Hang Li Po

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hang Li Po (Cina: 漢麗寶) ialah isteri keempat kepada Sultan Mansur Syah ( ? - 1477), Sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle,[1] Maharaja Wangsa Ming (1360-1424) di China. Maharaja Yongle telah mati pada tahun 1424 pada usia 64 tahun.

Hubungan diplomatik Melaka-Ming[sunting | sunting sumber]

Menurut Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan.[2]

Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan 4 orang pengawai peribadi.[3] Li Po memeluk agama Islam lalu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Syah.

Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat.[4]

Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan untuk orang Cina tempatan. Kini, terdapat lebih daripada 12,000 kubur di situ dan yang paling awal bertarikh sehingga 1622.[5] Perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Poh masih ada di Melaka hingga ke hari ini.

Kemungkinan identiti sebenar Hang Li Po[sunting | sunting sumber]

Menurut The Suma Oriental of Tome Pires (Dunia Timur) karya Tome Pires yang pernah menjadi Bendehari di Melaka. Selepas lawatan Megat Iskandar Shah ke China, baginda balik Melaka dengan iringan seorang jeneral Cina dan anak perempuanya. Selepas kembali ke Melaka, raja Melaka berkahwin dengannya untuk menunjukkan rasa hormat kepada jeneral Cina. Kemudian dia melahirkan putera bernama Raja Pute. Pada zaman Sultan Muzaffar Syah, Oleh sebab Sultan sering berperang di luar semasa pemerintahannya, Raja Pute dilantik untuk bertugas sebagai timbalan raja (Paduca Raja) dan tinggal dalam urusan domestik. "Dunia Timur" juga mengingatkan bahawa rakyat di Melaka sangat mempercayai Raja Pute dan bahawa dia "mempunyai kuasa yang hebat, orang yang baik, mempunyai kecerdasan yang luar biasa, dan sangat prihatin terhadap saudara-saudaranya dan raja-raja."

Anak saudaranya, Sultan Mansur Shah, juga dijaga oleh Raja Pute, Selepas Sultan Mansur Shah menaik takta, Raja Pute menjadi sombong kepada Sultan dan tidak hormat kepada baginda, Sultan telah menikam Raja Pute sehingganya mati. Sejak itu, orang-orang sangat takut dengan Sultan sepenuhnya dan baginda dikagum oleh rakyat Melaka. [1].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Laman web Verbatimcries: Puteri Hang Li Po
  2. ^ "Laman web Perpustakaan Negara Malaysia: Sultan Mansur Shah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-16. Dicapai pada 2007-05-21.
  3. ^ Bukit China (Chinese Hill)
  4. ^ "Laman web Universiti Kebangsaan Malaysia" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-02-06. Dicapai pada 2007-05-21.
  5. ^ "Chinese Heritage Sites". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-05-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]