Filem Hang Tuah (1956)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hang Tuah (filem))
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini berkenaan dengan sebuah filem. Untuk kisah mengenai Hang Tuah, sila lihat: Hang Tuah.


Hang Tuah
Hang tuah 01.jpg
Pengarah Phani Majumdar
Penerbit Malay Film Productions Ltd (MPF)
Penulis MC ff. Sheppard (cerita)
Phani Majumdar (lakon layar)
Buyong Adil (dialog)
Jamil Sulong (dialog)
Dibintangi oleh P. Ramlee
Saadiah
Ahmad Mahmud
Pengedar Shaw Brothers Ltd.
Negara  Singapura
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Filem Hang Tuah ditayangkan pada (1956-01-28) 28 Januari 1956 (umur 61) [1], [2] dan dilakonkan oleh P. Ramlee sebagai Hang Tuah. Filem ini yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ialah filem mengenai Hang Tuah yang paling berkesan dan tidak lari daripada cerita asal.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara Tun Perak daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara Tun Perak kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan, Hang Tuah berjaya mendapatkan keris Taming Sari.

Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Tanpa usul periksa, Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah merancang untuk mengamok dan menghuru-harakan Melaka. Ketika majlis keramaian untuk menyambut ulangtahun Patih Karma Wijaya, beliau telah maut dikelar lehernya oleh Melor yang menggunakan kerambit semasa menari. Dalam kekecohan itu, Melor turut terbunuh setelah seorang pengawal istana melemparkan tombak ke arahnya. Hang Jebat mula menjalankan rancangannya sehingga memaksa Sultan Mansur Syah dan hulubalang-hulubalangnya berundur ke rumah Bendahara Tun Perak.

Semasa baginda berkata sepatah menyebut nama Hang Tuah, Bendahara menjelaskan kepada baginda bahawa Hang Tuah tidak dihukum bunuh, sebaliknya disembunyikan di dalam penjara. Baginda berasa gembira lalu menitahkan Bendahara memanggil Hang Tuah menghadapnya. Setelah Hang Tuah dibawa menghadap Sultan, baginda menitahkan Hang Tuah agar Hang Jebat harus dihapuskan tetapi baginda telah menjelaskan bahawa keris Taming Sari itu sudah berada ditangan Hang Jebat. Sebagai gantinya, baginda menyerahkan Keris Diraja kepada Hang Tuah dan Hang Tuah berjanji kepada baginda bahawa beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menewaskan Hang Jebat.

Dalam pertarungan yang amat sengit itu, Hang Jebat menyerahkan keris Taming Sari itu kepada Hang Tuah dan menukarkannya dengan keris Diraja tersebut. Akhirnya dalam pertarungan terakhir itu, Hang Jebat akhirnya tewas ditangan Hang Tuah. Sebagai menghargai jasa Hang Tuah, baginda mentabalkan Hang Tuah sebagai Laksamana.

Sedang Hang Tuah berada dirumah, beliau meluahkan kesedihannya akibat kehilangan Hang Jebat dan Melor. Diakhir cerita, Hang Tuah bertanya pada dirinya adakah Hang Jebat berpihak kepada yang benar atau dirinya sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. P. Ramlee - Hang Tuah
  2. Ahmad Mahmud - Hang Jebat
  3. Saadiah - Melor
  4. Zaiton - Tun Teja
  5. Haji Mahadi - Sultan Mansur Shah
  6. Daeng Idris - Dato' Bendahara Tun Perak
  7. Yusof Latiff - Tun Mat
  8. Nordin Ahmad - Hang Kasturi
  9. S. Shamsuddin - Hang Lekir
  10. Aziz Satar - Hang Lekiu
  11. Hashim Nur - Adiputra
  12. S. Kadarisman - Pateh Karma Wijaya
  13. Udo Omar - Tun Ali
  14. Mustapha Maarof - Tun Zainal
  15. Malek Sutan Muda - Hang Mahmud, ayah Hang Tuah
  16. Siti Tanjung Perak - Dang Merduwati, ibu Hang Tuah
  17. Mustarjo - Raja Majapahit
  18. Hashimah Yon - Pelakon tambahan, sebagai Penari Jawa

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Asia Pasifik ke-3, 1956 (Hong Kong)
    1. Penggubah Lagu Terbaik - P. Ramlee

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Joget Pahang
  2. Berkorban Apa Saja

Dialog[sunting | sunting sumber]

  1. "Burung nuri burung helang, tidak sama terbang tinggi, sekarang puteri berangkat pulang, bila pula berjumpa lagi?" - Hang Tuah
  2. "Kain buruk tepi perigi, dibuat orang pengesat belanga, esok kita berjumpa lagi, tunggulah Teja di taman bunga" - Tun Teja
  3. "Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" - Hang Jebat
  4. "Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah" - Hang Jebat
  5. "Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?" - Hang Tuah
  6. " Dato'... Jikalau burung helang tak suka burung lain terbang tinggi..., akhirnya burung helang jugak yang akan mati kelaparan Dato' "

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat Juga[sunting | sunting sumber]