Hanafi Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Haji Hanafi bin Ramli dilahirkan pada 6 Disember 1943 di Tunjang, Jitra, Kedah. Beliau pernah menjadi wakil rakyat kawasan DUN Tunjang, Kedah selepas menang dalam pilihan raya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Rakyat Sungai Korok Changleh, Mukim Naga, Kedah (1950) dan Sekolah Melayu Tunjang (1953) serta Sekolah Inggeris Sultan Ahmad Tajudin, Jitra .Beliau terlibat dengan perniagaan dan berulang-alik ke Medan, Indonesia dan menjadi siswa di Universiti Islam Sumatera Utara (UISU) selama 4 tahun dan memperolehi Ijazah Sains Politik.


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai ahli perniagaan , beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan Kecil Bumiputera; Pengerusi Jawatankuasa Industri Tembakau Negeri Kedah ; Pengerusi Penasihat Pengangkutan Awam Negeri Kedah ; Pengerusi dan Penasihat Sidang Editor Warta Darul Aman ; Ahli Lembaga Pengarah KEDA ; Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah ; Timbalan Pengerusi PERNAS (1 Mac 1991) ; Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (1 Ogos 1993) ;Pengerusi PROMTO Berhad ; Ahli Lembaga Pengarah Dunlop Estate dan Pengerusi Eksekutif HBR Holding Group

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau memang berminat dengan politik setelah mengambil bidang Sains Politik di Indonesia. Beliau menjadi ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu ; Setiausaha Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda UMNO Kedah ; Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tunjang (1978-1981) ; Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu ; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (28 April 1982) dan Naib Ketua Bahagian Kubang Pasu (1989)

Aktiviti sosial[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Setiausaha Kelab Baling ; Pengerusi Persatuan Pelajar-pelajar Islam Cawangan Negeri Kedah (1967 - 1969) dan Persatuan Belia Bimbingan Alor Star (1969 - 1973). Persatuan ini menjurus ke arah pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu yang gagal meneruskan pelajaran mereka di sekolah kerajaan.


Beliau juga menjadi Setiausaha gerakan Pertubuhan Belia 4B (1969 - 1978) ; Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Kedah (1978 - 1981); Setiausaha Majlis Belia Negeri Kedah ; Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia ; Exco Belia Majlis Malaysia ; Setiausaha Agung Pergerakan Belia 4B Malaysia dan Ahli Majlis Perunding Belia Negara.

Hanafi Ramli juga bertanggungjawab menubuhkan Yayasan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Kedah.

Pingat dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Hanafi Ramli menerima anugerah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Setia Muadzam Shah (S.M.S.), Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.), Ahli Mangku Negara (A.M.N.), Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.), Pingat Jasa Bakti (P.J.K.) dan dilantik sebagai Jaksa Pendamai (J.P.).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hanafi Bin Ramli". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-28. Dicapai pada 2012-05-12.