Hanyut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hanyut (filem))
Jump to navigation Jump to search
Hanyut
PengarahU-Wei Hj Saari
PenerbitJulia Fraser
Lakon layar olehU-Wei Hj Saari
BerdasarkanAlmayer's Folly oleh
Joseph Conrad
Dibintangi olehPeter O'Brien
Diana Danielle
Sofia Jane
Adi Putra
SinematografiArkadiusz Tomiak
Disunting olehKate James
Syarikat
penerbitan
Tanah Licin Sdn Bhd
Mula ditayangkan
6 November 2014 (2014-11-06)(Indonesia)
24 November 2016 (Malaysia)
NegaraMalaysia
Bahasabahasa Melayu
bahasa Inggeris
PerbelanjaanRM 18 juta (dianggarkan) [1]

Hanyut merupakan sebuah filem drama pengembaraan Malaysia 2012 arahan U-Wei Hj Saari yang diadapatasikan daripada novel tulisan Joseph Conrad bertajuk Almayer's Folley. Filem ini merupakan kembali semula U-Wei mengarah setelah kali terakhir beliau mengarah pada 2004 menerusi filem Buai Laju-Laju.

Filem ini pada asalnya hendak ditayangkan sebaik sahaja ia disiapkan pada tahun 2012, namun tarikh penayangannya terpaksa ditunda sejak December 2013[2] kerana kekurangan dana untuk mempromosikan filem ini. U-Wei terpaksa meminta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional bantuan kewangan sebanyak RM2 juta untuk tujuan pemasaran dan pengedaran.[3] Sementara itu, filem ini mendapat peluang ditayangkan di 150 buah panggung wayang gambar serata Indonesia di bawah tajuk Gunung Emas Almayer pada November 2014. Filem ini akhirnya dapat ditayangkan di panggung wayang gambar seluruh Malaysia pada 24 November 2016, seperti yang diberitakan U-Wei dalam sebuah sidang akhbar pada 13 Oktober tahun yang sama.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini mengisahkan tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Asia Tenggara pada awal kurun ke-19. Dia berhasrat mahu menemui sebuah gunung emas yang dianggap mitos tetapi ditentang oleh isterinya yang licik, kerajaan penjajah, pertelingkahan politik dari pusat daerah dan pedagang Arab, dan cinta puterinya terhadap seorang pahlawan Melayu yang inginkan kebebasan

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Skrip filem ini dihasilkan sejak 10 tahun lalu, iaitu lebih kurang pada 2002. Penantian yang panjang berikutan masalah kewangan yang dihadapai dalam merealisasikan filem bercorak sejarah ini.

U-Wei turut meminta tenaga luar dengan menggunakan khidmat Ryuichi Sakamoto, pemenang Anugerah Akademi 1987 bagi filem The Last Emperor[5].

Pemilihan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Misi pencarian pelakon yang sesuai untuk watak Nina, seorang gadis kepada pedagang Belanda, dilakukan. Menurut U-Wei, beliau mungkin menyerahkan watak ini kepada Sofea Jane. Tetapi, atas faktor usia, beliau meneruskan misi mencari pelakon yang sesuai dan hasilnya, Diana Danielle berjaya mendapat watak ini[6].

Manakala watak utamanya, Kasper Almayer, datang dalam bentuk pelakon British yang dikenali menerusi watak James Whistler dalam siri Prison Break, Chris Vance. Menurut U-Wei, bagi mencari pelakon yang dianggap sesuai dengan watak Almayer, lelaki pedagang Inggeris yang taksub dengan impian mencari emas di kawasan pergunungan Tanah Melayu pada kurun ke-19, beliau meneliti pelbagai nama pelakon, sama ada aktor ternama mahupun mereka yang baru hendak bertapak. Peluang tiba apabila skrip filem Hanyut sampai ke tangan ejen Chris. Sesi perbualan dengan ejen dan produser berlaku menimbulkan minat untuk Chris Vance membintangi filem ini. Chris juga tidak meminta yang bukan-bukan, sebaliknya menerima apa yang mampu kami berikan.

Filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon dari Singapura, Indonesia dan tidak ketinggalan, Malaysia

Krew Produksi[sunting | sunting sumber]

U-Wei turut menggunakan khidmat kru luar negara bagi menguatkan lagi filem yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan April 2010. Antara tenaga kreatif luar yang disenaraikan termasuk pemenang anugerah jurukamera terbaik Poland, Arkadiusz Tomiak sebagai Pengarah Fotografi, dibantu rakan senegara, Tomek Naumiuk, selaku Operator Kamera. Hanyut juga dibantu Pereka Produksi dari Australia, Sam Hobbs; dan Penolong Pengarah 1 dari Kanada, Rick Beecroft. Sementara muziknya pula digubah komposer Indonesia, Y Subowo, yang dibantu komposer tempatan, Ayob Ibrahim[7].

Filem ini mengadakan pengambaran di Kuala Lipis, Pahang. Setting filem ini berlatarbelakangkan zaman penjajahan di Tanah Melayu.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 Anugerah Penghargaan Khas Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saharuddin Musthafa (5 November 2014). "Hanyut ditayang di 150 pawagam di Indonesia". Utusan Malaysia. Utusan Melayu (M) Berhad. Dicapai 11 Oktober 2016. 
  2. ^ Yeoh, Angelin (5 November 2014). "Will U-Wei Haji Saari's 'Hanyut' see the light of day in Malaysia?". Star2.com. Star Media Group Berhad. Dicapai 11 October 2016. 
  3. ^ Florey DM (4 November 2014). "U-Wei wants RM2 million to promote "Hanyut"". Cinema Online. Cinema Online. Dicapai 11 October 2016. 
  4. ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani. Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai 21 Oktober 2016. 
  5. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/U-Wei_dekati_komposer_bertaraf_Oscar_4657
  6. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/U-Wei_cari_Nina_Hanyut_2746
  7. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Diana_dibawa_dalam_Hanyut_3558

Pautan luar[sunting | sunting sumber]