Hanis Zalikha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hanis Zalikha
Fail:Hanis zalikha.png
KelahiranHanis Zalikha binti Zainal Rashid
(1990-10-09) 9 Oktober 1990 (umur 28)
Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainKeknis
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA, Segamat
PekerjaanModel, pelakon, pengacara
Tahun aktif2008 - kini
PasanganHairul Azreen
Ibu bapa
  • Zainal Rashid
  • Nani Rostam
Laman webinibelogsaya.blogspot.com

Hanis Zalikha (dilahirkan sebagai Hanis Zalikha binti Zainal Rashid;[1] 9 Oktober 1990) merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.[2] Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.[3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kedua[4] daripada tujuh orang adik-beradik.[2] Ibunya, Nani Rostam merupakan bekas model sekitar tahun 1980-an.[5] Beliau mula menceburi bidang peragaan bermula daripada penyertaannya dalam pertandingan televisyen realiti secara dalam talian iaitu Malaysian Dreamgirl pada tahun 2008.[6][5] Beliau menjadi peserta[6] kedua yang menjadi naib juara pada pertandingan tersebut. Pada tahun 2010, beliau menduduki tempat keenam[5] dalam carta Top 10 Fastest Rising People in Google Malaysia Top Searches 2010[7] serta mengatasi kedudukan Siti Nurhaliza.[2][5] Selain itu, beliau pernah disenaraikan sebagai carian sepuluh teratas dalam pencarian Google Zeitgeist 2011.[3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor (1997), Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002). Pada peringkat menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (2007).[8] Pada tahun 2012, beliau berjaya mendapat lulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor[5][9][4] pada majlis Konvokesyen ke-76 di universiti yang sama. Selain itu, beliau berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 3.9.[10] Beliau juga bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda selain daripada membuka perniagaan produk kecantikan sendiri selepas menamatkan pengajiannya.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Momok The Movie Filem pertama
2013 Gangster Celop Suzana
2015 Romeo Kota: Kes Fail Kriptik Elina

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Memberku Hawa[9] Hanis TV9
2014 Jodoh 2[11] Zara Astro Ria
Suamikku Encik Sotong Dhia Astro Maya HD
2015 Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Alisa Astro Mustika HD 26 Episod

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Mariam Kampung Putat Mariam TV3
2013 Aku Benci Mama Liana
Mama-Mama Mia Keisya Astro Ceria
2015 Aku, Dia dan C70 Elisya TVi

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran
2013 Pertama Kali Lara Sofea Tonton

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Malaysian Dreamgirl Dirinya sendiri Malaysian Dreamgirl TV Beliau telah menjadi peserta[6][5] kedua yang menjadi naib juara bagi musim pertama program ini, mengalahkan 12 peserta lain. Rancangan ini disiarkan secara dalam talian.
2012 Primadona Astro Prima / Astro Mustika HD Beliau telah dijemput untuk menyatakan pandangannya tentang fesyen.[12]
Mad Markets Musim 1 Dirinya sendiri Pada musim yang pertama, beliau banyak mengembara secara berseorangan sebelum berjumpa dengan rakan di destinasi yang dituju. Berbeza dengan musim kedua, beliau bersama Akhmal Nazri disatukan untuk membeli-belah di pasar lambak sekitar Asia termasuklah Taiwan, Bali, Korea Selatan dan Makau.[13][6][5][14] TV9
2013 Mad Markets Musim 2
Muzik Xtra TVi Beliau menjadi pengacara yang membincangkan perkembangan muzik.[6][5]
Tutor TV SPM Bahasa Melayu Astro TVIQ Beliau menjadi guru bahasa Melayu peringkat SPM.[8]
MeleTOP Astro Ria / Astro Maya HD Beliau diundang untuk ditemu ramah oleh Nabil dan Neelofa.[15]
AF Buzz Beliau bersama Zizan Razak menjadi pengacara program ini serta membincangkan prestasi peserta-peserta AF 2013[16] bersama tetamu jemputan.[17]
Terus Gempak....Inilah AF 2013 (TGIAF)
Raikan Cinta Musim 2 Astro Ria Beliau menjadi pengacara bagi program yang mengetengahkan proses majlis perkahwinan pihak pengantin.[6][5]
Ceria Superstar Musim 2 Astro Ceria Beliau menjadi juri jemputan bagi program ini.
Anugerah Blockbuster 2 Astro Ria / Astro Mustika HD Beliau menjadi pengacara pada majlis karpet merah[6][5] bersama-sama Tasha Shilla, Hefny Sahad dan Hafizul Kamal.[18]
2014 Wanita Hari Ini Dirinya sendiri TV3 Beliau telah dijemput untuk membincangkan tips-tips menjaga kesihatan.
Anugerah MeleTOP Astro Ria / Astro Maya HD Beliau bergandingan bersama Aril sebagai pengacara karpet merah bagi majlis ini.[19]
2017 Romantika Musim 7 Pasangan Pilihan Astro Ria bersama suami (Hairul Az) dan anak beliau

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Nota Hasil
2011 Most Influential Blog Award Anugerah ini dicalonkan menerusi penganjuran Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011[3] di Singapura.[4] Dicalonkan
2014 Artis Baru Wanita Popular Beliau telah tersenarai sebagai calon lima teratas untuk ABPBH 2013.[20] Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mama dan Daddy sudah lama doa - Hanis Zalikha
  2. ^ a b c Mohd. Sidek, Sarina (15). "Hanis Zalikha: "Saya menari untuk keluarkan peluh"" (200). Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd.: 10–11.  Check date values in: |year=, |date=, |year= / |date= mismatch (bantuan)
  3. ^ a b c "Cuba zahirkan budaya baru". Harian Metro. 2 Januari 2012. Dicapai 22 Januari 2014.  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)
  4. ^ a b c d "3,000 pengunjung setiap hari". KOSMO!. 30 Disember 2009. Dicapai 22 Januari 2014.  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)
  5. ^ a b c d e f g h i j "Transformasi Glam : Hanis menari untuk langsing". Harian Metro. 11 Ogos 2013. Dicapai 22 Januari 2014. 
  6. ^ a b c d e f g "Bakat hos Hanis". Harian Metro. 22 Jun 2013. Dicapai 22 Januari 2014.  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)
  7. ^ Zura Ahmad (September 2013). "Hologram Hanis Zalikha" (33). HPB Press Holding Sdn. Bhd.: 14. 
  8. ^ a b Hanis Zalikha - Terima Kasih Cikgu! (dalam bahasa Melayu). Astro Tutor TV. 2013. Dicapai 22 Januari 2014. 
  9. ^ a b "Tak kesal jadi selebriti". KOSMO!. 7 Februari 2013. Dicapai 22 Januari 2014.  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)
  10. ^ a b "Penulis blog jelita terima Anugerah Naib Canselor UiTM". KOSMO!. 20 Mei 2012. Dicapai 22 Januari 2014.  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)
  11. ^ Jodoh 2 lebih cabaran hebat - Hiburan. Sinar Harian. Dicapai pada 30 Mac 2015.
  12. ^ Primadona - Hanis Zalikha - "Gang dengan Kaki Shopping" (dalam bahasa Melayu). Astro Gempak. 2012. Dicapai 22 Januari 2014. 
  13. ^ "Akhmal Nazri pasangan baru Hanis Zalikha?". Harian Metro. 18 September 2013. Dicapai 22 Januari 2014. 
  14. ^ "Hanis takut gosip". Berita Harian. 31 Januari 2013. Dicapai 22 Januari 2014.  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)
  15. ^ MeleTOP - Chit Chat Ekslusif bersama Hanis Zalikha (11.06.2013) (dalam bahasa Melayu). Astro MeleTop. 2013. Dicapai 22 Januari 2014. 
  16. ^ Akademi Fantasia 2013 : AF BUZZ - Minggu Pertama (dalam bahasa Melayu). Astro Gempak. 9 September 2013. Dicapai 22 Januari 2014. 
  17. ^ Akademi Fantasia 2013 : TGI AF2013 - Minggu Pertama (dalam bahasa Melayu). Astro Gempak. 13 September 2013. Dicapai 22 Januari 2014. 
  18. ^ "Hanis Zalikha Fokus Bidang Pengacaraan". Gua.com.my. 7 Jun 2013. Dicapai 22 Januari 2014.  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)
  19. ^ Aril, Hanis Zalikha, hos karpet merah Anugerah MeleTOP (dalam bahasa Melayu). Astro Awani. 16 Januari 2014. Dicapai 22 Januari 2014. 
  20. ^ "Bagai tak percaya dipilih peminat". Berita Harian. 30 Januari 2014. Dicapai 30 Januari 2014.  |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]