Hang Mokhtar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hang Mokhtar atau nama sebenarnya Mohtar bin Ab Latiff adalah seorang penyanyi popular Malaysia pada tahun 1987 menerusi lagu seperti Ayoyo Sami. Hang Mokhtar dilahirkan di Alor Gajah, Melaka. Beliau pernah berduet dengan Datin Orkid Abdullah, Zaiton Sameon dan Aspalela Abdullah.

Hang Mokhtar
Kelahiran
Mohtar bin Ab Latiff

(1948-03-15)15 Mac 1948
Meninggal dunia26 Mac 2018(2018-03-26) (umur 70)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1987–2006
PasanganMaimun Mat Zin
Anak-anak3

Biodata[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 15 Mac 1948, Hang Mokhtar atau nama sebenarnya Mohtar bin Ab Latiff adalah anak sulung tujuh beradik. Bakat seni diperoleh daripada ayahnya yang turut berkarya bersama A Rahman mencipta lagu Ayah dan Ibu. Lagu dinyanyikan oleh A Rahman sendiri pernah dipopularkan oleh Sudirman Haji Arshad (Allahyarham, Datuk) [1]

Lagu Ayoyo Sami cuba menyindir 'Isu pembayaran tol di lebuh raya'.Menteri Kerja Raya ketika itu ialah Dato Samy Vellu . Sejak 22 tahun lalu (1987), Hang Mokhtar kurang mendapat publisiti daripada media massa dan seakan-akan tenggelam.Kali terakhir beliau muncul dengan album The Best of Hang Mokhtar pada 2006.


Namanya muncul semula apabila dia disalah lapor sebagai meninggal dunia. Sebenarnya yang meninggal dunia ialah penyanyi Goodman Brothers ,abang Mokhtar.


Walaupun telah berusia 61 tahun tetapi beliau masih bermain muzik, mencipta lagu dan menyanyi di majlis-majlis makan malam anjuran VIP. Sejak 1969 beliau menceburi bidang ini . Beliau mempunyai tiga orang anak (Mozard, Moziana dan Mozalina) dan tujuh cucu .

Album terbaru beliau ialah 'Sepekan Di Tanjung Pinang' yang menampilkan 15 buah lagu. Kesemua lagu dan lirik dalam album itu kebanyakannya dicipta sendiri dan ia telah dirakamkan di studio mini di rumahnya. Antara lagu yang ditampilkan ialah Siapa Tak Sayang Bini, Gelisah dan Lembaran Terakhir. Album terbitan Hang Mokhtar Production itu mengetengahkan irama pop yeh-yeh, inang, zapin, country, blues dan keroncong.[2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada 26 Mac 2018 jam 2.50 pagi tadi di Hospital Serdang, Selangor[3]. Beliau meninggalkan seorang balu iaitu Maimun Mat Zin dan tiga orang anak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]