Hamburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hamburg (IPA: [ˈhambʊɪç]) ialah bandar raya kedua terbesar di Jerman (selepas Berlin) dengan pelabuhannya sebagai pelabuhan kedua terbesar di Eropah (selepas Rotterdam), kesembilan terbesar di dunia, dan juga merupakan bandar raya paling banyak penduduk di Eropah yang bukan merupakan ibu negara. Kota ini dihuni oleh sekitar 1.8 juta orang.

Nama khasnya ialah "Kota Bebas Liga Hansa Hamburg" (Bahasa Jerman: Freie und Hansestadt Hamburg). Ia merujuk kepada keanggotaanya dalam Liga Hansa yang terkenal sewaktu Zaman Pertengahan dan juga kerana tarafnya sebagai negara kota dan merupakan salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman.