Halim Bachik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Datuk

Abdul Halim Bachik

DMSM (Melaka)
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Melaka
Memegang jawatan
2018
Didahului olehDatuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
Memegang jawatan
2018
Butiran peribadi
Lahir12 Januari 1969 (52 tahun)
Kampung Ramuan China Kecil, Masjid Tanah, Melaka
Parti politikPakatan-harapan-logo.jpg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg
Anak-anak4 orang
HubunganBerkahwin
PekerjaanAhli Politik

Datuk Halim Bachik ialah ahli politik dari PH-PKR. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 12 Januari 1969 (52 tahun) di Kampung Ramuan China Kecil, Masjid Tanah, Melaka. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Veterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka pada pemilihan PKR semasa tahun 2018. Beliau menggantikan YB Shamsul Iskandar Md Akin yang kini menjawat sebagai Ketua Penerangan PKR.

Selain menjadi Pengerusi PKR Melaka, beliau ialah Ketua Cabang Masjid Tanah dari tahun 2010 hingga kini. Timbalannya ialah YB Rusnah Aluai ahli parlimen Tangga Batu.

Beliau turut pernah menjawat sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri Melaka dan Penyelaras DUN Tanjung Bidara.

Pada tahun 2019, Datuk Halim Bachik dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka. Dalam proses pengundian ADUN Melaka, terdapat 13 undi menolak pencalonan beliau (semua dari BN), 12 undi menyokong beliau dan 2 tidak hadir (ADUN PKR) iaitu ADUN Rembia Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Machap Jaya Ginie Lim Siew Lin. Ketidakhadiran dua ADUN ini menyebabkan beliau tidak berjaya menjadi Ahli Dewan Negara.

Pada tahun 2020, 2 ADUN BERSATU iaitu Mohd Rafiq Naizamohideen dan Noor Effandi Ahmad, 1 ADUN PKR Muhammad Jailani Khamis dan 1 ADUN DAP Norhizam Hassan Baktee mengumumkan keluar Pakatan Harapan dan menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Melaka pimpinan Adly Zahari. Bekas ADUN PKR itu kemudian menyertai UMNO manakala dua ADUN BERSATU kekal dengan BERSATU dan ADUN DAP menjadi bebas. ADUN Lendu Sulaiman Md Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka dan ketua UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka.

Pada awal bulan Oktober 2021, ADUN UMNO iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron (Sungai Udang) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) umum keluar daripada kerajaan pimpinan Sulaiman Md Ali menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh sekali lagi. Mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan dan bakal memberikan mandat kepada rakyat semula. Namun demikian, usaha ini gagal apabila Yang di-Pertua Negeri Melaka bersetuju membubarkan DUN Melaka dan Pilihan raya negeri Melaka 2021 diadakan pada 20 November 2021.

Keempat-empat ADUN berkenaan memohon bertanding atas tiket PH pada PRN akan datang. Namun demikian, hanya Idris Haron dan Nor Azman Hassan sahaja diterima PH. Idris Haron bertanding di DUN Asahan mewakili PKR manakala Nor Azman Hassan bertanding di kawasannya semula. Halim Bachik selaku Ketua PKR Melaka tidak bertanding di PRN ini.

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 beliau bertanding di DUN Tanjung Bidara. Beliau tewas kepasa calon BN Haji Md Rawi bin Mahmud.

Beliau turut bertanding semasa Pilihan raya umum Malaysia 2013 di DUN Ayer Limau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]