Halloween

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jack-O-Lantern, labu simbol Halloween
Teka berat labu Halloween

Halloween ([hælə'win], [hælo'win]) adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober di negara-negara yang berbahasa Inggeris, dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow)[1]. Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.

Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.

Halloween berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland dan Scotland membawanya ke Amerika Utara.

Simbol Halloween[sunting | sunting sumber]

Simbol Halloween dikaitkan dengan musim luruh dan watak-watak terkenal dan menyeramkan dari filem Amerika dan ahli pereka grafik. Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian, keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos. Watak yang sering dikaitkan dengan Halloween misalnya ialah watak syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk asing, ahli sihir, kelawar, burung hantu, burung gagak, burung bangkai, rumah hantu, kucing hitam, labah-labah, goblin, zombi, mumia, tengkorak, dan serigala jadian. Di Amerika Syarikat, simbol Halloween biasanya turut dikaitkan dengan tokoh dalam filem klasik dari Drakula hinggalah Frankenstein.

Hitam dan oren dianggap sebagai warna tradisional Halloween, walaupun sekarang banyak juga barang-barang Halloween yang berwarna ungu, hijau dan merah.

Labu yang merupakan hasil tuaian musim gugur di hemisfera beriklim sejuk sering dijadikan simbol Halloween, begitu pula orang-orang sawah sebagai penjaga hasil tuai. Simbol Halloween yang difahamkan secara sejagat adalah labu yang diukir membentuk wajah "menyeramkan" yang diberi nama Jack-o'-lantern. Untuk kelihatan lebih seram, pelita Jack-o'-lantern biasanya diletakkan di tempat gelap, kerana di dalam labu diletakkan lilin yang menyala atau lampu.

Di Amerika Syarikat, pelita Jack-o'-lantern sering diletakkan di depan pintu masuk rumah apabila hari mula gelap. Tradisi membuat pelita Jack-o'-lantern berasal dari Amerika Utara yang banyak menghasilkan labu berukuran besar yang mudah diukir.

Makanan Halloween[sunting | sunting sumber]

Di hemisfera utara, perayaan Halloween berlangsung ketika musim epal sehingga Candy Apple atau caramel apple (epal yang dicelup ke dalam cairan gula) terkenal sebagai makanan Halloween.

Selain itu, hidangan lain sebagai tradisi Halloween ialah pai labu, sari buah epal (minuman cider), gula-gula jagung, tofi bonfire, Tofi epal, dan gula-gula yang dibungkus dengan warna Halloween (oren, coklat, atau hitam).

Perayaan di Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Bagi kanak-kanak di Amerika, Halloween bererti kesempatan untuk mereka memakai kostum Halloween dan mendapatkan gula-gula, manakala bagi orang dewasa adalah kesempatan berpesta kostum. Bagi peniaga di Amerika, Halloween berada di tempat kedua di selepas Krismas sebagai perayaan yang paling yang menguntungkan.[2].

Sejarah topeng dan kostum Halloween sebelum tahun 1900 di Amerika atau di tempat lain masih sedikit yang diketahui kerana keterbatasan sumber utama.[3] Kostum Halloween masih belum terlihat di kedai-kedai hingga tahun 1950-an, walaupun topeng Halloween sudah ada lebih awal.

Pada tahun 2005, persatuan pengusaha gula-gula Amerika melaporkan 80% orang dewasa bercadang hendak memberi gula-gula kepada kanak-kanak yang datang,[4], sedangkan 93% kanak-kanak ingin berziarah dari pintu ke pintu rumah pada malam Halloween.[5]

Bandar Anoka di Minnesota mendakwa diri sebagai "ibu kota Halloween" dan merayakannya dengan besar-besaran. Bandar Salem di Massachusetts yang terkenal dengan legenda penyihir dari Salem biasanya dikunjungi lebih banyak pengunjung menjelang perayaan Halloween.

New York mengadakan sambutan perayaan Halloween terbesar di Amerika Syarikat yang disebut The Village Halloween Parade. Sambutan yang dimulakan oleh pembuat topeng di Greenwich Village New York sekarang menarik perhatian 2 juta peserta dan pengunjung, sekaligus ditonton 4 juta penonton televisyen.

Senarai bacaan[sunting | sunting sumber]

  • Diane C. Arkins, Halloween: Romantic Art and Customs of Yesteryear, Pelican Publishing Company (2000). 96 pages. ISBN 1-56554-712-8
  • Diane C. Arkins, Halloween Merrymaking: An Illustrated Celebration Of Fun, Food, And Frolics From Halloweens Past, Pelican Publishing Company (2004). 112 pages. ISBN 1-58980-113-X
  • Phyllis Galembo, Dressed for Thrills: 100 Years of Halloween Costumes and Masquerade, Harry N. Abrams, Inc. (2002). 128 pages. ISBN 0-8109-3291-1
  • Ronald Hutton, Stations of the Sun: A History of the Ritual Year in Britain, Oxford Paperbacks (2001). 560 pages. ISBN 0-19-285448-8
  • Jean Markale, The Pagan Mysteries of Halloween: Celebrating the Dark Half of the Year (translation of Halloween, histoire et traditions), Inner Traditions (2001). 160 pages. ISBN 0-89281-900-6
  • Lisa Morton, The Halloween Encyclopedia, McFarland & Company (2003). 240 pages. ISBN 0-7864-1524-X
  • Nicholas Rogers, Halloween: From Pagan Ritual to Party Night, Oxford University Press (2002). 198 pages. ISBN 0-19-514691-3
  • Jack Santino (ed.), Halloween and Other Festivals of Death and Life, University of Tennessee Press (1994). 280 pages. ISBN 0-87049-813-4
  • David J. Skal, Death Makes A Holiday: A Cultural History of Halloween, Bloomsbury USA (2003). 224 pages. ISBN 1-58234-305-5
  • Ben Truwe, The Halloween Catalog Collection. Portland, Oregon: Talky Tina Press (2003). ISBN 0-9703448-5-6.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Simpson, John; Weiner, Edmund (1989). Oxford English Dictionary (edisi second). London: Oxford University Press. ISBN 0-19-861186-2. 
  2. Thompson Smith, Samantha. "Halloween proves profitable for retailers in Raleigh, N.C., and elsewhere.", The News & Observer, 2004-10-19. Dicapai pada 2006-09-14. 
  3. Skal, David J. (2002). Death Makes a Holiday: A Cultural History of Halloween. New York: Bloomsbury. m/s. 34. ISBN 1-58234-230-X. 
  4. "Trick-or-treaters can expect Mom or Dad’s favorites in their bags this year". National Confectioners Association. 2005. http://www.candyusa.org/Media/Seasonal/Halloween/pr_2005.asp. Capaian 2006-09-14. 
  5. "Fun Facts: Halloween". National Confectioners Association. 2005. http://www.candyusa.org/Classroom/Facts/default.asp?Fact=Halloween. Capaian 2006-09-14. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]