Hani (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Ahn.
Hani
Hani to a Music Bank recording in April 2017.jpg
Hani pada bulan April 2017
Nama asal안희연
KelahiranAhn Hee-yeon
(1992-05-01) 1 Mei 1992 (umur 27)
Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • personaliti televisyen
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
Tahun aktif2012–sekarang
Syarikat rakaman
  • Banana Culture
Kegiatan berkaitan
Nama Korea
Hangul안희연
Perumian SemakanAn Hui-yeon
McCune–ReischauerAn Hŭiyŏn
Nama panggung
Hangul하니
Perumian SemakanHani
McCune–ReischauerHani

Ahn Hee-yeon (lahir 1 Mei 1992), lebih dikenali dengan nama pentas beliau, Hani ialah seorang penyanyi dan personaliti televisyen wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, EXID dan sub-kumpulan, SoljiHani. Beliau juga merupakan ahli beberapa rancangan varieti seperti Off to School, Crime Scene dan A Style for You.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hani lahir pada 1 Mei 1992 di Seoul, Korea Selatan.[1] Beliau kerap mengambil bahagian dalam sukan triatlon dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Beliau juga merupakan seorang pakar dalam sukan renang khususnya dalam acara kuak kupu-kupu, kuak lentang dan renang sirip.[2] Sebelum kemunculan pertama beliau bersama EXID, beliau pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan pertama sebagai ahli kumpulan wanita dibawah JYP Entertainment bersama-sama Hyolyn dari Sistar, Song Ji-eun dari Secret dan Uji dari Bestie. Walau bagaimanapun, beliau disingkirkan daripada JYP selepas setahun. Selepas itu, beliau menyambung pelajaran di China selama setahun.[3][4] Selain daripada Bahasa Korea, beliau juga boleh bertutur di dalam Bahasa Mandarin dan Inggeris.[5] Beliau mempunyai skor IQ setinggi 145.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

EXID[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: EXID

EXID secara rasminya membuat kemunculan pertama 15 Februari 2012 menerusi keluaran lagu single pertama mereka, "Whoz That Girl".[7] Pada bulan Februari 2013, Hani bersama-sama Solji membentuk sub-unit, "Dasoni"[8] dan mengeluarkan album single pertama mereka, "Goodbye" pada 15 Februari 2013. Album single ini juga termasuk lagu, "Said So Often".[9]

Pada bulan Ogos 2014, EXID mengluarkan lagu single mereka, "Up & Down". Lagu ini gagal untuk memasuki 100 teratas dalam Carta Gaon. Walau bagaimanapun, lagu ini mula meraih populariti pada lewat bulan November selepas video peminat beliau mempersembahkan lagu ini menjadi viral di beberapa laman sosial.[10][11] Setakat tahun 2017, video viral ini telah ditonton lebih daripada 23 juta kali dalam laman YouTube.

Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, beliau menyertai barisan ahli utama rancangan tvN, Always Cantare. Pada tahun 2015, beliau muncul dalam video muzik Mad Clown untuk lagu "Fire".[12] Beliau juga menyertai barisan ahli utama Off to School dan Crime Scene. Hani juga dipilih untuk mengacarakan rancangan kecantikan KBS, A Style For You bersama-sama Kim Heechul, Goo Hara dan Yoon Bora.[13] Semasa musim bunga, beliau muncul dalam Soulmates Returns.[14] Beliau juga membuat penampilan kameo dalam The Producers.[15]

Pada 24 Jun 2015, beliau dan Ken dari VIXX mengeluarkan sebuah lagu duet bertajuk "Gap".[16] Pada bulan September 2015, beliau telah dipilih sebagai ahli dalam rancangan varieti Law of the Jungle. Pada bulan Januari 2016, beliau menjadi pengacara Baek Jong-won's Three Great Emperors.[17] Pada bulan Februari 2016, beliau muncul dalam King of Mask Singer.[18] Hani mengalahkan Kim Feel dan Jo Hang-jo sebelum tewas kepada Ha Hyun-woo dari Guckkasten.

Pada 12 Januari 2017, ia telah diumumkan bahawa Hani bersama Luna dari f(x) dan Solar dari Mamamoo akan mengeluarkan sebuah kolaborasi pada 19 Januari.[19] Lagu "Honey Bee" dikeluarkan pada tarikh tersebut menerusi laman Youtube Mystic Entertainment.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EXID[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: EXID § Diskografi

Dasoni[sunting | sunting sumber]

Lagu single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
Gaon
[20]
AS
Dunia
"Good Bye" 2013 71
  • KOR (DL): 63,662+*[21]
Good Bye (single digital)
"Said So Often (versi pentas)" 188 Stage of the 70's (single digital)

Artis solo[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
Gaon
[20]
AS
Dunia
"Cold" (bersama C-Clown) 2012 Young Love
"We Got The World" (bersama R.Tee) 2014 single bukan-album
"Kiss Me" (bersama Baek Jong-yoon) 2014 OST My Lovely Girl
"Fake Illness" (bersama Rare Potato) 2015 single bukan-album
"Gap" (bersama Ken) 2015 25
  • KOR (DL): 93,000+*
single bukan-album
"Honey Bee" (bersama Luna dari f(x) dan Solar dari Mamamoo) 2017 38
  • KOR (DL): 63,673+
single bukan-album

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2015 The Producers Diri sendiri KBS2 Kameo

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Peranan Nota
2014 Always Cantare tvN Ahli
2015 Talk Show Hello KBS2
Happy Together 3 KBS2
Eco Village SBS
Yaman TV Mnet
Dating Alone JTBC
Running Man SBS Tetamu Episod 237
1 vs. 100 KBS2
Off to School JTBC Ahli Episod 36–39
Crime Scene JTBC Ahli
A Style For You KBS2 Ahli Bersama Yoon Bora, Goo Hara dan Kim Heechul
Soulmates Returns MBC every1 Ahli
King of Mask Singer MBC Tetamu Episod 1
My Little Television MBC Ahli Episod 5–6
EXID's Showtime MBC every1 Ahli
Our Neighborhood Arts and Physical Education KBS2
Two Yoo Project - Finding Sugar Man JTBC Tetamu Bersama Park Sojin, John Park dan Mad Clown
Please Take Care of My Refrigerator JTBC Tetamu Episod 48–49 bersama Yoon Bora
Law of the Jungle in Nicaragua SBS Ahli Episod 178–180
Running Man SBS Tetamu Episod 275
Weekly Idol MBC Every 1 Tetamu Episod 226, bersama ahli EXID)
Hello Counselor KBS2 Tetamu Episod 250, bersama LE & Hyerin
2016 Baek Jong-won's Three Great Emperors SBS Pengacara
We Are Siblings KBS2 Ahli Bersama adik lelakinya
King of Mask Singer MBC Finalis Episod 47–48
Two Yoo Project Sugar Man JTBC Tetamu Episod 32 bersama Solji
Weekly Idol MBC Every 1 Pengacara Episod 245-270
Battle Trip KBS2 Tetamu Episod 2–3 bersama Solji
Duet Song Festival MBC Tetamu Episod 33–34 bersama Chae Changuk
2017 Suddenly A Millionaire Olive Pengacara
Law of the Jungle in Komodo SBS Ahli Episod 274–278

Penampilan video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Artis
2009 My Love Mongsil Sisters
2014 We Got The World R.Tee
2015 Fire Mad Clown

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hani (EXID) artist profile". Melon. LOEN Entertainment. Dicapai 2015-06-01. 
  2. ^ "Hani wows with her swimming ability as she showcases the butterfly, freestyle, backstroke, breaststroke, & fin swimming". allkpop. Dicapai 2015-08-22. 
  3. ^ Jeon Ah Ram (2015-03-17). "EXID's Hani Trained with Sistar's Hyolyn, Secret's Song Jieun and More at JYP". Newsen. CJ E&M. Dicapai 2015-06-01. 
  4. ^ "EXID's Hani Shares She Was Cut from JYP and Says She Never Had Plastic Surgery". Soompi. Dicapai 2015-08-22. 
  5. ^ "EXID's Hani impresses with her language skill in 'I'm going to school'". Daily K Pop News. Dicapai 2015-08-22. 
  6. ^ "EXID Hani's revealed to have an IQ of 145". allkpop. Dicapai 2015-08-22. 
  7. ^ "EXID reveals debut MV, "Whoz That Girl"". AllKpop. 2012-02-15. Dicapai 2014-08-04. 
  8. ^ Mun, Wan-sik (2013-02-11). EXID 솔지, 무보정 '애플힙' 몸매 공개. Star News. Dicapai 2014-12-06. 
  9. ^ Park, Hyun-min (2013-02-15). "EXID debuts new unit, Dasoni". CJ E&M enewsWorld. Kim, Erika. Dicapai 2014-12-06. 
  10. ^ Kim Hyo-eun; Sung So-young (2014-12-15). "Social media gives failing singers another chance". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2014-12-18. 
  11. ^ Lee, Seung-mi (2014-11-23). '제2의 빠빠빠'탄생?…EXID '위아래'광속 차트 역주행. Ilgan Sports. Naver. Dicapai 2014-12-09. 
  12. ^ Lee Yousun (Januari 6, 2015). "Mad Clown releases teaser for "Fire" featuring EXID's Hani". Korean Wave. Dicapai Jun 1, 2015. 
  13. ^ Hara joins + Heechul, Jooyeon, and Bora in talks to be MCs for fashion-beauty show 'A Style for You'
  14. ^ Park Ji Ryun (2015-03-04). "EXID's Hani, Nicole, Seo Kang Jun and Myore Join 'Soulmates Returns'". Newsen. CJ E&M. Dicapai 2015-06-01. 
  15. ^ ‘프로듀사’ 하니, 경찰서에서 특별 출연 “남자랑 3대1로 붙었는데 한 대도 안맞아”
  16. ^ "VIXX's Ken and EXID's Hani join hands for a sweet collab track 'One By One'". allkpop. Dicapai 2015-08-22. 
  17. ^ "Hani to co-host 'Baek Jong-won's Three Great Emperors'". Yonhap News. 2016-01-28. Dicapai 2016-02-15. 
  18. ^ "Hani wows with performance on King of Mask Singer". 
  19. ^ "루나X하니X솔라 미스틱서 뭉쳤다, 핵폭탄급 걸그룹 컬래버 성사". Newsen. 2017-01-12. Dicapai 2017-01-16 – melalui Naver. 
  20. ^ a b "Gaon Digital Chart". Gaon Chart. Korea Music Content Industry Association. Dicapai 2015-05-22. 
  21. ^ "Gaon Download Chart - 2013년 2월". Gaon Music Chart. Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada asal pada 2014-02-22. Dicapai 2015-01-26. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]