Hamzah Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hamzah Abdullah
Dato Hamzah bin Abdullah.png
Menteri Besar Selangor Pertama
Dalam jawatan
1947–1949
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Didahului olehJawatan diciptakan
Digantikan olehRaja Tun Uda
Butiran peribadi
Lahir4 Disember 1890
Assam Jawa,
Kuala Selangor,
Selangor
Meninggal dunia11 Julai 1971

Datuk Hamzah Abdullah (4 Disember 1890 - 11 Julai 1971) merupakan Menteri Besar Selangor yang pertama pada zaman pramerdeka.[1] Beliau berkhidmat sama ada dari tahun 1947-1949.[2] atau hanya pada tahun 1949.[3] Beliau juga merupakan sahabat karib kepada Dato' Onn Jaafar, Presiden UMNO yang pertama.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hamzah Abdullah dilahirkan di Assam Jawa, Kuala Selangor pada 4 Disember 1890. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Selangor[3] dan juga Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1908.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Datuk Hamzah digajikan sebagai Sub-Inspektor Kelapa Kuala Selangor dalam Perkhidmatan Awam Melayu pada tahun 1914. Beliau dinaikkan pangkat sebagai TImbalan Pegawai Daerah untuk Kuala Selangor dan Batang Berjuntai pada tahun 1920. Rezeki beliau bertambah apabila sekali lagi dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Daerah.[2]

Di samping itu, beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Sanitari Seremban pada tahun 1933, Pegawai Daerah Temerloh, Timbalan Pengutip Hasil Tanah Kuala Lumpur dan juga Majistret kedua Kuala Lumpur. Tambahan pula, beliau berjaya mendapat pangkat gred IB sebagai penjawat awam dalam Perkhidmatan Awam Malaya pada tahun 1940.

Aktiviti politik[sunting | sunting sumber]

Seperti pemuda Melayu pada zaman 40-an, Datuk Hamzah juga terlibat sama dalam pergerakan nasionalisme yang makin mengembang pada masa itu. Beliau dilantik sebagai Setiausaha kepada Sultan Selangor untuk tempoh 7 tahun dari 1941-1948.

Beliau juga mengasaskan Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor kerana tidak puas akan polisi British yang tidak memikirkan nasib orang Melayu pada ketika itu. Beliau menghadirkan diri sebagai ketua pergerakan ini pada Kongres Melayu Pertama yang berlangsung pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman.

Di sini, beliau bersama beberapa tokoh telah diamanahkan untuk menulis piagam UMNO. Hasil perbincangan ini telah menjadi draf Perlembagaan UMNO 1946.[5] Sehubungan dengan itu, beliau telah menjadi Timbalan Presiden UMNO dari tahun 1949-1951. Namun begitu, beliau telah meninggalkan UMNO untuk bersama Dato' Onn ketika beliau menubuhkan parti IMP.

Ketika Malayan Union dibantah, Datuk Hamzah mewakili Selangor bagi pihak Sultan Hishamuddin Shah untuk berbincang dengan pihak British. Beliau merupakan seorang daripada 12 orang ahli Jawatankuasa Perlembagaan. Hasil daripada perbincangan ini adalah Constitutional Proposals for Malaya yang membentangkan idea Persekutuan Tanah Melayu.[6]

Pengesyoran ini menzahirkan hasrat menentang kezaliman raja, penjajah di samping meminta lebih banyak penyertaan orang Melayu dalam pentadbiran. Ini telah menyebabkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar pertama Selangor. Namun begitu, beliau telah meletakkan jawatan selepas hanya dua tahun kerana tidak dapat mengimbangkan tanggungjawab sebagai MB dan juga ahli tertinggi UMNO.[6]

Penglibatan pascapolitik[sunting | sunting sumber]

Datuk Hamzah telah bersara daripada alam politik pada tahun 1953. Namun begitu, beliau masih terlibat dalam sektor kerajaan sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dari tahun 1958-1963.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah Dewan Undangan Selangor". Laman Web Rasmi Dewan Undangan Selangor Darul Ehsan.
  2. ^ a b c Isa, Mariana; Kaur, Maganjeet (2015). Kuala Lumpur Street Names: A Guide To Their Meanings & Histories. Kuala Lumpur: Marshall Cavendish Editions. ISBN 9789814561549.
  3. ^ a b "Senarai Menteri Besar Selangor". Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Dicapai pada 1 November 2020.
  4. ^ Jaafar, Onn (2007). UMNO Dan Malayan Union. MPH Group Publishing. ISBN 9789833698684.
  5. ^ "Penubuhan UMNO". UMNO Online.
  6. ^ a b Stockwell, A.J. (1977). "The Formation and First Years of the United Malays National Organization (U.M.N.O.) 1946—1948". Modern Asian Studies. 11: 481–513 – melalui JSTOR.
  7. ^ "Senarai Pengerusi SPA".