Halis Azhan Mohd Hanafiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Halis Azhan Mohd Hanafiah merupakan seorang pengarang di Malaysia. Beliau dilahirkan di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Januari 1970.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Melor, Kelantan dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan. Beliau memperoleh B.Ed. TESL (Hons) daripada UKM pada tahun 1993 dan M.A. (Kesusasteraan Melayu) daripada UPM pada tahun 2002.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau sekarang berkhidmat sebagai pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Beliau mula menulis pada 31 Januari 1984. Karya pertama beliau ialah sebuah cerpen kanak-kanak berjudul Anak Pungut (Bujal, Januari 1985). Novel-novel hasil pena beliau ialah Konflik (Utusan Melayu, 1989), Krisis (Utusan Melayu, 1990), Ariff (Marwilis Publisher, 1991), Cinta Gadis Nadia (Utusan Melayu, 1992), Biduk Berlalu (Utusan Melayu, 1993), Azfa Hanani (Utusan Melayu, 1994), Erni Aflina (DBP, 2001), dan Seperti Sejalur Pelangi (DBP, 2004). Halis Azhan juga menghasilkan tiga buah kumpulan cerpen remaja, iaitu Dunia Kecil Kami (FIP, 2007), Terjerat Dalam Belenggu (FIP, 2007) dan Cerita pada Hari Valentine (2007).

Antara karya beliau adalah:-

  • Cinta Gadis Nadia (1992)
  • Biduk Berlalu (1993)
  • Azfa Hanani (1996)[1]
  • Erni Aflina (2001)[2]
  • Seperti Sejalur Pelangi (2004)
  • Syurga Kasih di Kaki Pelangi (2010)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Halis Azhan pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank pada tahun 1988, 1989, 1991, 1992, 1993 dan 1994 bagi kategeri novel dan cerpen remaja, Hadiah Pertama Cerpen Kanak-kanak Mobil – DBP 1998 dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 bagi kategori Kumpulan Cerpen Kanak-kanak. Beliau juga pernah dilantik sebagai panel hakim beberapa sayembara penulisan tanah air. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azfa Hanani by Halis Azhan Mohd Hanafiah
  2. ^ Erni Aflina by Halis Azhan Mohd Hanafiah
  3. ^ "Biodata Pengarang Novel Azfa Hanani". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-26. Dicapai pada 2015-05-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]