Pergi ke kandungan

Hanis Kamal Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hanis Kamal Bakar
Kelahiran
Muhammad Hanis bin Kamaruldzaman

(1989-02-11) 11 Februari 1989 (umur 37)
PendidikanIjazah jurusan Diploma Teater (Pengarahan)
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1994–kini
PasanganDian Zman (k. 2017)
Anak-anak3 (termasuk 2 anak tiri)
IbuSarina Shariff
BapaAllahyarham Kamal Bakar

Muhammad Hanis Kamaruldzaman atau lebih dikenali sebagai Hanis Kamal Bakar (lahir 11 Februari 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau berprolifik sebagai pelakon kanak-kanak pada era 1990-an dan telah membintangi sejumlah filem dan drama sepanjang kerjayanya. Beliau ialah anak kepada pelakon veteran, Allahyarham Kamal Bakar.[1][2]

Hanis Kamal memulakan kerjaya seninya pada usia 5 tahun setelah bapanya, pelakon veteran terkenal, Allahyarham Kamal Bakar (1962-2024) sering membawanya ke lokasi penggambaran,[1][3] sekaligus menerima tawaran berlakon drama pertamanya, Sebening Syawal. Sejak itu, beliau terus bergiat aktif dalam drama dan filem.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Hanis Kamal dilahirkan pada 11 Februari 1989 di Hospital Besar Melaka, Melaka dan mempunyai adik-beradik seramai 5 orang yang mana beliau ialah anak sulung. Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Diploma Teater (Pengarahan) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 2007.[2]

Beliau berkahwin dengan Dian Zman pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.[4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. Senario The Movie Ops Pocot (2011) sebagai Peragut
  2. Gila-Gila Remaja 2 (2013) sebagai Kris
  1. Sebening Syawal (1995)
  2. Anak Penarik Beca (2005)
  3. 6 Progresif (2011) sebagai Budak Baru
  4. Miang Buluh Keladi Birah (2012)
  5. Seindah Sabarmu (2013) sebagai Adam
  6. Geng Penyiasat Sekolah (2013)
  7. Ladang (2014) sebagai Hakim
  8. Cikgu (2015)
  9. Street Vendetta (2015) sebagai Furqan
  10. Kerambit (2016)
  11. Cinta Lemon Madu (2018) sebagai Fariz
  12. Aurora Aisyah (2019) sebagai Zafran (zaman sekolah)

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
  1. Momok 3 (2003) sebagai Hanis
  2. Sutun (2005) sebagai Syukri
  3. Denai Berbisik (2010)
  4. Doa Ke Syurga (2010)
  5. Janji Dengan Nyawa (2010) sebagai Alif
  6. Cinta Bantal Busuk (2013)
  7. Banglo Seksyen 2 (2013)
  8. Disleksia (2014)
  9. Bibah Bling Bling (2014)
  10. Aidil dan Adha (2015)
  11. Derhaka (2016)
  12. Lara Sepasang Nisan (2016) sebagai Faizal
  13. Aku Mahu Hidup (2017) sebagai Kadir

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2006 Anugerah Seri Angkasa 2006 Pelakon Pembantu Terbaik Dirinya sendiri Anak Penarik Beca Menang
2010 Anugerah Seri Angkasa 2010 Denai Berbisik Menang
2013 Anugerah Tribute P. Ramlee Miang Buluh Keladi Menang
  1. 1 2 Hellinie Sina (16 Jun 2013). "Minat dunia seni sejak kecil". Metro Ahad. Dicapai pada 26 Ogos 2019.
  2. 1 2 3 "Pernah kecewa dengan industri". Perak Today. 12 Mei 2014. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  3. ↑ Hellinie Sina (14 Jun 2013). "Hanis ikut jejak ayah". Harian Metro. Dicapai pada 26 Ogos 2019.
  4. ↑ Deel Anjer (19 Ogos 2020). "HANIS KAMAL BAKAR Timang Anak Lelaki, BABY T". WilayahKu. Dicapai pada 26 Ogos 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]