Haqiem Rusli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Haqiem Rusli
Nama lahirRidzuan Haqiem bin Rusli
Kelahiran (1998-06-16) 16 Jun 1998 (umur 21)
Selangor, Malaysia
KediamanHulu Langat
GenreBalada, Pop & R&B
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2008 - kini
Syarikat rakaman
FMC Music
Laman sesawang
Twitter @HaqiemRusli

Instagram @haqiemrusli98_

Youtube RFAM TV

Ridzuan Haqiem bin Rusli (lahir 16 Jun 1998) atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli (Jawi: هاقيم روسلي) merupakan penyanyi, komposer dan penulis lirik di Malaysia. Beliau memulakan langkah dalam bidang seni setelah menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama.


Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Haqiem dilahirkan dan dibesarkan di Hulu Langat, Selangor. Beliau merupakan anak kepada pasangan Rusli Abdul Manaf dan Nazrah Ahmad Nordin serta anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Raya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Haqiem Rusli mula bertapak dalam industri muzik tanah air ketika berusia 10 tahun apabila beliau menyertai sebuah pertandingan nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil (TV9) musim pertama pada tahun 2008 dan berjaya menjadi naib juara.

Beliau meneruskan perjalanan seninya dengan menganggotai kumpulan The Beesings, yang memulakan kerjaya pada tahun 2012 dan pada asalnya terdiri daripada lima orang ahli iaitu Haqiem, Azzam Sham, Fimie Don, Didi Astillah dan Aida Ross.[2]

Kemudian pada 2014, Haqiem menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil Ultra (TV9) yang merupakan rancangan nyanyian yang menggabungkan bekas juara dan peserta pilihan Idola Kecil dari musim pertama hingga musim keenam untuk kembali berentap di satu pentas. Namun, Haqiem tidak berjaya mara ke peringkat akhir.

Pada penghujung tahun yang sama beliau menyertai sebuah lagi pertandingan nyanyian lain yang menampilkan kumpulan remaja, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil yang boleh menyanyi dan menari. Haqiem menganggotai kumpulan Novemboys yang menjadi anak didik penyanyi Tomok dan berjaya menjuarai pertandingan itu.[3]

Haqiem menyertai program nyanyian realiti TV3, Mentor Milenia 2016 dengan menggunakan nama pentas Haq. Beliau mengikuti audisi mentor Black dan berjaya disenaraikan sebagai antara peserta terbaik selain Qody dan Wanie yang bakal dipilih menjadi protege Black. Namun, tuah tidak menyebelahi Haqiem apabila tidak berjaya dipilih sebagai protege Black pada persembahan penentuan.[4]

Walau bagaimanapun pada 2016, Haqiem telah menandatangani kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah dua tahun menjadi artis di bawah label rakaman itu, beliau berjaya mengeluarkan beberapa buah single hit antaranya Segalanya, Tergantung Sepi dan Jatuh Bangun (feat. Aman Ra).

Haqiem berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi dua buah lagu iaitu Segalanya dan Tergantung Sepi, namun hanya lagu Tergantung Sepi yang berjaya mara ke peringkat akhir dan tuah menyebelahi Haqiem apabila lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran itu berjaya memenangi tempat ketiga.

Selain itu, Haqiem turut menyertai program Fantastik 4 Hot FM, sebuah program realiti nyanyian ‘on-air’ dan ‘digital’ yang dianjurkan sepenuhnya oleh stesen radio popular, Hot FM (Synchrosound Studio Sdn. Bhd). Haqiem berjaya menjadi juara pada minggu pertama dan keempat, namun tidak berjaya menjadi juara keseluruhan.[5]

Beliau juga turut diberi kepercayaan oleh pihak Astro Ria untuk menyanyikan lagu tema Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) yang bertajuk Meletop, kolaborasi bersama Aziz Harun dan Alif.

Haqiem sekali lagi berjaya membawa dua buah lagu ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 iaitu Selamat Tinggal Sayang dan Jatuh Bangun kolaborasi bersama Aman RA. Namun sama seperti tahun yang lalu, hanya sebuah lagu sahaja iaitu Jatuh Bangun feat. Aman RA yang berjaya ke peringkat akhir.

Sejak terlibat dalam industri muzik, Haqiem bukan sahaja mencipta lagu untuk dirinya malah beliau turut menghasilkan lagu untuk penyanyi popular lain seperti Sufi Rashid, Tajul dan Usop. Usaha beliau membuahkan hasil apabila bakatnya telah diiktiraf oleh Music Authors Copyright Protection (MACP) dengan memenangi Anugerah Komposer Muda Berpotensi 2019. Haqiem juga turut mendapat anugerah khas Astro dalam kategori "Uprising Composer" di Konsert Throwbaek 2019.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Anak Gemilang - Album Raya (2008)
  • Janji Puteri (2010)
  • Segalanya (April 2018)

Single[sunting | sunting sumber]

(Kerjaya solo)[sunting | sunting sumber]

  • Rindu Pulang (feat. Wada) (2012)
  • Hero Bola (feat. Didi Astillah) (2013)
  • Segalanya (2016)
  • Tergantung Sepi (2017)
  • Lebaran Terindah (feat. artis FMC Music) (2017)
  • Jatuh Bangun (feat. Aman Ra) (2017)
  • MeleTOP (feat. Aziz Harun & Alif) (2018)
  • Qiemilio (2018)
  • Perjalanan (2018)
  • Sayang (2018)
  • Girang Syawal Tiba (feat. artis FMC Music) (2018)
  • Selamat Tinggal Sayang (2018)
  • What Can I Do For You? (2019)
  • Lembah Kesepian (2019)

(The Beesings)[sunting | sunting sumber]

  • Luar Biasa (2012)
  • Pentas Dunia (2012)

(Novemboys)[sunting | sunting sumber]

  • Fall (2014)
  • Cuba Lagi (2015)

Hasil karya/lagu ciptaan[sunting | sunting sumber]

Haqiem Rusli memperluaskan bakatnya dalam bidang penciptaan lagu dan penulisan lirik melalui lagu ciptaan pertamanya bersama dengan Ippo Hafiz dan Irfan Haris, Pesan, yang juga dinyanyikan oleh Irfan Haris. Selain daripada mencipta lagu dan lirik secara solo, Haqiem juga turut bekerjasama dengan komposer berbakat seperti Ibnu & Gouffran.

  • Pesan - Irfan Haris (2017)
  • Tersiksa - Putera Band (2017)
  • Aku Sendiri - Sufi Rashid (2017)
  • Sahabat - Adly Sofwan (2017)
  • Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat. Aman Ra (2017)
  • Cinta dan Rindu - Ary Klangit (2018)
  • Selamat Tinggal Sayang - Haqiem Rusli (2018)
  • Qiemilio - Haqiem Rusli (2018)
  • Sayang - Haqiem Rusli (2018)
  • Perjalanan - Haqiem Rusli (2018)
  • Aku Yang Bersalah - Usop (2018)
  • Kenangan - Zack Zakwan (2019)
  • What Can I Do For You? - Haqiem Rusli (2019)
  • Ibu - Tajul (2019)
  • Lembah Kesepian - Haqiem Rusli (2019)
  • Luka dan Bahagia - Han Byul (2019)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Roket Kertas (Astro Ceria)
  • Tergantung Rindu sebagai Irfan (watak utama) (Astro Citra & Astro Mustika HD)

NOTA: Hashtag (#TergantungRindu) trending nombor satu di Malaysia pada tarikh tayangan telefilem ini ditayangkan pada 9 Jun 2018. Selain itu, akaun twitter Haqiem Rusli iaitu @HaqiemRusli juga turut trending nombor satu bagi (people).

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Idola Kecil The Series (2010)

Anugerah & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu atau (AJL) merupakan acara tahunan yang mengiktiraf komposisi muzik lagu yang berdasarkan kerjasama tiga pihak – penulis lirik, penggubah lagu dan artis. Program mingguan akan mengumpulkan perseorangan dan pencalonan lagu daripada pelbagai artis di mana mereka akan bertanding sehingga lagu-lagu mereka disenarai pendek sebagai finalis sebelum akhirnya dicalonkan untuk dihakimi oleh juri profesional. Dari tahun 1986 sehingga 1991, peserta akhir dipilih berdasarkan pemenang bulanan, dan dari 1992 hingga 2008, lagu-lagu telah dipisahkan kepada tiga kategori utama – Balada, Irama Malaysia dan Etnik Kreatif dan Pop Rock. Walau bagaimanapun, bermula tahun 2009 dan seterusnya, persembahan anugerah telah diberi nafas baru dan semua 12 peserta akhir telah dipilih untuk bersaing antara satu sama lain tanpa mengira kategori.

Tahun Karya Komposer Penulis Lirik Kategori Keputusan
2017
AJL32
Tergantung Sepi Gouffran & Ibnu Gouffran & Ibnu Terbuka Menang
Tempat Ketiga
2018
AJL33
Jatuh Bangun (ft. Aman RA) Omar K, Haqiem Rusli, Ikhwan Fatanna Aman RA, Omar K, Haqiem Rusli, Ikhwan Fatanna Dicalonkan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) atau Anugerah Bintang Popular (ABP) ialah majlis penganugerahan tahunan anjuran akhbar Berita Harian untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan. Para pemenang anugerah ditentukan oleh undian daripada para pembaca Berita Harian dan akhbar-akhbar lain terbitan New Straits Times Press (Harian Metro dan New Straits Times) yang mengisi lalu menghantar borang undian yang tersedia dalam akhbar-akhbar berkenaan. Bermula tahun 2017, anugerah berprestij ini bertukar format pengundiannya di mana pembaca mahupun peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.

Tahun Kategori Karya Keputusan
2016 Artis Baru Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2017 Penyanyi Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2018 Penyanyi Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Artis Sensasi Popular N/A Menang
Lagu Paling Boom "Selamat Tinggal Sayang" Menang

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Karya Keputusan
2018 Kolaborasi Terbaik (Lagu) "Aku Sendiri"

(bersama Sufi Rashid)

Dicalonkan
Lagu Paling Popular APM "Tergantung Sepi" Menang

Anugerah MeleTOP ERA[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Karya Keputusan
2018 Lagu MeleTOP "Tergantung Sepi" Dicalonkan
Penyanyi MeleTOP N/A Dicalonkan
2019 Lagu MeleTOP "Tergantung Sepi" Dicalonkan
"Jatuh Bangun" (ft. Aman RA) Menang
Penyanyi MeleTOP N/A Dicalonkan

ERA Digital Music Awards[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Karya Keputusan
2018 Lagu Paling Viral "Selamat Tinggal Sayang" Menang
Penyanyi Kolaborasi Terbaik "Jatuh Bangun" (ft. Aman RA) Menang
Temubual Terbaik Carta ERA N/A Menang

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Juara Pop Krew TV9 (Novemboys)
  • Memenangi kategori "Lagu Pilihan DFKL 2019" menerusi lagu Jatuh Bangun feat. Aman RA di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019
  • Memenangi Kategori Komposer Muda Berpotensi Anugerah MACP 2019
  • Memenangi Kategori 'Uprising Composer' di Konsert Throwbaek 2019

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Haqiem Rusli di Twitter

Haqiem Rusli di Instagram