Happy Together (rancangan hiburan Korea)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Happy Together
Genre Rancangan Bualbicara
Ditulis oleh
  • Lee Min-jeong
  • Kim Min-ji
  • Shin Jae-kyung
  • Yang Gyu-ok
  • Noh Ji-yeon
  • Kim Do-eun
  • Jung Mi-rae
Pengarah
  • Park Min-jeong
  • Kim Hyung-seok
  • Shim Jae-hyun
Pengacara
Dibintangi oleh
List of guests
Negara asal Korea Selatan
Bahasa Korea
Bilangan musim 4
Bilangan episod
  • Special: 4
  • Season 1: 179
  • Season 2: 112 + 1 (Pilot)
  • Season 3: 557
  • Season 4: 7 (sehingga 22 November 22 2018)
(Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif Lee Se-hee
Tempoh siaran 95 minit (biasa)
90 minit (istimewa)
Syarikat pengedaran
KBS World
Penyiaran
Saluran asal KBS2
Format gambar 1080i (HDTV) ATSC, ISDB
Format audio 2 saluran Dolby Digital
Julung kali ditayangkan di
Korea Selatan
Siaran asal November 8, 2001 (2001-11-08) – sekarang
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Happy Together (Hangul: 해피투게더; RR: Haepitugedeo) adalah satu rancangan hiburan berunsur bualbicara dari Korea Selatan yang mula ditayangkan pada 8 November 2001 di KBS2. Ia merupakan rancangan paling popular di KBS pada 2002-2003, dan meneruskan kejayaan tersebut di dua musim berikutnya. Kini, Happy Together disenaraikan sebagai salah satu program popular di rangkaian awam Korea yang disiarkan setiap Khamis pukul 23:05 (KST) secara tetap. Program ini telah menyambut episod ke-200 pada musim ketiga 7 Julai 2011.[1]

Format[sunting | sunting sumber]

Semasa[sunting | sunting sumber]

Musim 4[sunting | sunting sumber]

Sebelumnya[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Musim 1 Happy Together bersiaran selama 4 tahun dari 8 November 2001 hingga 28 April 2005. Ia adalah musim paling popular dalam siri ini, rancangan hiburan paling popular di KBS dari 2002-2004, dan rancangan yang paling banyak ditonton pada malam Khamis. Musim 1 mempunyai beberapa segmen berbeza, yang paling terkenal adalah segmen Metal Tray Karaoke Room dan beberapa segmen lain seperti Metal Tray Drama dan Do Re Mi "Kong Kong Kong". Di awal musim, rancangan ini bertemakan bualbicara dan kuiz di mana pengacara akan berhadapan dengan pelajar-pelajar untuk mendapatkan biasiswa. Kemudian, konsep ini dibatalkan dan segmen Classroom Talk (책가방토크) dan Metal Tray Karaoke Room telah dilaksanakan sebagai segmen tetap. Semasa musim ini, segmen Metal Tray Karaoke Room tidak mengisi keseluruhan episod, maka permainan lain telah ditambah untuk mengisi waktu yang selebihnya. Satu episod sorotan disiarkan pada 28 April 2005 sebagai finale Musim 1, di mana kadar tontonan adalah sedikit lebih rendah daripada biasa.[2]

Slogan: "목요일 밤의 행복한 만남, 해피투게더!" (Thursday nights happy meeting, Happy Together!)

Metal Tray Karaoke Room

Dalam Metal Tray Karaoke Room (쟁반노래방), tetamu akan menyanyikan sebuah lagu (biasanya lagu kanak-kanak) dalam 10 pusingan,tanpa melihat lirik, yang mereka harus menyanyi setiap baris dengan betul. 3 kad peluang disediakan untuk memudahkan cabaran ini, dan dengan segera setelah seseorang didapati membuat kesalahan, dulang logam di atas kepala mereka akan jatuh dan mengena pada mereka. Ini dianggap sebagai hukuman kerana tidak mampu untuk mengingat lirik lagu tersebut.[3]

Metal Tray Drama

Segmen Metal Tray Drama (쟁반극장) menampilkan dua pengacara (Shin Dong-yup, Lee Hyori) dan dua tetamu lain, di mana mereka akan dibahagi menjadi dua pasukan (1 MC, 1 tetamu) dan melakonkan satu babak dari filem atau drama. Biasanya melibatkan gelagat lucu, sesiapa sahaja yang tertawa atau lupa apa yang harus dilakukan (dikenali sebagai NG (no good)) akan dipukul dengan dulang logam.

Do Re Mi Kong Kong Kong

Do Re Mi Kong Kong Kong (도레미 콩콩콩) adalah satu segmen yang memaparkan Do Re Mi 7 Siblings (도레미칠남메) yang mengandungi dua pengacara (Yoo Jae-suk, Kim Je dong) dan lima tetamu lain. Mereka akan cuba memainkan lagu kanak-kanak menggunakan keyboard bersaiz manusia yang tergantung dari siling. Masing-masing diberikan not (Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do) dan diberi empat peluang untuk memainkan lagu dengan betul dengan memukul keyboard dengan kepala mereka. Jika mereka salah, sekumpulan penghukum akan memukul mereka dengan tukul plastik.

Musim 2[sunting | sunting sumber]

Musim 2 telah dikenali sebagai Happy Together Friends (해피투게더 프렌즈), di mana selebriti mencari rakan-rakan sekolahnya (sekolah rendah atau sekolah tinggi). Program ini awalnya bermula sebagai episod perintis yang mula bersiaran pada Februari 2005 bertajuk Friends, diacarakan oleh Yoo Jae-suk, Eugene, dan Tak Jae-hoon. Ia akhirnya digabungkan dengan Happy Together untuk menjadi Happy Together Friends. Musim ini tidak selucu musim sebelumnya, kerana kebanyakan selebriti dan rakan sekolah akan menangis atau menghargai masa mereka bersama, mengurangkan tahap ketawa. Musim 2 bersiaran dari 5 Mei 2005 hingga 21 Jun 2007. Musim 2 tidak sepopular seperti Musim 1 tetapi masih mendapat kadar tontonan yang biasa (10-18%). Dalam Happy Together Friends, 2 selebriti mencari 5 rakan sekolah mereka dari sekumpulan 25-40 orang yang hadir sebagai hadirin. Hadirin ini terdiri daripada rakan-rakan sekolah selebriti undangan tersebut dan rakan palsu yang bertujuan untuk mengelirukan selebriti itu nanti. Selebriti undangan ini pula akan diasingkan dari hadirin di bilik lain bersama pengacara lain. Selebriti punya 2 pusingan untuk mencari rakan, teman-teman mereka akan berbicara tentang peristiwa masa lalu dan cerita-cerita menarik, di mana selebriti akan menjadikan ia petunjuk untuk mencari rakan tersebut. Namun, selebriti hanya mampu melihat skrin pengacara dan bukan hadirin itu.

Slogan: "친구가 있어, 행복한 목요일, 해피투게더 프렌즈!" (Because friends are here, Thursday is happy, Happy Together Friends!)

Study Quick, If Incorrect, Metal Trays Will Hit!

Dalam permainan ini, Study Quick, If Incorrect, Metal Trays Will Hit! (벼락치기, 달달 외워~ 못 외우면 쟁반 맞아!) atau dalam episod perintis Study Quick, If Incorrect, Raise Your Hands! (벼락치기, 달달 외워~ 못 외우면 손들어!), dua selebriti dan teman-teman mereka akan bersaing untuk mendapatkan makan malam percuma selepas habis rakaman supaya mereka boleh berbual sesama sendiri. Objektif permainan ini adalah untuk mengenal pasti objek tertentu/orang selepas belajar selama 30 minit. Gambar objek/orang akan diletakkan di atas satu tali pinggang penghantar dan melalui peserta ketika mereka memakai fon kepala, mereka mesti teka dengan betul atau akan dipukul dengan dulang logam (atau dipaksa untuk mengangkat tangan mereka dalam episod perintis). Pasukan dengan mata terbanyak akan memenangi makan malam percuma. Permainan ini hanya dimainkan sebanyak 4 kali (termasuk episod perintis).

Musim 3[sunting | sunting sumber]

Musim 3 yang dikenali sebagai Happy Together: Let's Go To School (해피투게더 학교가자), di mana 4 pengacara berpakaian seperti perempuan (kecuali Shin Bong-sun, kerana beliau seorang wanita), dan mengikuti permainan-permainan bertemakan sekolah dan segmen dari Musim 1, di mana pengacara akan bermain dengan pelajar sekolah dalam satu kuiz untuk mendapatkan biasiswa. Ini bermula pada 5 Julai 2007. Konsep ini terbukti tidak popular dan dibatalkan selepas 3 minggu. Sekarang, rancangan ini dikenali sebagai Happy Together Season 3 di mana ia mempunyai segmen Challenge! Memorize Song dan That's You! (그건 너!). 2 segmen ini terbukti popular dan kadar tontonan telah kembali ke norma biasa. That's You! telah digantikan oleh What is that! (이건 뭐!), di mana tetamu membawa item berharga mereka, dan Don't Laugh in the Sauna!, menyertai 2 lagi segmen yang dirakam di dalam sebuah sauna. Pada awal tahun 2009, Challenge! Memorize Song telah dibatalkan untuk menjimatkan masa. Hanya Don't Laugh in the Sauna! yang dikekalkan, dan diikuti oleh segmen Star Quiz How is that Possible! (스타퀴즈 세상에이럴수가!) yang merupakan kuiz tentang tetamu untuk produk harian. Pada 25 April 2017, rancangan ini akan diubah format, satu perubahan signifikan adalah rancangan ini akan menjadi satu siri 2 bahagian kerana terlebih rakam.

Slogan: "함께하면 더욱 행복한 목요일 밤, 해피투게더!" (Thursday night that will be happier if spent together, Happy Together!)

Challenge! Memorize Song

Challenge! Memorize Song (도전! 암기송) dirakam di dalam sebuah sauna, di mana pengacara dan tetamu perlu menyanyikan sebuah lagu (berkaitan dengan keadaan semasa peserta) dengan betul untuk melepaskan diri dari sauna tersebut. Ia merupakan satu bilik panas atau bilik wap di dalam sauna tersebut. Siapa yang dapat melepaskan diri boleh menikmati makanan dan minuman sementara menonton orang-orang lain yang masih belum keluar. Orang terakhir yang tinggal dianggap kalah dan perlu menerima urutan yang menyakitkan sebagai hukuman.

Don't Laugh In The Sauna!

Dalam segmen Don't Laugh In The Sauna! (웃지마! 사우나), para pengacara akan berbual dengan tetamu jemputan dalam satu dialek "kelakar" untuk membuatkan tetamu ketawa. Perbualan sebegini berkisar tentang apa yang "ibu Korea" (아줌마) selalu bualkan, siapa yang ketawa akan ditembak dengan senapang air. Setiap orang mempunyai mangkuk lutsinar untuk melindungi muka dari terkena siraman air. Segmen ini dirakam di bahagian bilik lokar atau biik persalinan sauna tersebut.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Happy Together Musim 4[sunting | sunting sumber]

Pengacara Sekarang[sunting | sunting sumber]

Pengacara Istimewa[sunting | sunting sumber]

Musim terdahulu[sunting | sunting sumber]

Musim 1 – Happy Together[sunting | sunting sumber]

Pengacara Utama
Pengacara Istimewa

Musim 2 – Happy Together Friends[sunting | sunting sumber]

Pengacara Utama
Pengacara Istimewa

Musim 3 – Happy Together Season 3[sunting | sunting sumber]

Pengacara Utama
Pengacara tambahan
Pengacara istimewa

Persaingan[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini telah menjadi program TV yang mempunyai kadar tontonan tertinggi di antara barisan program lain pada malam Khamis sejak ia bermula. Setiap minggu, antara 10 hingga 25 peratus penonton menonton episod-episodnya. Kerana popularitinya, rancangan terbitan SBS dan MBC yang bersiaran pada slot 11.05 malam (waktu yang sama dengan Happy Together) menderita setiap tahun.

Rancangan SBS People Searching for Laughter (웃찾사) pernah sekali mendominasi malam Khamis pada 2005, namun kadar tontonan menurun dan ia berpindah ke slot lain (Ahad 6.40 petang & Jumaat 9.55 malam). Ia kemudian berpindah semula ke malam Khamis pukul 11.05 malam pada 2008 namun kadar tontonan masih lagi rendah dan berpindah ke slot Sabtu pukul 4.10 petang pada 2010. Hey Hey Hey Season 2 (헤이헤이헤이 시즌2) mula bersiaran pada 2006 namun telah dibatalkan selepas 9 bulan kerana kadar tontonan yang rendah. Mystery Hunters (미스터리 특공대) dan Love Generation (연애시대) mula bersiaran pada 2008 dan kedua-duanya juga dibatalkan kerana kadar tontonan yang rendah. Entertainment Tonight (한밤의 TV연예) berpindah ke slot yang sama di SBS namun masih menderita kadar tontonan rendah juga. Di MBC pula, Dissatisfaction Zero (불만제로) telah bersiaran untuk beberapa tahun dengan kadar tontonan yang rendah dan kemudian berpindah ke slot baru (Rabu 6.30 petang) dalam usaha untuk menaikkan kadar tontonan. Ia kemudian digantikan dengan rancangan berita yang lebih murah berjudul Who Plus (후플러스) dan terus bersiaran dengan kadar tontonan yang rendah.

Anugerah and Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2002 Anugerah Hiburan KBS Pertama Anugerah Utama (Daesang) Shin Dong-yup Menang [8]
Anugerah Program Terbaik Happy Together Menang
Pendatang Baru Terbaik Lee Hyori Menang
2003 Anugerah Hiburan KBS Ke-2 Anugerah Paling Menonjol dalam Kategori Hiburan Yoo Jae-suk Menang
Anugerah Idea Paling Menonjol Happy Together – Metal Tray Karaoke Room Menang
Pendatang Baru Terbaik Kim Je-dong Menang
2005 Anugerah Hiburan KBS Ke-4 Anugerah Utama (Daesang) Yoo Jae-suk Menang
Anugerah Paling Menonjol dalam Kategori Hiburan Tak Jae-hoon Menang
2007 Anugerah Hiburan KBS Ke-6 Anugerah Program Terbaik Pilihan Penonton Happy Together Season 3 Menang
2008 Anugerah Hiburan KBS Ke-7 Anugerah Menonjol dalam Kategori Hiburan Shin Bong-sun Menang
2009 Anugerah Hiburan KBS Ke-8 Menang
Park Mi-sun Menang
2010 Anugerah Hiburan KBS Ke-9 Anugerah Penghibur Terbaik Park Myeong-su Menang [9]
Anugerah Kerjasama Berpasukan Terbaik pasukan Happy Together Season 3 Menang
2011 Anugerah Hiburan KBS Ke-10 Anugerah Penulis Menonjol dalam Kategori Hiburan Jo Ki-bum Menang [10]
2013 Anugerah Seni Baeksang Ke-49 Anugerah Utama (Daesang) untuk Televisyen Yoo Jae-suk Menang [11]
2014 Anugerah Hiburan KBS Ke-13 Anugerah Utama (Daesang) Menang [12]
Anugerah Kecemerlangan dalam Kategori Hiburan Kim Shin-young Menang
2015 Anugerah Hiburan KBS Ke-14 Anugerah Kecemerlangan Terbaik dalam Rancangan Hiburan Park Myeong-su Menang [13]
2016 Anugerah Hiburan KBS Ke-15 Anugerah Utama (Daesang) Yoo Jae-suk Dicalonkan [14]
Program Terbaik Pilihan Penonton Happy Together Season 3 Dicalonkan
Anugerah Kecemerlangan Terbaik dalam Rancangan Bualbicara Park Myeong-su Dicalonkan
Anugerah Kecemerlangan dalam Rancangan Bualbicara Jo Se-ho Dicalonkan
Jun Hyun-moo Menang
Pendatang Baru Terbaik dalam Rancangan Bualbicara Uhm Hyun-kyung Menang
Anugerah Kerjasama Berpasukan Terbaik pasukanHappy Together Season 3 Menang

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kedua-dua Lee Soo-geun & Shin Bong-sun bertindak sebagai panel bersama dan dikenali sebagai Presiden Kelas (반장).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Archived copy" ‘해피투게더3’ 200회 특집, 동시간대 시청률 1위 (dalam bahasa Korea). Daily News. 8 July 2011. Diarkibkan daripada asal pada 17 March 2012. Dicapai 15 July 2011. 
  2. ^ Ratings April 28, 2005(Korean), TNS Media Korea, Retrieved on September 26, 2007
  3. ^ Description of the corners in Happy Together(Korean), KBS Happy Together Homepage, Retrieved on September 26, 2007
  4. ^ a b Kwak Hyun-soo (October 1, 2018). "'해투4' 지상렬-황민현 스페셜 MC…첫 게스트 배우 한지민 [공식]". Sports Dong-a (dalam bahasa Korea). Dicapai October 5, 2018. 
  5. ^ Lee Joo-han (October 23, 2018). "'해피투게더4' 유해진X이서진X조진웅, 역대급 라인업 출격…스페셜 MC 세정". Seoul Economic Daily (dalam bahasa Korea). Dicapai October 23, 2018. 
  6. ^ Lee Ji-hyun (October 31, 2018). "'해투4' 손나은 "레깅스 완판 후 SNS에 전신샷 찍게 된다"". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai October 31, 2018. 
  7. ^ Yoo Cheong-hee (November 22, 2018). "'해투4' 육성재 "쉬는 날 일부러 가로수길 걸어, 내가 생각해도 관종인듯"". TenAsia (dalam bahasa Korea). Dicapai November 22, 2018. 
  8. ^ "Past Award Winners". KBS (dalam bahasa Korea). Dicapai July 15, 2011. 
  9. ^ Choi, Jun-yong (December 27, 2010). "Lee Kyung-kyu wins grand prize at KBS Entertainment Awards". 10Asia. Dicapai July 3, 2013. 
  10. ^ "Two Days and One Night awarded with grand prize at KBS Entertainment Awards". 10Asia. December 26, 2011. Dicapai July 3, 2013. 
  11. ^ An, So-hyoun (May 10, 2013). "Yoo Jae Suk and Ryu Seung Ryong Take Home Daesangs at the 'Paeksang Arts Awards'". enewsWorld. Dicapai December 26, 2016. 
  12. ^ "Yoo Jaesuk, Yoo Inna, 'Superman is Back' and more win at the 2014 KBS Entertainment Awards". Allkpop. December 2014. Dicapai November 21, 2015. 
  13. ^ "이휘재, '2015 KBS 연예대상' 대상..첫 수상 [종합]" (dalam bahasa Korea). The Chosun Ilbo. December 27, 2015. Dicapai September 12, 2018. 
  14. ^ Kim Mi-ri (December 25, 2016). "'9년 외길의 승리' 김종민, 2016 KBS 연예대상 대상 수상 (종합)" (dalam bahasa Korea). Dicapai September 12, 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:KBS2 Programs Templat:KBS Entertainment Shows