Halim Saad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Halim Saad merupakan tokoh korporat Melayu Malaysia. Mentor beliau ialah Tun Daim Zainuddin. Beliau dan rakan usahawan seperti Tan Sri Tajudin Ramli dan Tan Sri Abdul Rashid Hussain menerima musibah apabila Krisis Kewangan Asia Tenggara melanda pada 1997.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Halim berkahwin dengan Noraini Zolkiffli pada 17 November 1979. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Nor Syahadah, 14, Muhammad Taqiuddin, 13, dan Nor Sabrina, 11 tahun.

Pada Oktober 1995, mereka ke mahkamah bagi mengesahkan perceraian taklid .Pada 1997, Halim Saad berhadapan dengan tuntutan cerai daripada isterinya Noraini tetapi segera dinafikan.Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Norani memaklumkan bahawa dua sapina telah dikeluarkan kepada Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat dan seorang sahabat kepada bapa Norani, Ismail Awang. [2]

Renong[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Renong Bhd yang satu ketika mengendalikan Projek Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) . Ekoran Krisis Kewangan 1997, pegangan beliau dalam Renong terpaksa dilepaskan. Kolej Yayasan Saad di Melaka ditubuhkan sempena nama keluarganya di Melaka. Pada 2001, Halim Saad meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Renong Bhd berikutan pengambilalihan United Engineers (Malaysia) Bhd. (UEM) oleh Syarikat Danasaham Sdn. Bhd. (Danasaham).Turut meletak jawatan ialah Tan Sri Abu Talib Othman, 62; Tun Mohammed Hanif Omar, 62; Tan Sri Radin Soenarno Al-haj, 69; Datuk Shamsir Omar, 67, Datuk Abdullah Mohd. Yusof, 62; Syed Zaid Syed Jaffar Albar, 47; Michael Lim Hee Kiang, 53 dan Lee Siew Choong, 59. Dua pengarah yang dikekalkan ialah Datuk Dr. Ramli Mohamad, 46 dan Pengarah Urusan Kumpulan, Ahmad Pardas Senin, 48.[3]


Pada 2001, Tan Sri Halim Saad telah meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan TIME dotCom Bhd. (TIME dotCom) bagi membolehkan pelantikan seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang baru.[4] Seterusnya meletakkan jawatannya sebagai Naib Pengerusi United Engineers (Malaysia) Bhd. (UEM). [5]


Pada 2006 , nama Halim dan Daim Zainuddin telah dicemari dalam rayuan kes Metramac Corporation Sdn. Bhd. (Metramac) v Fawziah Holdings. Dalam penghakiman bertulis, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dikatakan mengeluarkan komen-komen negatif terhadap kedua-dua tokoh itu.[6][7]

Pelantar minyak di Kazakhstan[sunting | sunting sumber]

Kemudian beliau menceburi bidang caligali petroleum ,gas dan makanan di luar negara khususnya di Kazakhstan melalui syarikat miliknya Markmore Sdn Bhd. Beliau adalah rakyat Malaysia pertama memiliki medan minyak di Kazakhstan.Kegiatannya di Malaysia terpaksa dihadkan kerana terpaksa bersaing dengan GLC seperti Petronas. Halim mengambil masa setahun untuk mendapatkan konsesi medan minyak di Rakushechnoye yang memiliki 47 telaga. Kebanyakan medan minyak di Kazakhstan terletak di daratan dan kos pengeluaran lebih murah. Kazakhtan yang memiliki rizab emas hitam ke-11 terbesar di dunia itu membenarkan syarikat-syarikat asing memiliki telaga minyak sendiri.

Kini medan minyak atas darat itu berjaya mengeluarkan 1,000 tong sehari dan ia dijangka meningkat kepada 3,000 tong sehari dalam masa lapan tahun. Negara itu memiliki rizab minyak ke-11 terbesar di dunia. Markmore melalui anak syarikatnya Markmore Energy (Labuan) Ltd. (Markmore) dan Caspioilgas LLP (Caspioilgas) merupakan pemilik konsesi lapangan minyak di Kazakhstan untuk tempoh 25 tahun. Setakat ini minyak hanya dieksport ke Eropah sahaja.[8]

Ladang di Kemboja[sunting | sunting sumber]

Selain itu,Halim Saad juga membeli tanah seluas sejuta hektar di Kemboja membabitkan pelaburan RM1 bilion. Tanah itu akan dijadikan pusat tanaman makanan seperti jagung, kopi, getah, soya dan tebu. Hasilnya nanti akan dibawa semula ke Malaysia.Pada 2010, Halim gagal memiliki QSR Brands Bhd yang mengendalikan perniagaan KFC.[9] QSR dikuasai oleh Kulim Bhd yang turut dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp), merupakan pemilik rangkaian restoran makanan segera terbesar di Malaysia dan rantau ini melalui KFC, Pizza Hut,Ayamas dan Rasamas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]