Hang Tuah Arshad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hang Tuah Arshad atau 'Hang Tuah Arsad' (lahir 1937) adalah ahli politik UMNO / Barisan Nasional di Malaysia. Beliau seorang ahli perniagaan.

Pelajar cemerlang[sunting | sunting sumber]

Namanya tersiar dalam akhbar The Strait Times pada 8 Februari 1960 sebagai pelajar yang berjaya masuk ke Universiti Nanyang, Singapura. Beliau yang berusia 23 tahun, merupakan pelajar bukan Cina pertama masuk ke universiti itu kerana boleh bertutur dalam bahasa Mandarin. Bapanya bekerja sebagai pengawal Keretapi Tanah Melayu di Ipoh. Minatnya ialah Sains Politik dan ekonomi.[1] Ketika di universiti, beliau giat dalam Persatuan Belia Melayu (Perwanit) dan memberi syarahan tentang sains politik.

Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Hang Tuah Arshad adalah ahli majlis tertinggi Pemuda UMNO dan menjadi Exco UMNO dari 1976-1978. Beliau pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO tiga kali iaitu 1978, 1982 dan 1984. Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Fatimah Hashim

Beliau pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 9 September 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Malang baginya, pencabarnya lebih lebat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat 183 undi, Suhaimi Kamarudin 173 undi dan Hang Tuah Arshad 3 undi sahaja.

Hang Tuah Arshad berazam untuk membawa kepimpinan yang berkecuali, sama ada dari organisasi belia ataupun lain-lain pertubuhan. Sementara Datuk Suhaimi mewakili Belia 4B dan Anwar dari ABIM. Kelebihan sepuluh undi yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim daripada Datuk Suhaimi menunjukkan beliau belum mendapat sokongan yang padu dari anggota-anggota Pemuda. Bagaimanapun kemenangan Anwar ini telah mengkagumkan ahli-ahli UMNO. Ini memandangkan beliau baru lebih kurang enam bulan (Mac – September) aktif di dalam UMNO. Untuk jawatan Naib Ketua, Datuk Najib Tun Abdul Razak telah memenanginya tanpa bertanding.

Kedudukan Dato Suhaimi Kamaruddin semakin lemah kerana pernah ditentang oleh bapa saudaranya yang karismatik, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris pada 1980. Harun bertanding dari dalam Penjara Pudu . Suhaimi seorang peguam hanya mendapat 198 undi sementara Harun Idris mendapat 153 undi. Hang Tuah hanya mendapat 7 undi sahaja. Dua undi lagi rosak.[2]

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dalam bukunya 'Malaysia: in the dangerous 80s' menyifatkan Hang Tuah Arshad sebagai tokoh 'UMNO-putra' yang berjaya dalam perniagaan hasil dari Dasar Ekonomi Baru. Beliau telah menerbitkan buku tebal dan berkualiti bertajuk 'Revolusi Sikap & Perjuangan Grand Ekonomi Tahun 2000 (1980-2000)'. Hang Tuah Arshad juga telah menyenaraikan 'Masalah Ekonomi Melayu'.

Hasil Penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menghasilkan beberapa buah buku :

  1. Revolusi sikap dan perjuangan Grand Ekonomi tahun 2000 : Penerbitan Sri Sharifah, 1980.
  2. Kebudayaan Tionghoa ; Pustaka Antara , 1967.[3]
  3. Ilmu politik Melayu
  4. Kami murid yang baik ; Meoral Pub. House
  5. Perbualan Mandarin asas ; Meoral Pub. House
  6. Mandarin praktikal ; Sharipah Zin Juaher
  7. Bahasa Mandarin Komunikasi
  8. Very basic mandarin 100 lesson  ; Meoral Pub. House[4]
  9. Masalah & rentangan grand ekonomi menjelang tahun 2000 ; Universiti Teknologi Malaysia ;Perpustakaan Sultanah Zanariah; 1981 : Penerbitan Sri Sharifah, 1981

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [The Straits Times, 8 Februari 1960, hlm 7 ;Hang Tuah layak ke Universiti Nanyang]
  2. ^ [The Straits Times, 29 Ogos 1982, hlm 7; Umno Youth election still a two-horse race]
  3. ^ "Hang Tuah Arshad"[pautan mati kekal]
  4. ^ Hang Tuah Arshad[pautan mati kekal]