Hande Erçel
Hande Erçel | |
|---|---|
| Kelahiran | 24 November 1993[1] |
| Pendidikan | Universiti Seni Halus Mimar Sinan[1] |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2014–Kini |
| Terkenal kerana | |
Hande Erçel (lahir 24 November 1993) ialah seorang pelakon wanita dan model Turki . Beliau terkanl untuk lakonanya dalam siri televisyen dan filem seperti Güneşin Kızları (2015–16), Aşk Laftan Anlamaz (2016–17) dan Sen Çal Kapımı (2020–21). Beliau membuat penampilan sulung filemnya dalam filem drama sejarah Intoxicated by Love (2024) yang memecahkan rekod box office .Beliau juga membintangi filem romantik Netflix , Chasing the Wind (2025).
Erçel merupakan antara pelakon wanita dengan bayaran tertinggi di Turki dan merupakan pelakon wanita Turki yang paling banyak diikuti di Instagram .
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 24 November 1993 di Bandırma . Beliau belajar di Universiti Seni Halus Mimar Sinan di Jabatan Seni Tradisional Turki. Pada tahun 2012, beliau menyertai pertandingan ratu cantik yang diadakan di Azerbaijan, di mana beliau mendapat tempat kedua. [2]
Karier
[sunting | sunting sumber]Antara tahun 2015 dan 2016, beliau melakonkan watak Selin Yılmaz Mertoğlu dalam siri televisyen Güneşin Kızları, yang disiarkan di Kanal D. [3] Seterusnya, dari tahun 2016 hingga 2017, beliau melakonkan watak Hayat Uzun dalam siri Aşk Laftan Anlamaz, yang disiarkan di Show TV. Lakonan beliau dalam siri ini melayakkannya memenangi anugerah Pelakon Komedi Wanita Terbaik di Anugerah Golden Butterfly . [4]
Pada tahun 2019, beliau muncul sebagai Müjde Akay dalam siri Halka di TRT 1 dan sebagai Azize Aksu Günay dalam siri Azize di Kanal D. Dari tahun 2020 hingga 2021, beliau melakonkan watak Eda Yıldız dalam siri Sen Çal Kapımı, yang disiarkan di FOX. [5] BDari tahun 2023 hingga 2024, beliau melakonkan watak Leyla Gediz dalam siri Bambaşka Biri, yang juga disiarkan di FOX. Siri ini berakhir dengan episod ke-16nya.
Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Erçel merupakan antara pelakon wanita dengan bayaran tertinggi di Turki dan merupakan pelakon wanita Turki yang paling banyak diikuti di Instagram . Beliau merupakan satu-satunya pelakon wanita Turki yang dipaparkan dalam senarai IMDb Pelakon Wanita Paling Cantik di Dunia. [6] [7] Fillgab, sebuah laman web global, menduduki tempat pertama dalam senarai "10 Wanita Muslim Paling Cantik di Dunia". [8] Erçel merupakan pelakon wanita Turki pertama dan satu-satunya yang muncul di muka depan Marie Claire Spain, The Hollywood Magazine dan Grazia . [9] [10] [11] Beliau muncul di majalah lain seperti Vogue Turkey, Vogue Arabia, Elle Turkey, <i id="mwtQ">HELLO Turkey</i>, Harper Bazaar Turkey dan InStyle Turkey untuk mempromosikan pelbagai jenama. [12] [13] [14]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
|---|---|---|---|
| 2024 | Intoxicated by Love | Kimia Khatoon | Peranan sokongan |
| 2025 | Chasing the Wind | Asli Mansoy | Peranan Utama |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
|---|---|---|---|
| 2014 | The Wren | Zahide | Peranan sokongan |
| 2014 | Çılgın Dersane Üniversitede | Meryem | Peranan sokongan |
| 2014 | Hayat Ağacı | Selen Karahanlı | Peranan sokongan |
| 2015–2016 | Güneşin Kızları | Selin Yılmaz | Peranan utama |
| 2016–2017 | Aşk Laftan Anlamaz | Hayat Uzun Sarsılmaz | Peranan utama |
| 2017–2018 | Siyah İnci | Hazal Şulabı/Naz Demiroğlu | Peranan utama |
| 2019 | Halka | Müjde Akay | Peranan utama |
| 2019 | Azize | Azize Günay/Melek Aydın | Peranan utama |
| 2020–2021 | Sen Çal Kapımı | Eda Yıldız | Peranan utama |
| 2023-2024 | Bambaşka Biri | Leyla Gediz | Peranan utama |
| 2025 | Aşk ve Gözyaşi | Meyra Aksel | Peranan utama |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Hande Erçel – Oyuncular – Güneşin Kızları". kanald.com.tr. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2016. Dicapai pada 15 June 2016.
- ^ Kitchen, Xhtml. "Hande Erçel - BiYOGRAFİ". www.sinematurk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-21. Dicapai pada 2025-07-17.
- ^ Kitchen, Xhtml. "Hande Erçel - BiYOGRAFİ". www.sinematurk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-21. Dicapai pada 2025-07-17.
- ^ "44. Pantene Altın Kelebek Ödülleri'ni kimler kazandı? İşte kazananlar listesi". www.hurriyet.com.tr (dalam bahasa Turki). 2017-12-11. Dicapai pada 2025-07-17.
- ^ Kitchen, Xhtml. "Hande Erçel - BiYOGRAFİ". www.sinematurk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-21. Dicapai pada 2025-07-17.
- ^ "44. Pantene Altın Kelebek Ödülleri'ni kimler kazandı? İşte kazananlar listesi". www.hurriyet.com.tr (dalam bahasa Turki). 2017-12-11. Dicapai pada 2025-07-17.
- ^ Kitchen, Xhtml. "Hande Erçel - BiYOGRAFİ". www.sinematurk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-21. Dicapai pada 2025-07-17.
- ^ Peker, Dilara Bağcı. "Hande Erçel 'Dünyanın En Güzel Müslüman Kadınları' Listesinde Birinci Oldu!" [Hande Erçel ranked first on the 'World's Most Beautiful Muslim Women' list!]. Onedio (dalam bahasa Turki). Dicapai pada December 12, 2025.
- ^ Gijón, Celia (March 28, 2025). "Marie Claire Abril 2025: Hande Erçel en portada" [Marie Claire April 2025: Hande Erçel on the cover]. Marie Claire Spain (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada December 13, 2025.
- ^ vmauri82 (October 2, 2025). "Grazia è in edicola con Hande Erçel". Grazia (dalam bahasa Itali). Dicapai pada December 13, 2025.
- ^ "Hande Erçel: From Istanbul's Spotlight to Global Stardom". The Hollywood Magazine (dalam bahasa Inggeris). May 13, 2023. Dicapai pada December 13, 2025.
- ^ "Hande Erçel ile Dingin ve Derin Sularda". Vogue (dalam bahasa Turki). Dicapai pada December 13, 2025.
- ^ Saadi, Leen Al (July 8, 2025). "The Best Quotes From Hande Erçel and Amina Khalil: On Culture, Collaboration, and Championing Women". Vogue Arabia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 13, 2025.
- ^ "ELLE Mart Sayısı Çıktı!". ELLE Online (dalam bahasa Turki). Dicapai pada December 13, 2025.