Hantu Bungkus Ikat Tepi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hantu Bungkus Ikat Tepi
PengarahHashim Rejab
PenerbitDavid Teo
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarMetrowealth Pictures Sdn. Bhd.
Tempoh tayangan
92 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 2 Juta

Hantu Bungkus Ikat Tepi, sebuah filem komedi seram yang telah diarahkan oleh pengarah Hashim Rejab. Filem ini mula ditayangkan pada 9 April 2015 dan diterbitkan oleh Metrowealth.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengisahkan tentang 3 rakan baik, Fuad, Fakhrul dan Fendi yang masing-masing mempunyai pekerjaan yang sederhana dan cukup-cukup makan. Mereka nampak berani namun sebenarnya penakut. Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta di satu malam, tiba-tiba terlihat seorang lelaki terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah di badan. Fuad, Fakrul dan Fendi rasa tak senang duduk kerana pisau yang berada di sebelah mayat itu dipegang dan membuat mereka rasa bersalah dan takut dicop pembunuh, lalu memutuskan untuk menanam mayat tersebut di satu kawasan. Mayat tersebut di bungkus dengan tidak sempurna kerana terlalu rushing dan bungkusan di kepala diikat senget untuk memastikan mayat itu ditanam oleh mereka bertiga jika polis membuat siasatan. Selepas kejadian itu, hantu bungkus itu sering mengganggu mereka setiap masa. Dalam pada itu, mereka mendapat ugutan untuk menyempurnakan semula mayat tersebut dan terpaksa mencari siapa pembunuh mayat itu. MIMIE (Nora), jiran sebelah rumah mereka pada mulanya hanya membantu mereka meminjamkan ipadnya bagi tujuan mendapatkan informasi tentang pembunuh si mayat. Mimie kemudiannya terjebak sekali dalam perjalanan mereka bertiga mencari mayat tersebut. Mimie yang jenis salah bual dan girly, membuatkan Fendi dan Fakhrul kurang selesa namun tetap meneruskan pencarian mereka berempat. Dalam perjalanan mereka mencari mayat si mati itu, pelbagai perkara seram dan lucu berlaku kepada mereka berempat sehingga mereka menjejakkan kaki ke Highland Tower untuk mendapatkan maklumat. Adakah mereka dapat menjejaki pembunuh mayat tersebut? Adakah mereka semua selamat? Apa akan berlaku kepada mereka berempat? Semuanya terjawab dalam Hantu bungkus Ikat Tepi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2016
Filem MeleTOP Hantu Bungkus Ikat Tepi Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hantu Bungkus Ikat Tepi". Cinema Online. Dicapai 2015-11-06.