Hantu Wangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan KL Wangan.
Hantu Wangan
PengarahAhmad Idham
PenerbitAhmad Idham
PenulisAhmad Idham
Dibintangi oleh
Muzik olehBrian Ng
SinematografiMohd Shahreel
Disunting olehShamsul Zain
Syarikat
penerbitan
Aifa Motion Pictures
Mula ditayangkan
22 Mac 2018
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM89 ribu

Hantu Wangan ialah filem komedi seram Malaysia 2018 arahan Ahmad Idham. Dibintangi oleh Achey Bocey, Nur Risteena dan Cat Farish. Ia mengisahkan seorang pelumba jalanan haram Kintang Kintung yang mendapat peluang untuk menjadi pemandu profesional apabila di tawarkan oleh Papa J, hidupnya mula berubah, dari seorang yang amat berani dan sukakan kelajuan menjadi seorang lelaki yang paling penakut, filem ditayangkan kepada umum pada 22 Mac 2018.

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Hantu Wangan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Kintang Kintung (KK; Achey Bocey), seorang pelumba jalanan haram yang sentiasa menang dalam perlumbaan di jalanan. Satu malam ketika sedang berlumba, dia secara tidak sengaja telah melanggar seorang gadis, menyebabkan kematian gadis itu. Ini menyebabkan dia berehat seketika daripada berlumba akibat trauma. Traumanya semakin teruk apabila dia mula mengalami gangguan paranormal.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Hantu Wangan diarahkan oleh Ahmad Idham yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis lakonlayar. Ia diterbitkan oleh Aifa Motion Pictures milik Idham. Beliau mengakui filem ini tiada kaitan secara langsung dengan filem KL Wangan arahan Pekin Ibrahim, Idham turut menjelaskan istilah 'wangan' digunakan oleh kebanyakan pelumba kereta yang selalu berlumba pada waktu malam.[2]

Achey Bocey menjayakan peranan utama sebagai Kintang Kintung, nama yang diambil daripada rancangan komedi dengan nama sama yang dihoskan oleh Achey bersama Allahyarham Harun Salim Bachik.[3] Nur Risteena yang terkenal dengan peranan televisyen seperti Playboy Itu Suami Aku dan Demi Cinta Ain, memegang watak sebagai Dr. Azira, seorang doktor psikologi. Hantu Wangan ialah filem seram pertama lakonannya. Menurut Risteena, watak lakonannya itu diselitkan dengan elemen yang menuit hati. Beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Sebelum ini, ada beberapa filem seram yang ditawarkan, tetapi saya tak berani terima kerana belum bersedia."[4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Hantu Wangan dikeluarkan pada 22 Mac 2018 dan menjadi kegagalan komersial. Menurut laporan yang dikeluarkan di laman sesawang Mangga Media, Ahmad Idham meluahkan kekecewaanya terhadap Skim Wajib Tayang (SWT) yang hanya memberi ruang sebanyak 29 panggung untuk menayangkan filem ini.[5] Idham dipetik sebagai berkata: "Hal ini bukan baharu kerana penerbit lain terutamanya dalam kelompok penerbit kecil pernah mengalami situasi sama apabila jumlah tayangan di panggung dikecilkan,".[5] Filem ini telah mendapat 43 panggung tayangan berbanding 29 panggung selepas Idham membuat rayuan sebanyak tiga kali.[6]

Shazryn Mohd Faizal mengulas untuk portal mStar Online menyifatkan Hantu Wangan mempunyai formula yang lapuk dan berkata: "Hantu Wangan tidak lebih hanyalah sebagai sebuah filem komedi seram yang memiliki intipati yang sama tetapi yang berubah pun hanyalah luarannya sahaja. Itupun hanya sedikit.[7] Di dalam ulasan untuk Kakimuvee.net, Zulfadli Zulkifli menulis "...Peringkat awal filem ini dilihat selari dengan temanya sebagai sebuah filem komedi seram serta tajuknya yang melibatkan perlumbaan keretanya.[8] Amirul Haswendy Ashari dari Harian Metro dalam ulasan untuk filem ini menulis "...tidak keterlaluan dikatakan filem ini sebenarnya berjaya membangkitkan nostalgia itu, terutama peminat tegar genre ini yang tidak mahu membebankan fikiran dengan isu berat atau bahasa filem yang berat."[9]

Pada September 2018, Hantu Wangan disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Makrifat Cinta dan Busker serta tujuh lagi filem.[1]

Media rumah[sunting | sunting sumber]

Hantu Wangan telah ditayangkan untuk tontonan rumah yang mana pelanggan ASTRO boleh melanggannya di saluran Astro First Saluran 480 bermula pada 3 Mei 2018.[10]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem dipersembahkan oleh dua pelakon utamanya, Cat Farish dan Achey Bocey, juga bertajuk "Hantu Wangan", dikeluarkan pada 19 Mac 2018.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Top 10 filem Melayu dengan kutipan terendah". Sinar Harian. 9 September 2018. Dicapai 11 September 2018. 
  2. ^ Hassan, Emma (26 Februari 2018). "Hantu Wangan Tiada Kaitan KL Wangan". Mangga Media. Dicapai 31 Mac 2018. 
  3. ^ Chua, Dennis (30 March 2018). "#Showbiz: Achey's haunting happenings involving mentor". New Straits Times. Dicapai 31 Mac 2018. 
  4. ^ "Watak tidak bertemu hantu". Harian Metro. 19 Oktober 2017. Dicapai 31 Mac 2018. 
  5. ^ a b Emma Hassan (27 Februari 2018). "Ahmad Idham Kecewa, Hanya 29 Panggung Tayang Hantu Wangan". Mangga Media. Dicapai 3 Mei 2018. 
  6. ^ Amirul Haswendy Ashari (15 Mac 2018). "Hantu Wangan di 43 panggung". Harian Metro. Dicapai 3 Mei 2018. 
  7. ^ Shazryn Mohd Faizal (30 Mac 2018). "Formula Lapuk Dalam 'Hantu Wangan'". mStar Online. Dicapai 3 Mei 2018. 
  8. ^ Zulfadli Zulkifli (22 Mac 2018). "Review Hantu Wangan". Kakimuvee.net. Dicapai 3 Mei 2018. 
  9. ^ Amirul Haswendy Ashari (22 Mac 2018). "Cerita nostalgia lucu". Harian Metro. Dicapai 3 Mei 2018. 
  10. ^ "Jom saksikan Hantu Wangan di Astro First". AIFA Skills Academy. 3 Mei 2018. Dicapai 28 Mei 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]