Hantu Kapcai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hantu Kapcai
Hantu Kapcai.jpeg
Poster keluaran tayangan
Pengarah Ghaz Abu Bakar
Penerbit
Dibintangi oleh Zizan Razak
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Neelofa
Muzik oleh KRU Studios
Sinematografi Yusry Abdul Halim
Disunting oleh Yusry Abdul Halim
Syarikat
produksi
Showbiz Productions
Pengedar United Studios
Mula ditayangkan
27 September 2012
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Pecah panggung RM 3.19 juta

Hantu Kapcai (digayakan sebagai H4NTU K4PC41)[1] merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2012 arahan sulung Ghaz Abu Bakar terbitan Showbiz Productions. Dibintangi oleh Zizan Razak, Remy Ishak, Izzue Islam dan Fizz Fairuz; filem ini ditayangkan pada 27 September 2012.[2][3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Ajib, seorang mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger. Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim, calon Imam Muda di kampungnya.Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Zizan Razak melakonkan watak Ajib di dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Hantu Kapcai merupakan filem sulung arahan Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini mengarahkan telefilem Ponti Anak Remaja beberapa muzik video artis-artis popular termasuk Datuk Siti Nurhaliza. Ia merupakan filem pertama Showbiz Productions, dengan United Studios mengendalikan urusan pengedaran. Ghaz ketika ditanya mengenai filem ini, berkata: “Hantu Kapcai merupakan pengalaman berharga saya dalam industri perfileman. Dari lensa seorang pengarah, saya menyampaikan penceritaan filem ini melalui pendekatan cerita rakyat Malaysia dengan sentuhan antarabangsa. 10 tahun akan dating, bila saya melihat semula filem ini, saya tetap akan berbangga dengan filem yang menghiburkan ini.” Yusry KRU mengendalikan sinematografi dan suntingan untuk filem ini.

Tema[sunting | sunting sumber]

Menulis untuk mSTAR Online, Feride Hikmet Atak menyifatkan Hantu Kapcai mempunyai gabungan nilai komersial yang diselitkan dengan unsur seni yang boleh membuatkan penonton lebih mudah menerima karya yang ditonton.[4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Hantu Kapcai ditayangkan pada 27 September 2012 di pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. Ia diedarkan oleh KRU Studios.[5] Majlis pratonton filem ini telah diadakan di Cineleisure Damansara pada 25 September 2012, dua hari sebelum tayangan perdananya.[6] Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan Hantu Kapcai merupakan sesuatu diluar jangkaan.[7]

Filem ini merupakan satu kejayaan komersial luar biasa, ia berjaya meraih kutipan RM3.19 juta sekaligus mengatasi kutipan filem animasi Hollywood, Hotel Transylvania lakonan suara Adam Sandler dan Selena Gomez dan filem Looper lakonan Bruce Willis dan Emily Blunt, yang ditayangkan serentak pada tarikh sama.[8][9] Hantu Kapcai telah memenangi Anugerah Blokbuster 2013 bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat (Zizan Razak), dan Heroin Baru Terhebat (Neelofa).[10]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2012 Anugerah Blokbuster 2012 Filem Terhebat[11] Menang
Filem Aksi Terhebat Menang
Filem Kelakar Terhebat Menang
Hero Baru Terhebat Zizan Razak Menang
Hero Baru Terhebat Neelofa Menang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hantu Kapcai". Selebriti Online. 2 Oktober 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  2. ^ "Filem Hantu Kapcai Lakonan Zizan Razak". Sensasi Selebriti. 11 September 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  3. ^ "Hantu Kapcai cerita selepas mati". Kosmo!. 7 Oktober 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  4. ^ Feride Hikmet Atak (17 Jun 2013). "Nilai Seni & Komersial Resipi Kejayaan 'Hantu Kapcai'". mSTAR Online. Dicapai 5 Julai 2013. 
  5. ^ Siti Juliana Mohd Johar (10 Oktober 2012). "Hantu Kapcai dilanjut tayangan seminggu lagi". Sinar Harian. Dicapai 5 Mac 2013. 
  6. ^ "(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem "Hantu Kapcai"". Galaksi Media. 26 September 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  7. ^ "Norman Sifatkan Kejayaan Hantu Kapcai Sebagai Luar Jangkaan". Perak Today. 2 Oktober 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  8. ^ "'29 Februari' Kecundang, 'Hantu Kapcai' Taruhan Baru". Malaysian Digest. 13 September 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  9. ^ "'Hantu Kapcai' Rampas Carta No #1 Box Office – Norman KRU". Oh Bulan!. 4 Oktober 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  10. ^ Syafique shuib (16 Jun 2013).'Hantu Kapcai' ungguli Anugerah Blokbuster 2 Astro Awani. Dicapai pada 26 Mei 2017.
  11. ^ Feride Hikmet Atak (16 Jun 2013). Hantu Kapcai menang Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012 mStar Online. Dicapai pada 17 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]