Harakah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harakah
Harakah.jpg
Jenis Akhbar Rasmi Parti Politik
Pemilik Parti Islam Se-Malaysia
Diasaskan 1987
Laman web HarakahDaily.Net

Harakah ialah akhbar yang diasaskan pada 1987 oleh divisyen maklumat Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS diberikan permit penerbitan Harakah pada 1 Mac 1987 dengan kekerapan seminggu sekali. Edisi pertama Harakah diedarkan tujuh hari sebelum Muktamar PAS ke-33 iaitu pada 27 Mac 1987 dengan cetakan sebanyak 15,000 naskah. Pada awalnya ia dijual pada ahli PAS dengan bilangan 35,000 keluaran.[1] Ketua pengarang Harakah yang pertama adalah Ustaz Dato' Mohammad Nakhaie Ahmad.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Akhbar ini mengandungi kandungan yang berbahasa Melayu, muka surat termasuk 8 muka surat halaman yang berbahasa Inggeris dan kolum yang ditulis dalam bahasa Inggeris dipanggil English Section. Satu halaman bertulisan Jawi diterbitkan sejak 2007 sehingga kini. Rencana daripada Harakah juga boleh didapati melalui laman web miliknya, Harakahdaily.net..

Akhbar Harakah.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Harakah terbit 2 kali seminggu[sunting | sunting sumber]

Berikutan sambutan yang baik, Harakah memohon kekerapan penerbitannya ditambah kepada 2 kali seminggu. Permohonan Harakah pada 7hb Mei, 1990 dijawab segera oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui surat bertarikh 18 Jun, 1990 memaklumkan "YAB Menteri (Dr Mahathir) telah bersetuju memululuskan permohonan tuan untuk menerbitkan HARAKAH dua kali seminggu".

Kekerapan dikurangkan[sunting | sunting sumber]

Perjalanan akhbar Harakah tidak lancar semasa Anwar Ibrahim dicela oleh Mahathir pada akhir 1990. Penerbitan Harakah dihadkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada Mac 2000 dan tidak boleh dijual secara terbuka.[2] Bagaimanapun selepas Pakatan Rakyat menguasai 5 negeri pada Mac 2008, Harakah dibenarkan untuk diterbitkan semula 2 kali seminggu.[3] Namun pada 23 Mac 2009, Kementerian Dalam Negeri Malaysia menggantung pula permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuasa serta merta.[4] Akan tetapi tidak sampai dua minggu kemudian, larangan ini ditarik balik oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.[5]

Demo membantah Sekatan permit[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mac 2010, 10 peserta demo dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Mereka ialah Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Hishamuddin Rais, Zulkefli Anwar Ul Haq atau Zunar, Munir, Mona Sofian, Nora, Abdul Malik Husin, Ansari dan Lokman Nor Adam. Sementara tertuduh Omar Tan telah meninggal dunia. Tuduhan ke atas mereka ialah mengadakan demo di perkarangan Masjid Negara pada 10 Mac 2000 membantah sekatan ke atas permit Harakah. Mulai 2000, Kementerian Dalam Negeri hanya membenarkan terbit dua kali sebulan sahaja. Sebelum itu, Harakah diterbit dua kali seminggu sejak 1999. Pada tahun 1999, PAS menang di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Tahun itu PAS menang di 27 kerusi parlimen.[6]

Permit tidak diperbaharui[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Julai 2010, pihak pengurusan diberi tujuh hari mulai 6 Julai 2010 bagi menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu. Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh kementerian dalam negeri hingga kini. Namun, seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah - seperti biasa. Pemangku ketua pengarang Harakah, Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Contesting Media Power: Alternative Media in a Networked World, edited by Nick Couldry, James Curran
  2. Ahmad Lutfi Othman (2007). "Bersama Harakah hadapi pilihan raya ke-12". HarakahDaily.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Parameter |accessdaymonth= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  3. G. Manimaran (2008). "Harakah dibenar terbit semula 2 kali seminggu". mStar Online.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Parameter |accessdaymonth= tidak diketahui diabaikan (bantuan); Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  4. Permit Harakah, Suara Keadilan digantung 3 bulan, mStar online. Dicapai 26 Mac 2009.
  5. 13 tahanan ISA dibebas, 2 akhbar dibenar terbit semula, mStar online. Dicapai 5 April 2009.
  6. 10 dibebas selepas 10 tahun didakwa
  7. [http://www.malaysiakini.com/news/136777 "Harakah pula digantung?" Malaysiakini.com. 8 Julai 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]