Hapuslah Air Matamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hapuslah Air Matamu
Hapuslah Airmatamu (1976).jpg
Tampilan sebuah babak dalam filem Hapuslah Air Matamu
PengarahM. Amin
PenulisM. Amin
Dibintangi olehSharifah Aini
Latif Ibrahim
Broery Marantika
Ahmad Nawab
Rujukan Sinema Malaysia

Hapuslah Air Matamu merupakan sebuah filem arahan M. Amin. Ia diterbitkan pada tahun 1976 dan dibarisi oleh pelakon-pelakon seperti Sharifah Aini dan Latif Ibrahim.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan seorang penyanyi yang berasal dari kampung, Aini (Sharifah Aini) lupa daratan setelah terkenal sebagai artis rakaman. Aini seorang gadis kampung yang bersopan santun serta berbudi tinggi. Atas galakan Adi (Latif Ibrahim), kekasihnya yang sedang menuntut di universiti dia berjaya menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai. Pengurus syarikat piring hitamnya memberi peluang dia berpadu suara dengan penyanyi terkenal Indonesia, Broery (Broery Marantika), yang menyebabkan namanya semakin terkenal dan menjadi rebutan syarikat piring hitam. Kelab-kelab malam telah menawarkannya bayaran yang tinggi. Semasa Aini dengan Broery di Indonesia, dia berubah menjadi angkuh dan sombong. Dia melupai janji-janjinya yang lalu, terutama kepada ibu dan kekasihnya. Lebih menyedihkan apabila ibunya pergi ke kelab untuk menemuinya, dia memarahi serta menghina ibunya, menyebabkan ibunya merajuk lalu jatuh sakit.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Album runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  1. Hapuslah Airmatamu
  2. Seiring dan Sejalan
  3. Widuri
  4. Sabar Menanti