Hans von Salmuth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hans Eberhard Kurt von Salmuth
Hans von Salmuth.jpg
Kelahiran(1888-11-11)11 November 1888
Metz, Elsass-Lothringen, Empayar Jerman
Meninggal dunia1 Januari 1962(1962-01-01) (umur 73)
Heidelberg, Baden-Württemberg, Jerman Barat
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1907–45
PangkatGeneraloberst
UnitInfantri
ArahanTentera Darat Ke-15
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross

Hans von Salmuth (11 November 1888 – 1 Januari 1962) adalah seorang jeneral Jerman dan penjenayah perang semasa Perang Dunia II. Salmuth memerintah beberapa tentera darat medan di Barisan Timur, dan Tentera Darat Ke-15 di Perancis semasa penyerbuan D-Day. Selepas perang, beliau telah dibicarakan di Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian dari Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Beliau didapati bersalah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dan dihukum penjara selama 20 tahun. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1953.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Hans von Salmuth menyertai Tentera Darat Jerman pada tahun 1907 dan berkhidmat dalam Perang Dunia I. Salmuth kekal dalam tentera dan bertugas sebagai Ketua Staf Kor II dari tahun 1934 hingga 1937. Beliau telah ditugaskan sebagai ketua staf kepada Markas Tentera Darat Pertama. Pada tahun 1938 beliau ditukarkan sebagai Ketua Staf kepada Tentera Darat Ke-2. Pada tahun 1939 beliau menjadi Ketua Staf bagi Kumpulan Tentera Darat Utara, yang diperintah oleh Jeneral Fedor von Bock, semasa Pencerobohan Poland. Salmuth terus bertugas sebagai Ketua Staf kepada Bock, apabila beliau diberi memerintah Kumpulan Tentera Darat B untuk menyerang Belgium dan Perancis, pada Mei 1940. Pada Julai 1940 Salmuth dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross. Pada 1 Ogos 1940, beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral.

Pada tahun 1941, Salmuth telah ditugaskan ke Barisan Timur dan diberi memerintah Kor XXX. Beliau terlibat dalam Operasi Barbarossa dan mengambil bahagian dalam Pertempuran Sevastopol. Seperti kebanyakan kor Jerman di Barisan Timur, kor Salmuth melaksanakan jenayah Perintah Komisar.[1] Pada tahun 1942, beliau dilantik sebagai pemangku Panglima Tentera Darat Ke-17 (20 April 1942 hingga 1 Jun 1942). Untuk masa yang singkat, 6 Jun 1942 hingga 15 Julai 1942, beliau diberi tugas memerintah Tentera Darat Ke-4, menggantikan bekas panglimanya, Gotthard Heinrici, yang pergi bercuti. Pada pertengahan Julai 1942 beliau diberi memerintah Tentera Darat Ke-2.

Pada Januari 1943 Salmuth dinaikkan pangkat ke Generaloberst. Pada waktu itu, beliau berdepan dengan Operasi Voronezh-Kastornensk Soviet, dimana Tentera Darat Ke-2 hampir dimusnahkan. Pada 3 Februari 1943, beliau diberi memerintah Tentera Darat Ke-4 sehingga Julai 1943. Pada Ogos 1943, Salmuth diberi tugas memerintah Tentera Darat Ke-15 yang berpangkalan di Pas-de-Calais, Perancis. Salmuth telah dilepaskan dari jawatannya, pada akhir Ogos 1944, berikutan perpecahan garisan depan Jerman, selepas tentera Bersekutu memecah keluar dari Normandy (Operasi Cobra), beliau tidak lagi diberi tugas memerintah.

Perbicaraan dan hukuman[sunting | sunting sumber]

Salmuth telah dibicarakan di Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian dari Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Salmuth didapati bersalah kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk pembunuhan dan penindasan tawanan perang Soviet, dan pembunuhan, pengusiran, dan orang awam dijadikan tebusan dalam wilayah taklukan. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. Hukumannya diteliti semula pada tahun 1951, diringankan ke 12 tahun dan tarikh diundurkan ke Jun 1945. Salmuth telah dibebaskan pada tahun 1953.[2]

Hans von Salmuth meninggal dunia pada tahun 1962.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Rekod perkhidmatan
Penugasan
  • Kor XXX - 10 Mei 1941 - 27 Disember 1941
  • Tentera Darat Ke-17 - 20 April 1942 - 1 Jun 1942
  • Tentera Darat Ke-4 - 6 Jun 1942 - 15 Julai 1942
  • Tentera Darat Ke-2 - 15 Julai 1942 - 3 Februari 1943
  • Tentera Darat Ke-4 - Jun 1943 - 31 Julai 1943
  • Tentera Darat Ke-15 - 1 Ogos 1943 - 25 Ogos 1944

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stahel 2015, m/s. 28.
  2. ^ Hebert 2010, m/s. 209, 218.
  3. ^ Scherzer 2007, p. 649.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
Generaloberst Hermann Hoth
Panglima 17. Armee
20 April 1942 – 31 Mei 1942
Diikuti oleh:
Generaloberst Richard Ruoff
Didahului oleh
Generaloberst Gotthard Heinrici
Panglima 4. Armee
6 Jun 1942 - 15 Julai 1942
Diikuti oleh:
Generaloberst Gotthard Heinrici
Didahului oleh
Jeneral Maximilian Reichsfreiherr von Weichs
Panglima 2. Armee
14 Julai 1942 - 3 Februari 1943
Diikuti oleh:
Jeneral Walter Weiss
Didahului oleh
Generaloberst Gotthard Heinrici
Panglima 4. Armee
Jun 1943 - 31 Julai 1943
Diikuti oleh:
Generaloberst Gotthard Heinrici
Didahului oleh
Jeneral Heinrich von Vietinghoff gennant Scheel
Panglima 15. Armee
8 Ogos 1943 - 24 Ogos 1944
Diikuti oleh:
Jeneral Gustav-Adolf von Zangen

Templat:Subject bar