Hani Nosha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hani Nosha
Latar belakang
Nama asalHani Suraya Amir Shariffuddin
Juga dikenali sebagai
Hani Nosha
Kelahiran7 Disember 1999
Berasal dariKuala Lumpur
GenrePop Melayu, Pop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Penampilan sulung
melalui karya Pedih
Pengkarya berkait
Zul Norizan, Deera Lee, Achah Saputra
PendidikanIjazah dalam Pengurusan Perhubungan Awam
Pusat pendidikanManagement and Science University

Hani Suraya binti Amir Shariffuddin (lahir 7 Disember 1999) atau lebih dikenali sebagai Hani Nosha ialah penyanyi baru Malaysia yang mula muncul dari rancangan realiti terbitan Primeworks Studios iaitu I Can See Your Voice Malaysia[1] musim yang ketiga

Beliau telah pun mengeluarkan single pertamanya yang berjudul "Pedih" hasil nukilan Achah Saputra[2] dan Zul Norizan dibawah terbitan Fusion Records MY.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur, merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradiknya. Hani memulakan pendidikan formalnya di Sekolah Kebangsaan Taman Kepong pada tahun 2006 sehingga 2011, dan meneruskan pendidikannya di SMK Kepong Baru sepanjang 2012 sehingga 2014. Beliau ditawarkan untuk meneruskan pengajian peringkat Sijil Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional Gombak pada tahun 2015 sehingga 2018.

Sehingga kini, beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Perhubungan Awam di Management and Science University, Shah Alam. Meyakini yang bidang Perhubungan Awam dan muzik bukanlah dua cabang yang sangat jauh, beliau yakin bidang yang dipelajarinya dalam peringkat Ijazah tersebut mampu mendorong nama beliau untuk dikenali dalam industri muzik[3]

Karier Muzik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menyanyi seawal 9 tahun di majlis keramaian yang dianjurkan keluarganya. Semasa dibangku sekolah juga beliau juga aktif dalam pertandingan seperti sajak, syair dan nyanyian lagu patriotik.

Di sekolah menengah ketika menginjak berusia 15 tahun beilau dipilih mewakili sekolah menengah dalam Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama kugiran sekolah yang dilatih oleh pelatih dari Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Penyertaan mereka berjaya memasuki peringkat akhir bersama lapan buah sekolah yang terpilih daripada keseluruhannya 33 buah sekolah. Dari semua penyertaan, sekolah yang diwakili Hani berjaya memenangi tempat kedua.

Hani mempersembahkan lagu di Avenue K, stesen LRT KLCC

Ketika memasuki kolej, Hani semakin bergiat aktif selepas dipilih menyertai kugiran kolej dan mengikut Battle of The Band menandingi lebih kurang lapan kugiran dari kolej lain. Penyertaan Hani dan kugirannya memenangi tempat kedua serta vokal terbaik. Selepas itu, beliau juga bergiat aktif dalam persembahan jalanan dan busking di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau memasuki ujibakat I Can See Your Voice Malaysia[1] musim ketiga yang pada asalnya, tiada niat yang serious untuk menyertai rancangan tersebut. Namun, nasib menyebelahi beliau, Hani terpilih untuk bersiaran di Episod 7 bagi musim tersebut. Namun nasib Hani sampai disitu sahaja kerana beliau disingkirkan oleh Andi Bernadee pada episod tersebut dan tidak mara ke pusing seterusnya. Namun episodnya yang bersiaran pada malam tersebut mendapat tontonan yang agak tinggi, berikutan Malaysia baru memulakan fasa fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan pada awal April 2020.

Beliau juga pernah disenarai pendek bagi ujibakat All Together Now Malaysia musim yang pertama dan membuat penampilan pada episod satu rancangan tersebut

Selepas muncul di televisyen, Fusion Records MY yang diwakili Zul Norizan mendekati beliau untuk projek lagu bersama rekod label tersebut, lalu terhasilah beberapa single solo dan berkumpulan Hani yang boleh didengari di semua platform digital.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Tarikh Diterbitkan Artis Bersama
2023 Kunang-Kunang Cinta 14 Oktober 2023 Achah Saputra
2022 Harmoni Raya 29 April 2022 Mina Amira, NUiM, Zhafri Shah
2021 Pedih 29 Oktober 2021 tiada
Kita 29 Ogos 2021 Araa Zahaz, Deera Lee
Erti Aidilfitri 30 April 2021 Araa Zahaz, Aynie Syuhada

Penampilan TV dan Rancangan[sunting | sunting sumber]

Penampilan Hani Nosha dalam rancangan realiti terbitan stesen TV dan siaran langsung YouTube

Tahun Nama Rancangan Platform Siaran Nota
2021 All Together Now Malaysia Astro Ria tiada
Selamat Pagi Malaysia RTM (TV1) Promosi "Erti Aidilfitri"
2020 I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketiga TV3 tiada

Rujukan Am[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b I Can See Your Voice Malaysia adalah rancangan permainan muzik misteri televisyen yang disiarkan di TV3. Ini adalah versi Malaysia dari program Korea Selatan, dalam bahasa Melayu
  2. ^ Achah Saputra
  3. ^ Mencabar, tetapi masih boleh diatasi – Hani Nosha - utusan.com.my. Utusan Malaysia. 27 Feb 2022. Dicapai pada 27 Feb 2022

Pautan Luar dan Laman Sosial[sunting | sunting sumber]