Hamas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hamas
حركة المقاومة الاسلامية
JurucakapFawzi Barhoum
Ketua Biro PolitikIsmail Haniyeh
Timbalan Ketua Biro PolitikMousa Abu Mohammed Marzouk
Khaled Mashal
Pengasas
DitubuhkanDisember 10, 1987; 35 tahun yang lalu (1987-12-10)
Didahului olehIkhwan Muslimun Palestine
Ibu pejabatGenting Gaza, Gaza
Sayap ketenteraanBriged Izz ad-Din al-Qassam
Sayap khidmat sosialDakwah
IdeologiNasionalisme Palestine

Islamisme, Nasionalisme Arab, Keagamaan konservatif

Anti-Zionism Anti-Semitism
AgamaIslam Sunni
Penggabungan kebangsaanPerikatan Angkatan Palestine
Penggabungan antarabangsaIkhwan Muslimun
Majlis Perundangan Palestine (2006)
74 / 132
Bendera parti
Laman sesawang
hamas.ps

Hamas (Arab: حماس, rumi: Ḥamās, singkatan kepada حركة المقاومة الاسلامية Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah, "Gerakan Perjuangan Islam") ialah sebuah pertubuhan kebangsaan[a], ketenteraan[2] dan pejuang Islam Palestin[b]. Ia mempunyai sayap khidmat masyarakat, Dakwah, dan sayap ketenteraan, Briged Izz ad-Din al-Qassam.[c][d] Ia memenangi pilihan raya perundangan Palestine 2006[6] dan menjadi badan yang memerintah secara de facto di Genting Gaza berikutan Perebutan Gaza 2007.[7][8] Israel dan Hamas terlibat dalam beberapa peperangan dengan tahap yang perlbagai.[9] Kanada, Kesatuan Eropah, Israel, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom mengelaskan Hamas sebagai pertubuhan organisasi pengganas. Australia, New Zealand dan Paraguay pula hanya mengelaskan sayap ketenteraan mereka sebagai pertubuhan pengganas. Hamas tidak dituduh sebagai pertubuhan pengganas oleh Brazil, China, Mesir, Iran, Norway, Qatar, Rusia, Syria dan Turki. Pada Disember 2018, Perhimpunan Agung PBB menolak usul AS untuk mengecam Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas.[e]

Hamas diasaskan pada tahun 1987,[f] selepas berlakunya Intifadah Pertama, sebagai sebuah cabang kepada Ikhwan Muslimin Mesir[12] yang mana cawangannya di Gaza sebelum ini tidak bertentangan dengan Israel dan mengancam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).[13] Pengasas bersamanya, Syeikh Ahmed Yassin berkata pada 1987, dan Piagam Hamas menegaskan pada 1988, bahawa Hamas diasaskan untuk membebaskan Palestin,

termasuk kawasan Israel zaman sekarang, daripada pendudukan Israel dan untuk menubuhkan sebuah negara Islam di kawasan yang kini merupakan Israel, Tebing Barat dan Genting Gaza.[14] Sejak 1994,[15] kumpulan ini kerap menyatakan bahawa mereka menerima gencatan senjata[g][./Hamas#cite_note-23 [lower-alpha 7]] jika Israel bersetuju dengan sempadan 1967, membayar pampasan, membenarkan pilihan raya yang bebas di wilayah Palestine[17] dan memberikan pelarian Palestin hak untuk kembali.[h]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Hamas ialah akronim kepada frasa Arab حركة المقاومة الاسلامية atau Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah, yang bermaksud "Gerakan Perjuangan Islam". Akronim, HMS, kemudiannya dimasukkan dalam Piagam Hamas[19] dengan perkataan Arab ḥamās (حماس) yang mempunyai maksud tersendiri ialtu "semangat", "kekuatan", atau "keberanian".[20] Dalam Ibrani, terdapat perkataan dengan bunyi yang sama, ḥāmās (חמס) membawa maksud "keganasan" dan dicadangkan bahawa persamaan fonemik antara dua perkataan tersebut mungkin menyebabkan hubungan kritikal antara Israel dengan gerakan rakyat Palestin ini.[21]

Penamaan briged Izz ad-Din al-Qassam[sunting | sunting sumber]

Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas pula dinamakan sempena nama seorang pejuang Palestin , syahid Syeikh Izz ad-Din al-Qassam. Mereka juga kadangkala menamakan diri mereka "Pelajar Ayyash" ataupun "Unit Yahya Ayyash",[22] bagi memperingati pemimpin pertama Briged yang merupakan pakar pembuat bom yang telah dibunuh pada 1996, Yahya Ayyash, .[23]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza al-Ikhwanul al-Muslimun. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestine. Piagam Hamas menyeru supaya negara haram Zionis Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik bangsa dan sebagainya. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Zionis Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Zionis Israel keluar dari Palestine melalui Jihad.

Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihanraya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.

Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Israel, Jepun dan Kesatuan Eropah. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu. Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Genting Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.

Pandangan antarabangsa terhadap Hamas[sunting | sunting sumber]

Menurut Tobias Buck, Hamas "disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, tetapi tidak berani memperlakukannya seperti sekarang" dan di dunia Islam dan Arab ia telah hilang status hinaannya dan utusannya dialu-alukan ke ibu kota negara-negara Islam.[24] Sementara Hamas didakwa sebagai kumpulan pengganas oleh beberapa pemerintahan negara dan ahli akademik, yang lain melihat Hamas sebagai sebuah pertubuhan yang kompleks, dengan ketenteraan hanyalah satu daripada komponennya.[25][26] Amerika Syarikat telah menghalang Hamas pada 1995, begitu juga Kanada pada November 2002.[27] Kesatuan Eropah mengharamkan sayap ketenteraan Hamas pada 2001 dan, dengan tekanan AS,[28] Kesatuan Eropah memasukkan Hamas dalam senarai pertubuhan pengganas pada 2003.[29] Hamas mencabar keputusan tersebut,[30] tetapi keputusan tersebut disokong di bawah Mahkamah Keadilan Eropah pada Julai 2017.[31] Jepun,[32] New Zealand,[33] Australia dan United Kingdom,[34] dan negara-negara lain,[i] meletakkan sayap ketenteraan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.[36] Pertubuhan ini juga pernah diharamkan di Jordan.[37]

Hamas tidak didakwa sebagai pertubuhan pengganas oleh Iran,[38] Russia,[39] Norway,[j] Switzerland,[41] Turki, China,[42] Mesir, Syria, dan Brazil.[43][44][45][46][47][48][k]

Negara Dakwaan
 Australia Sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam, disenarai sebagai pertubuhan pengganas.[50]
 Brazil Hamas tidak didakwa sebagai pertubuhan pengganas oleh Brazil.[43][44]
 Kanada Di bawah Akta Antikeganasan, Pemerintahan Kanada kini menyenarai Hamas sebagai entiti pengganas, sekaligus menjadikan sebagai kumpulan pengganas, sejak 2002.[51][52]
 China Sehingga tahun 2006, China tidak mendakwa Hamas sebagai pertubuhan pengganas dan mengakui Hamas termasuk entiti politik yang dipilih di Genting Gaza mewakili rakyat Palestin. Walaupun bertentangan dengan AS dan Israel, pemerintahan China bertemu dengan wakil kanan Hamas Mahmoud al-Zahar, yang sebelum itu berkhidmat sebagai Menteri Luar Palestin, semasa Forum Kerjasama China-Arab Jun 2006, dan mengadakan perbincangan dua hala secara terus dengan Hamas dan dunia Arab. Tambahan lagi, semasa bulan yang sama, jurucakap Kementerian Luar China selanjutnya menjelaskan pendirian pro-Palestin China terhadap Hamas walaupun berbeza dengan AS dan Israel, dengan menyatakan, "Kami percaya bahawa pemerintahan Palestin telah sah dipilih oleh rakyat di sana dan ia sesuatu yang harus dihormati."[53][54]
 Mesir Pada Jun 2015, mahkamah rayuan Mesir menarik balik keputusan mereka menyenaraikan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.[55] Terdahulu pada Februari 2015, Mahkamah Urusan Segera Kaherah mendakwa Hamas sebagai pertubuhan pengganas, sebagai sebahagian cara meretakkan gerakan Ikhwan Muslimin berikutan rampasan kuasa Mesir 2013. Mahkamah menuduh Hamas menyebabkan serangan pengganas di Mesir menerusi terowong-terowong yang menyambung Semenanjung Sinai dengan Genting Gaza.[56] Pada Mac 2014, mhkamah yang sama menghalang kegiatan Hamas di Mesir, memerintahkan penutupan pejabatnya dan menahan anggota Hamas yang ditemui di negara tersebut.[57][58]
 Kesatuan Eropah Kesatuan Eropah (EU) mendakwa Hamas sebagai kumpulan pengganas dari tahun 2003. Pada Disember 2014, Mahkamah Am Kesatuan Eropah memerintahkan untuk membuang Hamas daripada senarai tersebut. Mahkamah menyatakan bahawa itu merupakan langkah teknikal dan bukan sebuah penilaian semula pengelasan Hamas sebagai kumpulan pengganas. Pada Mac 2015, EU memutuskan untuk mengekalkan Hamas dalam senarai hitam mereka "walaupun ia sebuah keputusan mahkamah yang kontroversi", dan menarik penghakiman mahkamah.[59][60][61][62][63][64][65][66] Hamas kekal dalam senarai sehingga setakat Julai 2020.[67]
 Iran Hamas tidak didakwa sebagai pertubuhan pengganas oleh Iran.[38][49]
 Israel Kementerian Luar Negeri Israel menyatakan, "Hamas kekal sebagai infrastruktur pengganas di Gaza dan Tebing Barat, dan bertindak untuk membawa serangan pengganas di wilayah Palestin dan Israel."[68]
 Jepun Setakat tahun 2005, Jepun membekukan aset 472 pengganas dan pertubuhan pengganas, termasuk dalam kalangannya dari Hamas.[69] Walaupun begitu, pada tahun 2006 secara umum Jepun mengakui Hamas menang dalam pilihan raya perundangan Palestin 2006 secara demokrasi.[70]
 Jordan Hamas diharamkan pada 1999, dilaporkan dalam permintaan AS, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.[71] Pada 2019, sumber Jordan mendedahkan "bahawa Kerajaan Jordan menolak permintaan daripada Setiausaha Agung Liga Arab pada lewat Mac untuk mengharamkan Hamas dan menyenaraikannya sebagai pertubuhan pengganas."[72]
 New Zealand Sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam, disenarai sebagai pertubuhan pengganas sejak 2010.[73]
 Norway Norway tidak mendakwa Hamas sebagai pertubuhan pengganas.[74] Pada 2006, Norway menjarakkan diri mereka daripada Kesatuan Eropah, "menuntut bahawa EU menyebabkan berlakunya masalah terhadap peranan mereka sebagai pemudah cara yang berkecuali.'"[40]
 Paraguay Sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam, disenarai sebagai pertubuhan pengganas
 Qatar Pemerintah Qatar mempunyai senarai yang didakwa sebagai pengganas. Sehingga tahun 2014, senarai tersebut tidak mempunyai sebarang nama, menurut The Daily Telegraph.[75] Pada September 2020, Qatar mengusahakan gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang dilaporkan untuk memasukkan "perancangan untuk membina stesen jana kuasa dari Qatar, peruntukkan $34 juta untuk bantuan kemanusiaan, peruntukkan 20,000 unit kit uji COVID-19 oleh Qatar kepada Kementerian Kesihatan, dan beberapa inisiatif untuk mengurangkan pengangguran di Genting Gaza."[76]
 Rusia Rusia tidak menuduh Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas, dan menganjurkan perbincangan dengan Hamas pada 2006, selepas Hamas menang dalam pilihan raya Palestin, menyatakan bahawa mereka melakukan perkara tersebut untuk menekan Hamas agar menghapuskan keganasan dan mengakui Israel.[77]
 Arab Saudi Mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 2014 dan meletakkan ia sebagai pertubuhan pengganas. Sementara Hamas pula tidak disenarai secara khusus. Sehingga Januari 2020, hubungan antara Arab Saudi dan Hamas kekal tegang walaupun terdapat cubaan untuk merapatkan. Wesam Afifa, ketua pengarah Al-Aqsa TV dipetik sebagai berkata "Arab Saudi tidak memutuskan hubungan dengan Hamas, dan bila mana Riyadh mengeluarkan senarai pengganas pada 2017, Hamas tidak tersenarai di dalamnya.
 Switzerland Switzerland tidak mendakwa Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas. Berikutan keberkecualian Swiss, dasar mereka yang berhubungan dengan pemain utara bagi sesebuah konflik adalah digambarkan dengan keinklusifan, pertimbangan dan pragmatik yang tidak berpihak. Switzerland mempunyai hubungan langsung dengan semua pemegang taruh utama dalam konflik Israel–Palestin, termasuk Hamas.[78]
 Syria Syria tidak mendakwa Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas. Syria antara negara yang melihat penentangan bersenjata Hamas adalah untuk diiktiraf.[49]
 Turki Pemerintah Turki bertmu pemimpin Hamas pada Februari 2006, selepas kemenangan pertubuhan itu dalam pilihan raya Palestin. Pada 2010, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan menerangkan bahawa Hamas ialah "pejuang kebangkitan yang bersusah payah untuk mempertahankan tanah air mereka.".[79][80]
 United Kingdom Hamas secara keseluruhannya telah disenaraikan sebagai kumpulan pengganas.[81]
 PBB Senarai kumpulan yang didakwa sebagai pengganas oleh PBB tidak memasukkan Hamas.[82] Perhimpunan Agung PBB kerap kali menolak resolusi AS untuk mengecam Hamas disebabkan beberapa kejadian.[83][84][85][86]
 Amerika Syarikat Hamas disenarai sebagai "Pertubuhan Pengganas Luar Negara"[87] Jabatan Negara memutuskan untuk memasukkan Hamas dalam senarai Pertubuhan Pengganas Luar Negara Jabatan Negara Amerika Syarikat pada April 1993.[88] Setakat 2009, Hamas masih disenarai.[89]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Litvak 2008, m/s. 153.
  2. ^ Kear 2018, m/s. 22.
  3. ^ Cordesman 2002, m/s. 243.
  4. ^ Zweiri 2006, m/s. 681.
  5. ^ Kear 2018, m/s. 7.
  6. ^ Charrett 2020, m/s. 129–137.
  7. ^ Davis 2016, m/s. 67–69.
  8. ^ Mukhimer 2012, m/s. vii, 58.
  9. ^ Sinai 2019, m/s. 273–290.
  10. ^ DW 2018.
  11. ^ Jamal 2005, m/s. 197, n.21.
  12. ^ Milton-Edwards 2015, m/s. 93.
  13. ^ Lindholm Schulz 1999, m/s. 76.
  14. ^ Mattar 2005, m/s. 196.
  15. ^ Zweiri 2006, m/s. 683.
  16. ^ Inbar 2007, m/s. 193.
  17. ^ Inbar 2007, m/s. 132.
  18. ^ Milton-Edwards & Farrell 2013, m/s. 7–8.
  19. ^ Jefferis 2016, m/s. 119.
  20. ^ Herzog 2006, m/s. 84.
  21. ^ Ahmed 2007, m/s. 170.
  22. ^ Kushner, Harvey W. (2002). Encyclopedia of Terrorism, p.160 Sage Publications, ISBN 0-7619-2408-6
  23. ^ "Who are Hamas?". London: BBC News. January 26, 2006.
  24. ^ Buck, Tobias (November 22, 2012). "Five lessons from the Gaza conflict". Financial Times. Dicapai pada January 6, 2013.
  25. ^ Krista Wiegand, Bombs and Ballots: Governance by Islamist Terrorist and Guerrilla Groups, Ashgate Publishing, Revised edition 2013 p. 124. "Officially, Hamas is considered by American and Israeli policymakers and some academics as the epitome of a terrorist group. [...] Due to the gravity and consequences of Hamas's use of terrorism as a tactic, all other aspects of Hamas, including its extensive social services programs and its role as a political party are overshadowed and often ignored by policy makers. Others recognize the complexity of Hamas as an organization and suggest that Hamas will continue to transform itself into a full political party and eventually disarm and cease all violent tactics. They view Hamas as a complex organization with terrorism as only one component, which is likely to evolve into a non-violent political party."
  26. ^ Luke Peterson, Palestine-Israel in the Print News Media: Contending Discourses, Routledge 2014 p. 99.
  27. ^ The World Almanac of Islamism: 2014, American Foreign Policy Council/Rowman & Littlefield, 2014 p. 15.
  28. ^ Gunning 2004, m/s. 234.
  29. ^ Levitt 2006, m/s. 50–51.
  30. ^ Statement by High Representative/Vice-President Federica Mogherini on the decision to appeal the Judgment regarding Hamas, January 19, 2015
  31. ^ "EU court keeps Hamas on terrorism list, removes Tamil Tigers". Reuters. July 26, 2017. The lower court had found that the listing was based on media and internet reports rather than decisions by a "competent authority". But the ECJ said such decisions were not required for groups to stay on the list, only for their initial listing.
  32. ^ According to Michael Penn, (Japan and the War on Terror: Military Force and Political Pressure in the US-Japanese Alliance, I.B. Tauris 2014 pp. 205–06), Japan initially welcomed the democratic character of the elections that brought Hamas to power, and only set conditions on its aid to Palestine, after intense pressure was exerted by the Bush Administration on Japan to alter its policy.
  33. ^ "Lists associated with Resolution 1373". New Zealand Police. July 20, 2014.
  34. ^ "Terrorism Act 2000". Schedule 2, Act No. 11  2000.
  35. ^ Juan Guaidó [@jguaido] (4 September 2019). "Desde la @AsambleaVE hemos declarado a la disidencia de las FARC, ELN, Hamas, Hezbollah e ISIS como grupos terroristas, ordenándoles a todos los cuerpos de seguridad del Estado proteger nuestra soberanía e integridad territorial frente a la amenaza que representan estos grupos" (Twit) – melalui Twitter.
  36. ^ David Sobek,The Causes of War, John Wiley & Sons, 2013 p. 45.
  37. ^ Levitt 2006, m/s. 49.
  38. ^ a b Alethia H. Cook, 'The Subtle Impact of Iran on the Flotilla Incident,' in Thomas E. Copeland (ed.), Drawing a Line in the Sea: The Gaza Flotilla Incident and the Israeli-Palestinian Conflict, Lexington Books, 2011 pp. 35–44 [36].
  39. ^ Robert O. Freedman, 'Russia,' in Joel Peters, David Newman (eds.), The Routledge Handbook on the Israeli-Palestinian Conflict, Routledge, 2013 pp. 325–33 [331]
  40. ^ a b Haspeslagh 2016, m/s. 199.
  41. ^ Swiss Federal Council (2016-05-11), Verbindungen des EDA zur Hamas (Statement regarding interpellation # 16.3151 from 2016-03-17 by Erich Siebenthal, member of the National Council), The Swiss parliament, dicapai pada 2017-06-05
  42. ^ David J. Whittaker (ed.), The Terrorism Reader, Routledge (2001) 2012 p. 84.
  43. ^ a b Samuel Feldberg,'Israel and Brazil:An Emerging Power and its Quest for Influence in the Middle East,' in Colin Shindler (ed.), The World Powers:Diplomatic Alliances and International Relations Beyond the Middle East, I.B. Tauris 2014 pp. 187–99
  44. ^ a b Penn 2014, m/s. 205.
  45. ^ "EU keeps Hamas on terror list, despite court ruling". Euractiv. March 27, 2015. Dicapai pada June 15, 2015.
  46. ^ "Country reports on Terrorism" (PDF). state.gov. April 2006.
  47. ^ Fisher, Max (November 21, 2012). "9 questions about Israel-Gaza you were too embarrassed to ask". Dicapai pada January 6, 2018 – melalui www.WashingtonPost.com.
  48. ^ Amossy 2017, m/s. 273, n4.
  49. ^ a b c Brenner 2017, m/s. 203, n.27.
  50. ^ "Hamas' Izz al-Din al-Qassam Brigades". Australian National Security. Australian Government. Dicapai pada 30 December 2016.
  51. ^ "Currently listed entities". Public Safety Canada, Government of Canada. March 24, 2014.
  52. ^ "About the Anti-terrorism Act". Department of Justice, Government of Canada. September 12, 2013.
  53. ^ Zambelis, Chris. "China's Palestine Policy". Jamestown.org. Dicapai pada 2014-08-02.
  54. ^ Joshua Davidovich (December 18, 2013). "The China bank is not the issue here, dude". The Times of Israel. Dicapai pada 30 March 2014.
  55. ^ "Egypt court overturns Hamas terror blacklisting". BBC. June 6, 2015. Dicapai pada 24 May 2018.
  56. ^ 'Egyptian court declares Hamas a 'terrorist' group', Al Jazeera February 28, 2015.
  57. ^ "Egypt court designates Hamas 'terrorist" group". Anadolu Agency. Dicapai pada 28 January 2017.
  58. ^ "Egypt vows to arrest Hamas members, seize assets". Middle East Eye. Dicapai pada 28 January 2017.
  59. ^ * EU keeps Hamas on terror list despite court ruling, 27/03/2015
  60. ^ "EU court takes Hamas off terrorist organisations list". BBC. Dicapai pada 6 January 2015.
  61. ^ "EU Court Strikes Down Inclusion of Hamas on Terror List". The Wall Street Journal. Dicapai pada 6 January 2015.
  62. ^ "EU court rules Hamas should be taken off terror list". USA Today. Dicapai pada 6 January 2015.
  63. ^ * Hamas is added to EU's blacklist of terror, By Anton La Guardia, Diplomatic Editor, Sep 12, 2003, The Telegraph. "The European Union yesterday put Hamas on its blacklist of terrorist organisations."
  64. ^ Barak Ravid, 'EU court orders Hamas removed from terror list,' Haaretz 17 December 2014.
  65. ^ 'Hamas removed from EU terrorist list on technicality,' Reuters 17 December 2014.
  66. ^ 'EU court orders Hamas removal from terror blacklist,' Diarkibkan 2014-12-17 di Wayback Machine Ma'an News Agency 17 December 2014.
  67. ^ "EUR-Lex – 32020D1132 – EN – EUR-Lex". eur-lex.europa.eu.
  68. ^ The Financial Sources of the Hamas Terror Organization, 2003-07-30
  69. ^ "Japan's Diplomatic Bluebook 2005" (PDF). 2005. "In accordance with the Foreign Exchange and Foreign Trade Law, it [Japan] has frozen the assets of a total of 472 terrorists and terrorist organizations, including ..., as well as those of Hamas ..."
  70. ^ Michael Penn, Japan and the War on Terror: Military Force and Political Pressure in the US-Japanese Alliance, I.B.Tauris 2014 p.206
  71. ^ Hirst 1999.
  72. ^ "Hamas and Jordan are gradually getting closer, after a long estrangement". MEMO. May 13, 2019. Dicapai pada October 29, 2020.
  73. ^ "Lists associated with Resolution 1373". New Zealand Police. 20 July 2014. Dicapai pada 16 August 2014.
  74. ^ "Norway to Revise Terrorist Organizations List After the Elections". The Nordic Page. May 15, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2014. Dicapai pada October 29, 2020. Israel, the United States, Canada, the European Union, and Japan classify Hamas as a terrorist organization, while Norway, Iran, Russia, Turkey, and Arab nations do not.
  75. ^ "Terror financiers are living freely in Qatar, US discloses". The Telegraph. November 16, 2014.
  76. ^ "Israel and Qatar have an unlikely partnership for dealing with Gaza". The Jerusalem Post. September 10, 2020. Dicapai pada November 2, 2020.
  77. ^ Eke, Steven (March 3, 2006). "Moscow risks anger over Hamas visit". BBC. Dicapai pada May 18, 2010.
  78. ^ Swiss Federal Council (2016-05-11), Verbindungen des EDA zur Hamas (Statement regarding interpellation # 16.3151 from 2016-03-17 by Erich Siebenthal, member of the National Council), The Swiss parliament, dicapai pada 2017-06-05
  79. ^ Lazaroff, T. (May 13, 2011). "Erdogan: 'Hamas is not a terrorist organization'". The Jerusalem Post. Dicapai pada June 7, 2013.
  80. ^ "Turkish FM Davutoğlu meets Hamas chief amid Israel row". Hurriyetdailynews.com. Dicapai pada August 2, 2011.
  81. ^ [1]
  82. ^ "United Nations designated terrorist groups and targeted sanctions". UNODC. June 2018. Dicapai pada October 31, 2020.
  83. ^ Heaney, Christopher. "Activities of Hamas and Other Militant Groups in Gaza – GA Draft Resolution (A/73/L.42)".
  84. ^ "US resolution to condemn activities of Hamas voted down in General Assembly". UN News (dalam bahasa Inggeris). 2018-12-06. Dicapai pada 2020-10-29.
  85. ^ "UN General Assembly rejects US resolution to condemn Hamas". DW. December 7, 2018. Dicapai pada October 29, 2020.
  86. ^ "U.S. Resolution Against Hamas Is Defeated in the United Nations". WSJ. December 6, 2018. Dicapai pada October 7, 2020.
  87. ^ "Country reports on terrorism". U.S. State Dept. May 27, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada May 11, 2005. Dicapai pada 2008-01-26.
  88. ^ CRS 1993.
  89. ^ "US Department of State's Foreign Terrorist Organizations fact sheet, released July 7, 2009". State.gov. January 19, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada May 13, 2009. Dicapai pada May 27, 2010.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan