Halimah As-Sa'diyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Halimahtus Sa'adiah)

Halimahtus Sa'adiah (Arab: حليمة السعدية) atau nama sebenarnya Halimah binti Abi Dhuayb Abdullah ibn Al-Harith ibn Shagna ialah ibu susu yang juga merangkap ibu angkat bagi Nabi Muhammad s.a.w. Halimah dan juga suaminya Al-Harith bin Andul Uzza berasal daripada kabilah atau puak Arab Sa'd bin Bakr, yang merupakan sub-bahagian dari Hawazin (kabilah atau puak terbesar yang menguasai wilayah Arab utara pada ketika itu).[1]

Tradisi Arab ketika zaman itu ialah menghantar bayi yang baru lahir untuk disusukan di persekitaran padang pasir yang lebih sihat berbanding di kota Makkah. Para ibu susu Badwi tersebut bagaimanapun lebih gemarkan bayi yang bapanya masih hidup. Begitu juga Halimah, namun disebabkan gagal mendapat bayi lain, beliau mengambil juga Muhammad SAW, lapan hari selepas baginda diputerakan. Beliau menyusukan baginda sehingga cerai susu sekitar umur dua tahun sebelum dipulangkan kepada ibunya Aminah binti Wahab. Bagaimanapun beliau meminta dan dibenarkan untuk terus memelihara baginda sehinggalah berumur empat atau lima tahun, iaitu sehingga peristiwa hati baginda dicuci Malaikat Jibril.[2]

Makam Halimah terletak di Jannatul Baqi, Madinah, Arab Saudi.[perlu rujukan]

Anak[sunting | sunting sumber]

  • Abdullah ibn Al-Harith
  • Anissa binti Al-Harith
  • Hothafa binti Al-Harith (juga dikenali sebagai Al-Shaimaa binti Al-Harith

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ William Montgomery Watt, Ḥalīma Bint Abī Ḏh̲u;ayb, Encyclopedia of Islam
  2. ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Muhammad's Birth and Forty Years Prior Prophethood". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 57–59.