshat (PAS) 12,560 Baharom Bakar (BN-UMNO) 18,262 5,702
Choong Seang Hai (Bebas) 118
Khalid Abdullah (Bebas) 93
1986 Parlimen Kota Setar Halim Arshat (PAS) 13,344 Abdul Hadi Derani (BN-UMNO) 14,738 1,394
1990 Parlimen Kuala Kedah Halim Arshat (PAS) 14,792 Mohammad Abu Bakar Rautin Ibrahim (BN-UMNO) 17,397 2,605
1990 DUN Jerlun Halim Arshat (PAS) 9,793 Yusof Abdul Rahman (BN-UMNO) 11,210 1,417
1991 DUN Jerlun Halim Arshat (PAS) 9,958 Azizan @ Khalid Ahmad (BN-UMNO) 10,742 784
1995 Parlimen Jerlun Halim Arshat (PAS) 14,436 Hanafi Ramli (BN-UMNO) 18,012 3,576

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Dr. Mohd Fadhli Ghani (12 April 2016). "12 April 1989 : Ustaz Abdul Halim Arshat Dilantik Sebagai Setiausaha Agung PAS". Akauntan Haraki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-17. Dicapai pada 26 Februari 2021.