Hantu Punya Bos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hantu Punya Bos
Fail:Hantu Punya Bos.jpg
GenreKomedi
Cinta
Ditulis olehDekna Lee
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Shukri Yahaya
Intan Najuwa
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
PenerbitMejar (K) David Teo
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 6.30 petang.
Syarikat pengedaran
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 Slot Iris
Siaran asal28 Disember 2016 - 31 Januari 2017

Drama ini merupakan satu adaptasi dari novel karya Dekna Lee.[1] Drama ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah Feroz Kader. Dibintangi pelakon Shukri Yahaya dan Intan Najuwa.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bekerja sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu.

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! Melatah! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

: Slot Iris, Setiap Isnin Hingga Khamis, 6:30 Petang
Sebelumnya Hantu Punya Bos Berikutnya
Love You Mr. Arang Abang Sado Jemur Kain