Hany Soh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hany Soh Hui Bin
Ahli Parlimen
Memegang jawatan
TBD
Bersama dengan:
Lawrence Wong
Alex Yam
Zaqy Mohamad
Kawasan pilihan rayaGRC Marsiling-Yew Tee
Butiran peribadi
Lahir (1987-06-24) 24 Jun 1987 (umur 34)
Singapura
KewarganegaraanSingapura
Parti politikPAP
Alma materPoliteknik Temasek
Universiti Liverpool
PekerjaanAhli politik, peguam

Hany Soh Hui Bin (lahir 24 Jun 1987) adalah seorang peguam dan ahli politik Singapura. Beliau juga seorang ahli Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee sejak 2020.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 1999 lalu belajar di Sekolah Menengah Bendemeer.[1][2] Setelah lulus tahap O, beliau mendapat Diploma Undang-Undang & Pengurusan di Politeknik Temasek.[1][3][2] Beliau juga berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Liverpool di United Kingdom.[1][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya peguam[sunting | sunting sumber]

Sesudah lulus pada 2011, Soh telah menjadi ahli sukarelawan bersama dengan ahli-ahli akar umbi di Bukit Panjang yang lain di bawah bantuan Datuk Bandar Daerah Barat Laut Teo Ho Pin.[4] Pada 2013, beliau menjadi seorang Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Agung.[1][3] Pada 2014, beliau menubuhkan Klinik Perundangan Komuniti pertama di pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) di negara itu.[1][4] Sebagai peguam, beliau menangani pelbagai kes-kes termasuk Chan Shwe Ching v Leong Lai Yee [2015], Phua Han Chun Jeffery v PP [2016], UBM v UBN [2017] dan Mohamed Affandi bin RosIi v PP [2018].[3] Pada 2016, beliau menyertai Perbadanan Undang-undang MSC dan menjadi pengarahnya pada tahun berikut.[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Soh dibawa ke Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan bekerja sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif HQ PAP selama setahun, dari 2017 hingga 2018.[1][3]

Pada pilihan raya 2020, beliau dipilih sebagai calon GRC Marsiling-Yew Tee.[2] Pada 5 Julai, kakinya patah kerana terjatuh semasa berkempen.[5][6] 5 hari kemudian, beliau terpilih ke Parlimen, mengalahkan calon-calon pembangkang dari Parti Demokratik Singapura (SDP).[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "PAP's new GE2020 candidate Hany Soh is a Normal-stream student-turned-lawyer". 24 Jun 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
  2. ^ a b c "Singapore GE2020: Lawrence Wong continues to head PAP's Marsiling-Yew Tee GRC team, new face Hany Soh replaces Ong Teng Koon". 28 Jun 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
  3. ^ a b c d e "Hany Soh". Dicapai pada 13 Julai 2020.
  4. ^ a b "GE2020: PAP's new prospective candidates include former public servants, lawyer and banker". 24 Jun 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
  5. ^ "PAP Marsiling-Yew Tee GRC new candidate Hany Soh fractures foot during house visits". 6 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
  6. ^ "PAP new face Hany Soh fractures foot on house visits". 7 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.
  7. ^ "GE2020 official results: PAP team led by Lawrence Wong beats SDP in Marsiling-Yew Tee with 63.18% of votes". 11 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]