Hans Fritzsche

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hans Fritzsche
Hans Fritzsche12.jpg
di perbicaraan Nuremberg
Butiran peribadi
Lahir21 April 1900 (1900-04-21)
Bochum, Empayar Jerman
Meninggal dunia27 September 1953(1953-09-27) (umur 53)
Cologne, Jerman Barat
KerakyatanJerman
Parti politikParti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP)
PasanganHildegard Fritzsche
PekerjaanMinisterialdirektor di Kementerian Penerangan Awam dan Propaganda Reich
ProfesionWartawan

Hans Georg Fritzsche (21 April 1900 – 27 September 1953) adalah seorang pegawai kanan Nazi Jerman, mengakhiri perang sebagai Ministerialdirektor di Propagandaministerium. Beliau turut berada didalam Führerbunker Berlin semasa hari-hari terakhir Adolf Hitler. Selepas kematian Hitler, beliau pergi ke garisan Soviet di Berlin untuk menawarkan penyerahan kalah kotaraya itu kepada Tentera Merah pada 1 Mei 1945. Beliau telah dijadikan tawanan oleh askar Rusia, dan dihantar ke Nuremberg, dibicarakan oleh Tribunal Tentera Antarabangsa atas tuduhan konspirasi melakukan jenayah terhadap keamanan, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan. Beliau adalah salah seorang daripada hanya tiga defendan yang dibebaskan di Nuremberg (bersama dengan Hjalmar Schacht dan Franz von Papen).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]