Hanafi Hamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hanafi Hamat
Fail:Hanafimamat.jpg
Butiran peribadi
KerakyatanMalaysia
Parti politikAKIM
PekerjaanMudir pondok
Presiden Ke-4 Angkatan Keadilan Insan Malaysia (2002-26 Disember 2009)[1]

Hanafi Hamat atau sering salah dieja sebagai Hanafi Mamat merupakan Presiden ke-4 Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang kininya dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Beliau juga merupakan mudir Pondok Padang Siam di Tanah Merah, Kelantan. Beliau merupakan seorang bekas ahli parti PAS yang telah keluar dari parti itu.


Penglibatan dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008[sunting | sunting sumber]

Hanafi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN-UMNO tetapi kalah dan kehilangan deposit.

Pengumuman bertanding[sunting | sunting sumber]

Selepas Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, PKR bersedia menghantar Penasihat dan Ketua Umum, Anwar Ibrahim, untuk bertanding. Sedangkan pihak UMNO masih belum membuat keputusan, Hanafi Hamat selaku Presiden AKIM mengumumkan bahawa mereka akan menghantar seorang calon untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Hanafi yakin bahawa mereka pasti akan mendapat sokongan daripada para penyokong PAS di Permatang Pauh. Namun sokongan ini dinafikan oleh Salleh Man, Pesuruhanjaya PAS Pulau Pinang.[2]

Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Hanafi Hamat mencalonkan sendiri sebagai calon AKIM. Namun terdapat kesalahan dalam laporan pihak-pihak berkenaan. Antaranya ialah kesalahan ejaan nama penuhnya dan kesalahan identiti calonnya. Ejaan nama penuhnya dalam Kad Pengenalan ialah "Hanafi bin Hamat", namun nama penuh yang diisi dalam borang pencalonannya ialah "Hanafi bin Mamat", dan borang itu diisi oleh Setiausaha Agung AKIM. Selain itu, terdapat laporan berita yang membuat kesilapan bahawa Hanafi Hamat bertanding sebagai seorang calon bebas.

Selepas pencalonan[sunting | sunting sumber]

Sebaik saja Hanafi disahkan sebagai seorang calon AKIM dalam Pilihanraya Kecil, beliau pulang ke Kota Bharu, Kelantan, iaitu di mana beliau menetap. Beliau tidak menjalankan apa-apa kegiatan untuk mendapat sokongan.

Hari mengundi[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Hanafi hanya mendapat 92 undi sedangkan Anwar Ibrahim dari PKR menang dengan 31195 undi dan Arif Shah Omar Shah dari BN-UMNO memperolehi 15524 undi. Hanafi kehilangan depositnya kerana 92 undi adalah kurang daripada satu perlapan jumlah undi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]