Hans-Kristian Vittinghus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hans-Kristian Vittinghus
Yonex IFB 2013 - Eightfinal - Hans-Kristian Vittinghus — Jan Ø. Jørgensen 12.jpg
Maklumat peribadi
Negara Denmark
Lahir (1986-01-16) 16 Januari 1986 (umur 35)
Frederikshavn, Denmark
Tinggi1.80 m (5 ka 11 in)
Berat80 kg (176 lb)
Cakat tanganKanan
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi8 (2 Oktober 2014)
Ranking semasa9 (9 Oktober 2014)
Profil BWF

Hans-Kristian Vittinghus (lahir 16 Januari 1986 di Frederikshavn) merupakan seorang pemain badminton lelaki dari Denmark.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Remaja[sunting | sunting sumber]

Beliau mula bermain badminton pada usia 5 tahun ketika beliau bermain di Solrød Strand Badmintonklub.

Beliau telah memenangi empat kali gelaran juara remaja, 2 dalam perseorangan lelaki pada tahun 2003 dan 2005 manakala 2 lagi pula dalam beregu lelaki pada tahun 1999 dan 2003.

Beliau mengambil tempat dalam pasukan Denmark bawah-19 tahun, beliau memenangi pingat emas dalam Kejohanan Berpasukan Eropah Bawah-19. Beliau juga memenangi pingat gangsa dalam perseorangan lelaki.

Senior[sunting | sunting sumber]

Selepas menjadi pemain senior pada tahun 2005, beliau memenangi kejohanan antarabangsa pertama buat pertama kalinya pada November 2006, mengalahkan pemain No. 1 dunia, Roslin Hashim dalam pusingan akhir Kejohanan Antarabangsa Norway. Sejak itu, beliau memenangi kejohanan itu sekali lagi pada tahun 2009 dan 2010.

Selain itu, beliau juga memenangi Kejohanan Antarabangsa Turki pada tahun 2007, Kejohanan Belanda pada 2008,[1] Terbuka Sepanyol pada 2009 dan Kejohanan Antarabangsa Ireland pada 2010. Beliau mengambil bahagian dalam Liga Badminton Denmark. Beliau bermain dalam perseorangan lelaki dalam pasukan Team skaelskoer slagelse (TSS).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Victor Dutch International 2008 winners". TournamentSoftware.com. Dicapai pada 2008-05-01.