Hamad Kama Piah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hamad Kama Piah
Kelahiran
Hamad Kama Piah bin Che Othman

1952 (umur 68–69)
PekerjaanAhli perniagaan, Pengerusi UMW Holdings

Y. Bhg. Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah Che Othman merupakan seorang eksekutif perniagaan Malaysia dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari 1997 hingga 2016.[1] Sejak 1 Januari 2017, beliau memegang jawatan sebagai pengerusi UMW Holdings.[2]

Selain itu, beliau pernah terpilih sebagai Tokoh Ahli Perniagaan 2011 oleh Akademi Pengurusan Asia (AAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tokoh Ahli Perniagaan 2011[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima hadiah itu daripada Presiden AAM Zamri Ahmad dan Naib Canselor USM Datuk Omar Osman pada 14 Oktober 2011. Beliau turut menyampaikan ucaptama bertajuk "Transforming Asian Business Through Innovation for a Sustainable Tomorrow". Hamad Kama Piah membawa PNB setanding syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain seperti Petronas dan Khazanah Nasional. Beliau mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa dalam bidang akademik dan industri.

Tokoh perniagaan lain yang turut menerima anugerah ialah Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Pengarah Urusan Texchem Corporation Brian Tan; dan Pengarah Urusan Seletra Industries Tahiruddin Tun Hamdan.

Penerima anugerah itu sebelum ini ialah Tan Sri Bek Nielsen dari United Plantations; Tan Sri Fumihiko Konishi (Texchem Corporation); Datuk Jamaluddin Ibrahim (Maxis); Datuk Sri Ahmad Farid Ridzuan (Media Prima); dan Datuk Seri Eleena Azlan Shah (Gamuda Berhad). AAM ialah sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di USM sejak tahun 1994.[3]

Ijazah kehormat[sunting | sunting sumber]

Hamad Kama Piah dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) (PhD) oleh Universiti Malaysia Kelantan pada 19 Oktober 2019.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adela Megan Willy (15 September 2016). Hamad Kama Piah to retire as PNB president and CEO The Edge Markets. Dicapai pada 15 September 2016.
  2. ^ M. Hafidz Mahpar (30 Disember 2016). Former PNB CEO Hamad Kama Piah appointed as UMW group chairman The Star Online. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  3. ^ Tan Sri Hamad Kama Piah Dipilih Tokoh Ahli Perniagaan 2011 AAM/USM mStar Online (14 Oktober 2011). Dicapai pada 15 Oktober 2011.
  4. ^ Adila Sharrini Wahid (19 Oktober 2019). Hamad Kama Piah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UMK Sinar Harian. Dicapai pada 2 Jun 2020.
Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Mohd Helmi Taib
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Permodalan Nasional Berhad

1997 – 2016
Diikuti oleh:
Abdul Rahman Ahmad
Didahului oleh
Asmat Kamaludin
Pengerusi
UMW Holdings Berhad

sejak 1 Januari 2017
Diikuti oleh:
Penyandang terkini