Harel Skaat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Harel Skaat
Flickr - aktivioslo - Harel Skaat - Israel (2) cropped.jpg
Latar belakang
Nama asalהראל סקעת
Kelahiran (1981-08-08) 8 Ogos 1981 (umur 38)
Kfar Saba, Israel
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, penghibur, penggubah lagu
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Hed Arzi Music, Aroma Music
Laman sesawang
www.harelskaat.com

Harel Skaat (Bahasa Ibrani: הראל סקעת‎, dilahirkan pada 8 Ogos 1981) ialah seorang penyanyi dan penggubah lagu warganegara Israel.[1] Dia mewakili Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2010 dengan membawa lagu "Milim" ("מילים", "Kata-kata").[2]

Skaat mula menyanyi dan menghibur di khalayak umum sejak kecil. Pada usia enam tahun, dia memenangi tempat pertama dalam pertandingan festival lagu kanak-kanak. Ketika masih bersekolah rendah, dia muncul dalam televisyen kebangsaan dan semasa remaja, dia menjadi penyanyi utama bagi pancaragam di sekolah menengah dan bandarnya. Semasa menjalani tugas mandatori dalam Pasukan Pertahanan Israel, dia telah menyanyi dalam Pancaragam Polis Komunikasi. Kejayaan cemerlang profesional Skaat akhirnya tiba apabila dia menyertai musim kedua Kochav Nolad ("כוכב נולד", "Seorang bintang lahir"), sebuah rancangan realiti tv yang mirip kepada American Idol, dan berakhir di tempat kedua. Setelah rancangan itu berakhir, dia menandatangani kontrak rakaman dengan Hed Arzi, salah satu syarikat muzik terbesar di Israel.

Album debutnya, Harel Skaat, telah diterbitkan pada Julai 2006. Album itu menghasilkan lima single hit, termasuklah balada romantik "Ve'at" ("ואת", "Dan dikau") yang menjadi lagu nombor satu pada tahun itu dalam carta lagu Ibrani hujung tahun Israel. Album itu diperakui dengan platinum di Israel. Satu jelajah konsert menyusul album itu yang melangkaui 200 pertunjukan konsert, satu peristiwa penting dalam arena muzik Israel.

Pada awal 2008, Skaat dan Hed Arzi terbabit dalam pertikaian undang-undang selama setahun. SSejurus selepas pertikaian itu diselesaikan, dia membuat persetujuan baru dengan Aroma Music dan Partner Communications dan merakam album keduanya yang berjudul Dmuyot (דמויות, Gambaran). Album itu diterbitkan pada September 2009 dan diperakui dengan emas di Israel.

Dikelaskan dalam media secara amnya sebagai penyanyi pop, Skaat dipengaruhi oleh pelbagai jenis muzik, dan albumnya menonjolkan campuran eklektik lagu-lagu, dari rock hingga balada romantik. Bakat nyanyian dan hiburannya dipuji secara meluas oleh para pengkritik dan profesional industri muzik Israel, namun album-albumnya cuma menerima ulasan bercampur. Semua lagu dalam album rasminya dan EP dinyanyikan dalam bahasa Ibrani, tetapi Skaat kadang-kala menyanyi dalam bahasa Inggeris dan Perancis di konsert-konsert langsung; dia kini sedang menghasilkan sebuah album baru yang akan dirakamkan dalam bahasa Inggeris. Pada Disember 2009, Pihak Berkuasa Penyiaran Israel secara dalaman telah memilih Skaat sebagai wakil Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2010. Pertandingan itu dilangsungkan di Oslo, Norway, pada lewat Mei 2010 dan Israel menduduki tempat ke-14 daripada 39 penyertaan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Harel Skaat dilahirkan pada 8 Ogos 1981, di Kfar Saba, Israel di dalam sebuah keluarga berketurunan Yahudi Yaman dan Yahudi Iraq.[3][4] Ketika dia berusia enam tahun, dia menang dalam pertandingan festival kanak-kanak kebangsaan yang bernama "A Star for the Evening – Singing Big" di tempat kelahirannya dan ketika masih kanak-kanak dia muncul dalam satu episod rancangan tv Israel yang popular yang berjudul Parpar Nehmad (פרפר נחמד, Nice Butterfly)[5][6] Sepanjang usia remaja, dia terus menerus muncul di festival dan rancangan tv, dan pada usia 15 tahun, dia menjadi penyanyi utama kumpulan pancaragam bandar Kfar Saba dan sekolah menengahnya.[6] Pada usia 18 tahun, dia menyanyi dengan kumpulan pancaragam Communications Corps. Pasukan Pertahanan Israel, di situ dia bertemu dan menjadi rakan penyanyi dan penggubah lagu, Dor Daniel.[7] Dia menuntut di Beit Zvi, sebuah kolej pengkhususan dalam seni pertunjukan, tempat dia dikurniakan dengan dua biasiswa paling berprestij kerana pertunjukannya dalam muzikal-muzikal anjuran kolej, termasuklah biasiswa pencapaian cemerlang dan Biasiswa Sano.[6] Ketika masih menuntut di kolej, Skaat telah merakam dan menerbitkan sebuah single, "Ein od Si'kui" ("אין עוד סיכוי", "No More Chance"); dalam sekitar masa yang sama, dia bertanding dalam sebuah rancangan bakat tv bernama Ha'melech Ha'ba (המלך הבא, The Next King) bersama-sama Ninet Tayeb (yang kemudiannya menjadi terkenal setelah menjuarai musim pertama Kokhav Nolad). Rafael Mirila menjuarai pertandingan itu manakala Tayeb menduduki tempat ketiga dan Skaat menduduki tempat ke-6.[8]

Kokhav Nolad[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, semasa tahun kedua pengajiannya di Beit Zvi, Skaat menjadi peserta Kokhav Nolad setelah seorang rakan mendaftarkannya tanpa pengetahuannya.[5] Dia muncul sebagai peserta kegemaran, berterusan menerima pujian daripada juri rancangan itu kerana persembahannya yang memasukkan persembahan "Betoch" ("בתוך", "Inside") dan versi Ibrani lagu Perancis "Je Suis Malade" dikenali sebagai "Bdidut", ("בדידות", "Loneliness") yang dinyanyikannya pada peringkat separuh akhir (Ricky Gal, salah seorang juri dalam rancangan itu, mengatakan bahawa persembahan Skaat menyebabkannya "hampir-hampir kelu"[9]).[6][10][11] Dalam menuju ke peringkat akhir, Skaat mendapat undian tertinggi pada setiap tahap yang dilaluinya termasuklah pusingan separuh akhir, pusingan dia menewaskan pesaing-pesaingnya termasuklah pemenang pada akhirnya, Harel Moyal dengan jurang yang besar.[10][12] Rancangan akhir itu mencetuskan minat penonton yang besar di Israel.[13] Pada peringkat akhir, Skaat menyanyikan lagu "Hinenny Can" (Bahasa Ibrani: הנני כאן‎, "Jerusalem, Here I Am") yang pada asalnya dipersembahkan oleh Yehoram Gaon dalam filem 1971 "Any Yerushalmy" (Bahasa Ibrani: אני ירושלמי‎, "I Am a Jerusalemite"). Lagu versi ini menduduki tangga teratas dalam carta Music Channel Israel selama 80 hari.[6][14] Kemenangan mengejut Moyal "mencetuskan perdebatan hangat di kalangan orang ramai di Israel"[6] dan menimbulkan tuduhan manipulasi pengundi dari sebahagian peminat Skaat.[15] Tuduhan yang dinafikan oleh penerbit program tv itu, muncul pada bahagian dari masalah yang kelihatan wujud pada sistem undian yang membenarkan undian sekatan dan dari taruhan atas talian yang berlaku sebelum peringkat akhir.[16]

Selepas Kokhav Nolad[sunting | sunting sumber]

Skaat dan Moyal muncul dari Kokhav Nolad dengan pangkalan peminat yang besar dan dalam masa berbulan-bulan selepas kemunculan mereka dalam Kokhav Nolad, mereka sering digambarkan dalam media sebagai pesaing sebagaimana "Ofra HazaYardena Arazi pada tahun 80-an".[17] Sebahagian besar pangkalan peminat Skaat terdiri daripada golongan muda Israel. Dia memenangi gelaran "Singer of the Year" dari Children’s Channel sebanyak tiga kali dari 2005–2007 dan pada tahun 2007, 2008 dan 2010 dia diletakkan pada tangga teratas daripada 100 bintang teratas Israel oleh majalah remaja, Maariv Lanoar.[6][18] Dalam tempoh antara kemunculannya dalam Kokhav Nolad dan terbitan album pertamanya pada tahun 2006, Skaat muncul berdozen kali dalam rancangan bual bicara tv Israel, dan dalam majlis-majlis istimewa tv serta acara-acara percutian. Pada tahun 2005, Skaat menyanyi di hadapan kira-kira 80,000 orang di Medan Rabin, Tel Aviv dalam perhimpunan memperingati bekas perdana menteri, Yitzhak Rabin sempena ulangtahun ke-10 kematiannya.[19] Dia berterusan menjadi penyanyi popular di acara-acara percutian, lalu membuat persembahan misalnya di lima buah bandar berbeza pada Yom Ha'atzmaut (יום העצמאות, Hari Kebangsaan Israel) dalam tahun 2010.[20][21] Dia juga mengambil bahagian dalam tiga festival lagu kanak-kanak Festigal yang dianjurkan secara tahunan sepanjang musim Hanukkah.[22][23][24] Pada Festigal 2004, Skaat bertanding dalam pertandingan nyanyian lalu melantunkan lagu "Lauf" ("לעוף", "Terbang").[25] Sekali lagi dia berakhir di tempat kedua setelah tewas kepada Moyal yang menjuarai pertandingan itu dengan lagu "I Am Zorro" ("אני הוא זורו"); Ran Danker menduduki tempat ketiga.[26]

Pada tahun 2005, Skaat membuat persembahan dalam satu persembahan muzikal, He Who Dreamed (terjemahan dalam bahasa Inggeris) yang berdasarkan 10 tahun terakhir dalam hidup Yitzhak Rabin. Ia juga dibintangi Gila Almagor dan Oded Teomi dalam watak utama.[27] Pada awal 2006, Skaat membintangi satu siri unik segmen tiga minit berasaskan realiti yang diterbitkan oleh Cellcom, yang tersedia dimuaturun pelanggannya, antara kandungan pertama bagi jenis ini dalam sejarah Israel.[28]

Album debut[sunting | sunting sumber]

Skaat melancarkan album debutnya, Harel Skaat (הראל סקעת), pada Julai 2006.[29] Ulasan terhadap album itu bercampur-baur. Satu ulasan dalam The Jerusalem Post mengkritik kekurangan kespontanan album, dan selitan trak-tari yang didakwa kritik merendahkan bakat penyanyi itu, tetapi memuji vokal Skaat yang menenangkan dan kemampuannya untuk menggerakkan hati pendengar.[30] Dalam satu ulasan terhadap album itu bagi Ynet, Roman Singer membandingkan Skaat dengan mawar yang dikultur tanpa duri.[31] Ulasan lain mendakwa bahawa Skaat "terperangkap" yang menyanyi "kisah romantik",[32] tetapi memuji nyanyian hangatnya bagi "Ve'at", dan bakat nyanyiannya yang didakwa penulis membolehkannya "mengungkapkan pada tahap yang lebih tinggi".[32][33]

Harel Skaat menghasilkan rentetan "hit penguasaan carta",[6] termasuklah "Kama Od Efshar" ("כמה עוד אפשר", "How Much More is Possible"), "Mashehu Mimeni" ("משהו ממני", "Something from Me"), "Kol Hatziporim" ("כל הציפורים", "All the Birds"), "Im Hu Yelech" ("אם הוא ילך", "If He Goes"), dan balada romantik yang memenangi anugerah, "Ve'at" ("ואת", "And You") yang kekal menduduki tangga teratas dalam carta-carta muzik Israel utama selama tujuh minggu dan berakhir sebagai lagu nombor satu bagi tahun itu dalam carta-carta muzik hujung tahun Reshet Gimmel dan Galgalatz bagi tahun 2006, dan juga dalam undian tahunan radio BBC tempatan Israel bagi tahun 2006 ("Mashehu Mimeni" dan "Kama Od Efshar" masing-masing berakhir dengan tangga ke-4 dan ke-10 dalam undian yang sama).[6][34][35] Skaat dinamakan sebagai "Penyanyi Lelaki 2006" oleh Reshet Gimmel dan Galgalatz. Dia juga memenangi gelaran "Penyanyi Tahun Ini" dan "Lagu Tahun Ini" bagi "Ve'at" dalam Anugerah Muzik Israel (AMI) Saluran Muzik 24.[6] Di samping itu, "Im Hu Yelech" dinobatkan sebagai video muzik terbaik pada tahun itu oleh Saluran Muzik Israel.[6]

Diterbitkan oleh penerbit rakaman veteran, Izhar Ashdot, album itu diperakui dengan emas kurang daripada sebulan selepas pelancarannya dan akhirnya mencapai status platinum.[8][36] (Disebabkan oleh saiz pasaran yang kecil, industri muzik Israel memperakui sesebuah album dengan emas apabila ia terjual sebanyak 20,000 unit.)[37] Kejayaan komersial album itu tidak sahaja penting bagi karier Skaat yang sedang bertunas, malahan ia juga terbukti berguna dalam pelancaran karier tiga orang penggubah lagu muda, Keren Peles, Dor Daniel,dan Kfir Epstein yang masing-masing menggubah lagu-lagu hit dalam album itu, dan selanjutnya menerbitkan album debut mereka sendiri yang berjaya. Skaat turut menggubah sebuah lagu dalam album itu, "Afilu Shesreifot" ("אפילו שהשריפות", "Even Though it's Burning")[30]

Album kedua: Dmuyot[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2008, Hed Artzi menyaman Skaat kerana mungkir kontrak, dengan mendakwa bahawa dia secara rahsia merakam bahan baru untuk sebuah CD baru bagi syarikat pesaing sebelum kontrak mereka tamat, dan menuntut semua rakaman yang dibuat Skaat secara rahsia.[38] Di mahkamah, Skaat menafikan bahawa dia telah mungkir kontrak, tetapi Hed Artzi berjaya mendapatkan injuksi sementara terhadap Skaat, yang menghalang penyanyi itu daripada merakam sebarang bahan baru.[38][39][40] Satu penyelesaian kelihatan mungkin dicapai pada Disember 2008 apabila Pihak Berkuasa Penyiaran Israel (IBA) telah memilih Skaat untuk mewakili Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2009. Skaat dan Hed Artzi memperbaharui rundingan mereka untuk menyelesaikan konflik namun apabila rundingan ini terjejas, syarikat rakaman itu mempertikaikan pilihan IBA itu yang memaksa Skaat mengundur diri.[41] Pada Februari 2009, Mahkamah Daerah Tel Aviv membenarkan Skaat kembali ke studio itu.[41][42][43] (Akhirnya IBA memilih Achinoam Nini dan Mira Awad untuk mewakili Israel dengan lagu "There Must be Another Way", dan mereka menduduki tempat ke-16 dalam pertandingan itu.)[44] Kedua-dua belah pihak kemudiannya mencapai kompromi dan tidak lama kemudian Skaat membuat perjanjian baru dengan Aroma Music dan Partner Communications.[40][41] Album kedua Skaat, Dmuyot (דמויות, Figures [terjemahan alternatif bagi judul itu termasuklah "Images" dan "Characters"]) dilancarkan pada 1 September 2009.[45] Album itu mengandungi lagu hit "Muvan Li Achshav" ("מובן לי עכשיו", "Now I Understand"), yang telah dilancarkan sebagai singel dan dijual secara eksklusif di Israel di rangkaian kedai kopi Aroma Espresso Bar.[46][47] Singel-singel lain daripada album itu termasuklah "Boi Ha Yom" ("בואי היום", "Come Today"), "Sof", ("סוף", "End") dan "Od Ya'ir Alay" ("עוד יאיר עלי", "Shine on Me").[48] Kebanyakan lagu dalam album itu dihasilkan oleh Peter Roth atau Izhar Ashdot, di samping sebilangan kecil penggubah lagu muda Israel seperti Ofer Bashan, Yali Sobol, Ben-Artzi, Sheila Ferber, Kfir Epstein, Didi Shachar, Ilai Botner, dan Yoav Degani.[45][49] Skaat juga menggubah empat buah lagu dalam album itu ("Sof", "Od Ya'ir Alay", "Dmuyot", dan "Zippor" ("ציפור", "Bird")) termasuklah dua buah yang telah diterbitkan sebagai singel.[50]

Walaupun ia diperakui dengan emas di Israel, Dmuyot tidak mencapai tahap kejayaan komersial yang sama seperti mana album pertamanya. Hit terbesar album, "Muvan Li Achshav" menduduki tempat ke-34 dalam carta muzik tahunan Reshet Gimmel bagi tahun 2009.[51] Secara kritis, ulasan terhadap album itu bercampur-baur. Misalnya, ulasan oleh Yossi Hersonski memuji "melodi yang indah"[52] "Sof" namun mendapati liriknya terlalu sentimental.[52] Sebaliknya, Hersonski menulis bahawa "Dmuyot", lagu penutup album adalah monolog Skaat dengan "jiwanya yang mengakui kelemahannya", dan bahawa nyanyian Skaat "sangat emosional, tetapi lebih digilap pada kali ini".[52][53]

Eurovision 2010[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2009, Pihak Berkuasa Penyiaran Israel memilih Skaat untuk mewakili Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2010. Pengungumannya dibuat di Knesset, badan pembuat dasar Israel.[55] Pemilihan itu didahului oleh hari-hari spekulasi dan kekeliruan dan dihujani dengan kririkan Pihak Berkuasa Penyiaran Israel dan seruan kepada siasatan terhadap proses pemilihan.[56] Pada 15 Mac 2010, "Milim" ("מילים", "Words") yang ditulis oleh Noam Horev dan digubah oleh Tomer Hadadi, telah dipilih secara sebulat suara sebagai entri lagu Israel bagi pertandingan Eurovision apabila ia memenangi Kdam Eurovision, pertandingan pemilihan pra-Eurovision kebangsaan.[57] Empat buah lagu yang terpilih sebagai finalis bagi Kdam Eurovision termasuklah "Milim", dirakamkan di studio oleh Skaat dan diterbitkan dalam EP istimewa berjudul "Eurovision 2010".[58] Dalam Kdam Eurovision, Skaat menyanyikan "Milim" dalam bahasa Ibrani dengan iringan alat muzik bertali, tetapi sebelum pertandingan Eurovision, Skaat merakam semula ia secara keseluruhannya dalam bahasa Ibrani tetapi dengan gubahan vokal yang diubahkan dan dengan iringan orkestra penuh.[54] Disebabkan majoriti entri Eurovision bagi tahun itu mungkin dinyanyikan dalam bahasa Inggeris diketahui pada awal Mac 2010 (24 daripada 39 entri dalam pertandingan lagu Eurovision dinyanyikan dalam bahasa Inggeris[44]), terdapat liputan dalam media Israel sebelum Eurovision seperti dalam bahasa apa "Milim" sepatutnya dinyanyikan-Ibrani, Inggeris, Perancis atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.[59][60]

Kesudahannya, Skaat menyanyikan lagu itu keseluruhannya dalam bahasa Ibrani pada peringkat separuh akhir dan akhir Eurovision yang mempersembahkan versi yang diubahusai dengan iringan orkestra penuh (walaupun dalam Eurovision 2010, tiada orkestra secara langsung dijalankan yang bererti bahawa dia menyanyi dengan iringan trak rakaman).[61] Bagi mempromosi entri Israel, satu muzik video "Milim" dilancarkan dan Skaat juga merakam dan melancarkan versi Inggeris dan Perancis lagu itu.[62][63]

Di Oslo, Skaat menjelaskan kepada media bahawa "Milim" berkisar tentang kehilangan seperti putus hubungan, tetapi itu baginya ia mempunyai makna yang lebih mendalam. Skaat berkata, "lagu ini menyentuh hati saya dengan mendalam. Datuk saya meninggal dunia hanya beberapa hari sebelum pemilihan di Israel, dan ini memberi saya perasaan yang mendalam, saya merasakan bahawa saya benar-benar menyanyikan lagu ini untuknya. Dia mahukan saya mengambil bahagian dalam Pertandingan Lagu Eurovision selama lima tahun, dan kemudian dia dapat mendengar bahawa saya akan mengambil bahagian dalam pemilihan kebangsaan sebelum beliau meninggal dunia."[64]

Biarpun tersenarai sebagai salah seorang kegemaran untuk menang dalam beberapa laman judi atas talian, Israel hanya mendapat tempat ke-14 dalam keputusan 50/50 pertandingan Eurovision.[65] Analisis terperinci menunjukkan perbezaan besar antara undian keseluruhan penonton dan juri, kedua-dua pihak mempunyai kekuatan yang seimbang dalam menentukan keputusan peringkat akhir.[66] Israel mendapat tempat kelima daripada 25 entri pada peringkat akhir daripada pihak juri, tetapi hanya mendapat tempat ke-19 daripada pihak pengundi tele. Kalau dengan sokongan orang ramai sahaja, Israel tidak mampu melepasi pusingan separuh akhir yang meletakkan tempat ke-12 daripada 17 peserta dengan pengundi tele pada peringkat separuh akhir kedua; penempatan kukuh Skaat dengan pihak juri dalam peringkat separuh akhir kedua menjamin kedudukan Israel pada peringkat akhir.[66] Di sebalik keputusan yang mengecewakan itu, Israel menerima suatu hadiah saguhati, dengan negara itu menyapu bersih Anugerah Marcel Bezençon yang memenangi artis terbaik, gubahan terbaik, dan entri terbaik. Itu kali pertama dalam sejarah anugerah itu yang dipilih oleh media yang yang ditauliahkan pertandingan, para penggubah yang menyertai dan para pengulas bahawa sebuah negara memenangi lebih daripada satu anugerah dalam tahun yang sama.[67] Di akhir pertandingan, Skaat meluahkan rasa bangga dan syukur. Dia memberitahu seorang wartawan, "Saya berasa bangga dan gembira terhadap persembahan dan kerana dapat mewakili Israel. Kami membawa sanjungan artistik kepada Israel. Ia merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan saya menikmati setiap minitnya. Lagipun, ia cuma sukan."[68] Sementara itu Christer Björkman, pengasas Anugerah Marcel Bezençon menyatakan, "Anugerah itu yang diberikan kepada entri Israel menunjukkan kesucian hadiah itu. Ia mendedahkan sesuatu yang tidak datang dari undian pertandingan.... Lagu ini amat indah, dan kami berada di sini selama dua minggu, tetapi mungkin lagu ini tidak memancar sama seperti kali pertama anda mendengarnya". [64]

Harel Skaat di Oslo (2010)

Album ketiga: Shuv Me'ushar[sunting | sunting sumber]

Album ketiga Skaat, Shuv Me'ushar (שוב מאושר, "Happy Again"), yang dihasilkan oleh Ran Shem Tov, dilancarkan pada 29 Januari 2012.[69] TDua singel daripada album itu, Tihye Li Ahava (תהיה לי אהבה, "I Will Have Love") dan HaMea Ha-21 ("21st Century"), menduduki tempat pertama dalam carta-carta radio di Israel.[70] Antara lagu lain dalam album itu ialah singel, Kama Od Drachim (כמה עוד דרכים, "How Many More Ways"), "Mashehu Tov" (משהו טוב, "Something Good") dan Gibor (גיבור, "Hero"), duet bersama Yehuda Poliker. Album itu adalah album Skaat yang pertama sejak dia muncul sebagai gay beberapa bulan sebelumnya dan mula berpacaran dengan seorang peragawan fesyen lelaki. Satu ulasan terhadap album itu yang diterbitkan dalam NRG Ma'ariv mendapati bahawa di sebalik perubahan besar dalam hidup Skaat, dia masih kedengaran terkawal.[71] Tiga lagu daripada labum itu mendapat tempat dalam undian lagu-lagu teratas hujung tahun Reshet Gimmel dari tahun sebelumnya. Lagu-lagu itu ialah "Kama Od Drachim" (#7), "HaMea Ha-21" (#9), dan "Mashehu Tov" (#11). Skaat juga dinamakan sebagai penyanyi lelaki untuk tahun itu.[72][73]

Konsert[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Skaat memulakan jelajah konsert untuk mempromosi album debutnya, yang dipersembahkan di serata Israel, termasuklah konsert di Auditorium Frederic R. Mann di Tel Aviv.[6] Jelajah itu akhirnya melepasi tanda konsert 200, suatu pencapaian yang dicatatkan dengan meluas di dalam media Israel.[6][74] Pada tahun 2009, Skaat memulakan jelajah konsert kedua bagi mempromosi album Dmuyot. Penulis dan pengkritik muzik Reuters, Assaf Nevo memulakan ulasannya terhadap pelancaran jelajah dengan menyebutkan bahawa sekiranya sebuah komputer dapat mencipta penyanyi pop Israel yang paling hebat, ia akan menyerupai Skaat, yang menggabungkan karisma Shlomo Artzi, kualiti bintang Ivri Lider, kejelasan vokal Izhar Cohen, kecomelan Evitar Banai dan kepekaan Rami Kleinstein.[75] Meskipun Nevo menilai Skaat sebagai penyanyi pop yang bagus, dia percaya bahawa muzik Skaat tidak akan melangkaui genre ini.[75]

Skaat juga sering muncul di kelab-kelab malam Zappa di Tel Aviv dan Herzliya, yang menampilkan secara tetap muzik langsung hasil karya pemuzik Israel dan antarabangsa.[76][77]

Satu daripada kemunculan utama pertama Skaat selepas Eurovision adalah pada 28 Julai 2010 di Tel Aviv pada satu majlis penghormatan kepada penyanyi Perancis, Serge Gainsbourg.[78] Skaat pernah dijadualkan untuk membuat persembahan pada majlis pembukaan Festival Seni Antarabangsa XIX, "Slavianski Bazaar in Vitebsk" di Belarus pada 9 Julai 2010, tetapi kemunculannya dibatalkan oleh pihak penganjur dua hari sebelum acara itu berlangsung.[79] Pihak penganjur menyatakan keperluan untuk mengurangkan jumlah konsert sebagai sebab pembatalan itu, tetapi sumber diplomatik Israel mengatakan bahawa pembatalan itu adalah atas sebab-sebab politik dan duta Israel ke Belarus enggan hadir pada majlis pembukaan itu sebagai tanda protes.[79] Pada Mac 2011, Skaat mengambil bahagian dalam satu koloborasi unik: dia menyanyikan tiga buah lagunya secara langsung dalam rancangan tarian tap Syarikat Tarian Barcelona Sharon Levi, "Fragments", yang didebutkan di Paris.[80]

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Skaat pernah digelar pembuat persembahan "yang menyakinkan dan menawan"[81] dan nyanyiannya pernah digambarkan sebagai "licin, tepat, sangat bersih dan amat jelas".[82] Dalam sebuah artikel yang mengulas dekad pertama bagi abad ini dalam muzik Israel, dia digelar "penyanyi paling bersemangat di Israel dari 2006 hingga 2007".[83][84] Tambahan kepada krititak terhadap muzik Skaat yang telah dinyatakan di mana-mana dalam artikel itu, sebahagian kritikan itu memfokuskan keterlibatannya dengan Kokhav Nolad dan fenomena selebriti segera.[85][86] Sebuah artikel 2006 yang diterbitkan dalam Nrg.co.il mengkritik sifat muzik pop Israel kontemporari dominan yang menyenangkan namun "diarusperdanakan" dan tidak progresif pada dasarnya, termasuklah muzik Skaat, Shai Gabso, Ninet Tayeb, Harel Moyal dan lepasan-lepasan Kokhav Nolad yang lain.[87]

Skaat pernah berkata, "Saya selalu ingin menjadi penyanyi, dan saya masih lagi berusaha untuk mencapainya."[88] Skaat adalah salah seorang penyanyi yang terkenal dalam warisan Yahudi Yaman-satu rantaian panjang termasuklah Bracha Zefira, Shoshana Damari, Haim Moshe, Zohar Argov, Ofra Haza, Gali Atari, Dana International, Achinoam Nini (Noa), dan ramai lagi.[89][90][91][92] Namun begitu, tidak seperti muzik sesetengah penyanyi Yahudi Yaman, secara amnya terdapat sedikit tanda-tanda gaya nyanyian yang tersendiri yang sering dikaitkan dengan budaya itu dalam muzik Skaat. Walaupun Skaat pernah mengatakan bahawa dia dipegaruhi oleh Rivka Zohar dan dia pernah menamakan Rami Kleinstein dan Sarit Hadad sebagai dua orang penyanyi kegemarannya, dia menyatakan dalam satu temubual pada Februari 2010 bahawa, "Saya tidak fikir bahawa saya pernah dipengaruhi oleh sesiapa pun secara khusus. Saya selalu mendengar pelbagai jenis muzik. Saya merasakan seolah-olah saya telah belajar dari setiap penyanyi yang saya dengar dan masih lagi sekarang. Dari semangat penyanyi wanita yang agung, melalui tafsiran lagu pembuat persembahan Perancis kepada struktur rumit muzik klasik. Saya temui inspirasi dalam kesemua mereka!"[5][29][84]

Skaat dilaporkan mengusahakan sebuah album baru,[40] yang akan dirakam dalam bahasa Inggeris, album pertama yang mensasarkan pendengar antarabangsa.[93] Penerbit yang memenangi anugerah Grammy, Narada Michael Walden, yang pernah bekerja dengan sejumlah pemuzik termasuklah Whitney Houston dan Mariah Carey dikaitkan dengan projek itu.[93] Bagaimana pun, selepas laporan-laporan asal itu, tiada lagi pegemaskinian besar mengenai status projek itu dalam media utama Israel untuk sekian masa.

Pengiktirafan istimewa[sunting | sunting sumber]

Pada akhir tahun 2009, stesen radio Israel, Galgalatz dan stesen tv Israel, Channel 24 menjalankan sejumlah undian khas mengenai pilihan orang ramai terhadap lagu, penyanyi, kumpulan dan muzik video kegemaran dari dekad terdahulu untuk meraikan berakhirnya dekad itu dalam kalendar Yahudi. Skaat mendapat tempat kedua dalam undian itu bagi kategori penyanyi lelaki dekad itu manakala dua buah lagunya, "Ve'at" dan "Hineni Kan", masing-masing menduduki tempat ke-4 dan 21 dalam undian itu bagi kategori lagu dekad itu.[12][94][95][96] Para pemenang dan pengiraan detik pelancaran 20 lagu teratas didedahkan secara langsung dalam tv Israel pada rancangan semua bintang pada 15 Oktober 2009 di Kolam Sultan Baitul Maqdis di hadapan kira-kira 8,000 penonton.[97] Konsert itu menampilkan ramai pemuzik (termasuklah Skaat) yang membuat persembahan lagu yang berjaya dalam undian itu.[98]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dalam satu dokumentari yang disiarkan dalam tv Israel pada Oktober 2010, Skaat menyatakan bahawa dia adalah gay.[99][100] Kenyataan itu timbul setelah beberapa tahun spekulasi orang ramai mengenai kecenderungan seks Skaat dan selepas bersiar-siar di khalayak ramai bersama penerbit filem dan aktivis gay Israel, Gal Ochovsky yang menimbulkan kontroversi seusai Skaat membuat persembahan dalam acara peringatan Julai 2010 bagi memperingati ulangtahun pertama serangan ke atas pusat pemuda gay Tel Aviv.[101][102][103]

Pada Jun 2010, Skaat membeli sebuah rumah pangsapuri di salah satu Menara Arlosoroff, satu gabungan bangunan-bangunan pencakar langit komersial dan kediaman terancang di Segitiga Ayalon Tel Aviv.[104] Skaat aktif terlibat dengan aktiviti kebajikan yang mensasarkan kanak-kanak kurang upaya.[105][106] Untuk riadah, kadang-kala dia suka melakukan aktiviti di tempat tinggi lagi mencabar seperti terjun udara, terjun bungee dan merakit.[107]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Harel Skaat dalam konsert di Tel Aviv (2006)

Album[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul
2006 Harel Skaat

(הראל סקעת)

2009 Dmuyot

(דמויות, Figures)

2012 Shuv Meushar

(שוב מאושר, Happy Again)

EP[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul
2010 Eurovision 2010

(אירוויזיון 2010)

Rekod single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Penulis lirik
2002 Ein Od Si'kui

(אין עוד סיכוי, No More Chance)

Shmuel Elbaz[108]

(שמואל אלבז)

2006 Ve'at

(ואת, And You)

Keren Peles[109]

(קרן פלס)

2006 Kama Od Efshar

(כמה עוד אפשר, How Much)

Sagit Shir[110]

(שגית שיר)

2006 Mashehu Mimeni

(משהו ממני, Something from Me)

Dor Daniel[111]

(דור דניאל)

2006 Kol Hatziporim

(כל הציפורים, All the Birds)

Keren Peles[112]

(קרן פלס)

2007 Im Hu Yelech

(אם הוא ילך, If He Goes)

Kfir Epstein[113]

(כפיר אפשטיין)

2009 Muvan Li Achshav

(מובן לי עכשיו, It's Clear to Me Now)

Ofer Bashan[114]

(עפר בשן)

2009 Boi Ha Yom

(בואי היום, Come Today)

Yahli Sobol[115]

(יהלי סובול)

2009 Sof

(סוף, End)

Ilai Botner, Harel Skaat[116]

(עילי בוטנר, הראל סקעת)

2009 Od Yair Alay

(עוד יאיר עלי, His Light Will Shine on Me)

Ofer Bashan, Benny Bashan, Harel Skaat[117]

(עפר בשן, בני בשן, הראל סקעת)

2010 Milim

(מילים, Words)

Tomer Adaddi, Noam Horev[118]

(תומר הדדי, נועם חורב)

2011 Od Tihye Li Ahava

(תהיה לי אהבה, I Will Have Love)

Harel Skaat, Noam Horev, Yahel Doron Guy Mensch, (Ran Shem Tov, producer)[119]
2011 21st Century

(המאה ה 21)

Ran Shem Tov, producer
2011 How Many More Ways

(כמה עוד דרכים)

Ran Shem Tov, producer
2013 Achshav

(עכשיו)

Harel Skaat, Jason Reeves, Rune Westberg

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harel Skaat's name is pronounced "har-EL skaat" (the last name rhymes with Scott)--to hear how the singer pronounces his name, listen to the beginning of the following interview:""הראל סקעת: "יש לי סיכוי של 50 אחוז לזכות, כי אני רק חצי תימני" (dalam bahasa Hebrew). Nana. 25 April 2010. Dicapai 11 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. ^ When known, transliterated Hebrew titles of Israeli artistic works are used throughout the article, and after each title's first appearance, the title in both Hebrew and English are included in parenthesis.
  3. ^ ""הראל סקעת: "יש לי סיכוי של 50 אחוז לזכות, כי אני רק חצי תימני" (dalam bahasa Hebrew). Nana. 25 April 2010. Dicapai 11 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ Kaminer, Amir (17 November 2004). "עודני ילד" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 19 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  5. ^ a b c Webb, Glen (24 February 2010). "Israel: Harel Skaat speaks to Eurovision.tv". Eurovision.tv. Dicapai 7 July 2010. 
  6. ^ a b c d e f g h i j k l m "Meet Har'el Ska'at – Israel's finest for Oslo 2010". iba.org.il. 15 March 2010. Dicapai 6 July 2010. 
  7. ^ "דור שלישי" (dalam bahasa Hebrew). Mooma. 19 August 2007. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  8. ^ a b Dalit, Paz (nd). "הראל סקעת" (dalam bahasa Hebrew). bamarom.co.il. Dicapai 11 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  9. ^ Gal's quote in Hebrew is "כמעט חסרת מילים
  10. ^ a b "הראל סקעת בגמר". Ynet. 28 July 2004. Dicapai 5 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  11. ^ Shiloni, Smadar (28 July 2010). "הגולשים בחרו: סקעת" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 5 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  12. ^ a b "Biography". Dicapai 17 April 2009. 
  13. ^ Halfon, Artzi (16 August 2004). "כולם ראו "כוכב נולד": הרחובות התרוקנו בעת הגמר" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 18 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  14. ^ Mester, Ilan (9 February 2010). "Harel Skaat: Israel's promising export". Ynet. Dicapai 11 June 2010. 
  15. ^ Shiloni, Smadar (15 August 2004). "העם בחר מויאל" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 18 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  16. ^ "Lights out for Middle East Super Star Competitions". Al Bawaba/Financial Times. 6 September 2004. 
  17. ^ Paquin, Nir (23 July 2006). ""I am here" – Harel Skaat". Epoch Times. Dicapai 7 July 2010. 
  18. ^ "[Harel Skaat, "a hundred young stars"]" (dalam bahasa Hebrew). Eonline.co.il. 28 September 2010. Dicapai 3 October 2010. [pautan putus]
  19. ^ Cohen, Avi (13 November 2005). "קלינטון: רבין ידע שהוא מסתכן ומת עבורכם" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  20. ^ "הופעות השנה: על מופעי יום העצמאות" (dalam bahasa Hebrew). nrg.co.il. 19 April 2010. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  21. ^ Schiff, Berry (18 April 2010). "בלעדי: משה פרץ והראל סקעת ליום הזיכרון" (dalam bahasa Hebrew). Walla. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  22. ^ Rochas, Ronit (15 November 2007). "Hanukkah Review". Haaretz. Dicapai 17 April 2009. 
  23. ^ "פסטיגל על הזמן" (dalam bahasa Hebrew). wnet.co.il. 29 November 2007. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  24. ^ "מופעי חנוכה: מדריך הנחות" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. 15 November 2004. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan); |first1= missing |last1= in Authors list (bantuan)
  25. ^ Kaminer, Amir (17 November 2004). "עודני ילד" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  26. ^ Shirloni, Smadar (4 January 2005). "מויאל גבר על סקעת בפסטיגל" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 14 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  27. ^ Segel, Itai (17 August 2005). "פעם חשבתי שהעולם הזה מאוד מאוד ורוד" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 9 October 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  28. ^ "Coming soon: Cellcom cellular telenovela". Ynet. 1 February 2006. Dicapai 24 June 2010. 
  29. ^ a b "Artist Info". jpop.com. nd. Dicapai 19 June 2010. 
  30. ^ a b Press, Viva Sarah (13 August 2006). "Sabra Sounds". Jerusalem Post. Dicapai 15 June 2010. 
  31. ^ Singer, Roman (19 July 2006). "אני ציפור אומרת שירה" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  32. ^ a b "הראל סקעת" (dalam bahasa Hebrew). yosmusic.com. July 2006. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  33. ^ The writer's quote is: ".לסקעת והכישרון שלו כזמר בעל קול חם ורהוט שיכול להגיע לרמות גבוהות יותר"
  34. ^ Dahlander, Gustav (29 May 2010). "Harel Skaat puts his faith in music". eurovision.tv. Dicapai 2 June 2010. 
  35. ^ Barnea, Or (22 September 2006). "השנה של פלסקעת" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  36. ^ Nathanson, Karen (29 August 2010). "הכל זהב" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  37. ^ Stern, Ital (9 May 2006). "אלבום זהב למטרופולין" (dalam bahasa Hebrew). nrg.co.il. Dicapai 13 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  38. ^ a b Natanson, Or Barnea Keren (11 June 2008). "צו מניעה נגד סקעת" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  39. ^ Grossman, Gilad (28 August 2008). "סקעת עצבים" (dalam bahasa Hebrew). Nrg.co.il. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  40. ^ a b c Moshe, Itai (30 July 2010). "פורש כנפיים" (dalam bahasa Hebrew). Magazin.org.il. Dicapai 30 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  41. ^ a b c Suissa, Eran (26 December 2008). "קשיים לסקעת בדרך לאירוויזיון" (dalam bahasa Hebrew). Nrg.co.il. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  42. ^ Schiff, Berry (9 February 2009). "הראל סקעת חוזר להקליט". Walla.co.il. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  43. ^ Perry, Tal (9 February 2009). "לפשרה פרסום ראשון: הראל סקעת והד ארצי הגיעו" (dalam bahasa Hebrew). Mako.co.il. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  44. ^ a b Barclay, Simon (2010). Eurovision Song Contest: The Complete and Independent Guide 2010. Silverthorn. ISBN 978-1-4457-8415-1. 
  45. ^ a b "דמויות" (dalam bahasa Hebrew). Charts.co.il. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  46. ^ "A new single for Harel Skaat under the "Aroma Music" label". Aroma.co.il. 7 June 2009. Dicapai 25 June 2010. 
  47. ^ Barnea, Or (18 September 2009). "The one who conquered the hearts". Ynet. Dicapai 18 June 2010. 
  48. ^ Nevo, Assaf (18 August 2009). ""הראל סקעת שר "סוף" (dalam bahasa Hebrew). Mako. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  49. ^ "סקעת מקליט ועוד לקט חדשות מקומיות" (dalam bahasa Hebrew). Musicaneto.com. 30 May 2010. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  50. ^ Oren, Amos (25 December 2010). "Harel Skaat performance". Habama.co.il. Dicapai 11 June 2010. 
  51. ^ "המצעד השנתי תש"ע 2009" (dalam bahasa Hebrew). IBA. 7 December 2009. Dicapai 8 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  52. ^ a b c Hersonski, Yossi (September 2009). "הראל סקעת" (dalam bahasa Hebrew). yosmusic. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  53. ^ The quote in Hebrew in reference to the song "Dmuyot" is "מונולוג של חקר עצמו-נפשו, וידוי חולשותיו, זהו סקעת רגשני מאוד, אלא שהפעם מלוטש יותר"
  54. ^ a b Simm, Jarmo (22 April 2010). "'It's going to be amazing, Harel says'". eurovision.tv. Dicapai 25 June 2010. 
  55. ^ Hondal, Victor (29 December 2009). "News". esctoday. Dicapai 12 June 2010. 
  56. ^ "Debate of the Knesset's Education Committee about preparations for the Eurovision Song Contest". Galilee. 29 December 2009. Dicapai 12 June 2010. 
  57. ^ Bar-On, Eran (6 March 2010). "'Milim' chosen to represent Israel at Eurovision". Ynet. Dicapai 15 March 2010. 
  58. ^ Harel Skaat's Eurovision 2010 and the song, "Milim" are available on itunes but "Milim" is listed under the English title of "Words".
  59. ^ Ritche, Gayle (29 May 2010). "Eurovision Song Contest returns but bookies reckon British entry will bomb". Daily Record. Dicapai 7 July 2010. 
  60. ^ Schiff, Berry (14 April 2010). "?סקעת באירוויזיון – בעברית, באנגלית או בשתיהן" (dalam bahasa Hebrew). Walla. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  61. ^ Henriksen, Arve (27 February 2010). "Vil ha levende musikk i ESC" (dalam bahasa Norwegian). Aftenposten. Dicapai 19 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  62. ^ Hondal, Victor (20 May 2010). "Israel: Milim official video released". esctoday.com. Dicapai 12 June 2010. 
  63. ^ Segev, Yoav (29 May 2010). "Israeli singer Harel Skaat places 14th in European song contest final". Haaretz. Dicapai 12 June 2010. 
  64. ^ a b Dahlander, Gustav (18 May 2010). "Harel Skaat puts his faith in his music". eurovision.tv. Dicapai 8 July 2010. 
  65. ^ Thompson, Jody (18 March 2010). "Israel favourites to win at Eurovision Song Contest as odds slashed that Terry Wogan will return to host event for BBC". Daily Mirror. Dicapai 15 June 2010. 
  66. ^ a b Bakker, Sietse (28 June 2010). "EBU reveals split voting outcome, surprising results". eurovision.tv. Dicapai 2 July 2010. 
  67. ^ 2010 is the first year that commentators selected the Marcel Bezençon Award for best artist. In previous years, the award was selected by past winners of the event, Dahlander, Gustav (18 May 2010). "Israeli grand slam in the Marcel Bezençon Awards". eurovision.tv. Dicapai 1 June 2010. 
  68. ^ Fox, Zoe (31 May 2010). "Skaat upbeat after Eurovision letdown". Jerusalem Post. Dicapai 12 June 2010. 
  69. ^ "אלבום חדש להראל סקעת" (dalam bahasa Hebrew). bidur.com. 29 January 2012. Dicapai 28 April 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  70. ^ ""הראל סקעת יככב במחזמר "כמעט שפוי" (dalam bahasa Hebrew). thepulse.co.il. 30 November 2011. Dicapai 28 April 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  71. ^ Sidis, Guy (14 February 2012). "שוב מאופק: הראל סקעת לא מספק את הסחורה" (dalam bahasa Hebrew). NRG.co.il. Dicapai 28 April 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  72. ^ Avital, Avishai (20 September 2012). "המצעד השנתי תשע"ב 2012 - התוצאות" (dalam bahasa Hebrew). iba.org. Dicapai 23 September 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  73. ^ "אתם בחרתם: "זיקוקים" הוא שיר השנה תשע"ב" (dalam bahasa Hebrew). Nana 10. 16 September 2012. Dicapai 23 September 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  74. ^ Nevo, Assaf (21 May 2010). "הראל סקעת בשיר חדש: "מובן לי עכשיו"" (dalam bahasa Hebrew). mako.co.il. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  75. ^ a b Nevo, Assaf (11 November 2009). "פופ סקעת" (dalam bahasa Hebrew). Reuters. Dicapai 8 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  76. ^ "הראל סקעת בהופעה מיוחדת במועדון זאפה תל-אביבב-9/6/10 שעה 20:30 מוזיקה" (dalam bahasa Hebrew). local.co.il. nd. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  77. ^ "הראל סקעת מזמין אתכם להופעה" (dalam bahasa Hebrew). mako.co.il. 7 July 2010. Dicapai 8 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  78. ^ Hadas, Niv (24 July 2010). "Another prodigy in the Gainsbourg dynasty". Haaretz. Dicapai 22 July 2010. 
  79. ^ a b "Израильского певца "убрали" со "Славянского базара" из-за политики" (dalam bahasa Russian). TUT.BY. 19 July 2010. Dicapai 19 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  80. ^ "כאן הראל סקעת, פריז" (dalam bahasa Hebrew). Mako. 2 March 2011. Dicapai 7 March 2011.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  81. ^ Segev, Yoav (29 May 2010). "Israeli singer Harel Skaat places 14th in European song contest finale". Haaretz. Dicapai 2 June 2010. 
  82. ^ Oren, Amos (25 December 2009). "הראל סקעת בהופעה" (dalam bahasa Hebrew). habama.co.il. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  83. ^ The quote in Hebrew is: "הראל סקעת, הזמר הכי לוהט בישראל 2006–2007"
  84. ^ a b "סיכום עשור במוזיקה הישראלית" (dalam bahasa Hebrew). mouse.co.il. 17 December 2009. Dicapai 13 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  85. ^ "גאון נגד נינט וסקעת" (dalam bahasa Hebrew). mooma.mako.co.il. 27 March 2007. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  86. ^ "כה רחוקה" (dalam bahasa Hebrew). nrg.co.il. 19 January 2006. Dicapai 19 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  87. ^ Smash, June; Weiss, Eric (10 June 2006). "ישר כמו פלס" (dalam bahasa Hebrew). nrg.co.il. Dicapai 7 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  88. ^ Skaat's quote in Hebrew is: ".המשאלה שלי הייתה תמיד להיות זמר, ואני עדיין עובד על זה. החכמה היא להישאר עם המשאלה ולשרוד את זה", "הראל סקעת" (dalam bahasa Hebrew). eonline.co.il. nd. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  89. ^ Motti, Regev; Seroussi, Edwin (2004). Popular Music and National Culture in Israel. University of California Press. m/s. 213–227. ISBN 0-520-23652-1. 
  90. ^ "גלי עטרי תצדיע לזמר התימני" (dalam bahasa Hebrew). Walla. 18 May 2009. Dicapai 25 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  91. ^ "Sex-change singer causes a stir in Israel". BBC News. 26 November 1997. Dicapai 25 June 2010. 
  92. ^ "Achinoam Nini". Dicapai 25 June 2010. 
  93. ^ a b Schiff, Berry (23 July 2010). "הראל סקעת ישתף פעולה עם מפיק זוכה גראמי" (dalam bahasa Hebrew). Walla. Dicapai 27 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  94. ^ "עידן רייכל, שרית חדד ואייל גולן זכו בפרסים במצעד עשור" (dalam bahasa Hebrew). mouse.co.il. 16 October 2009. Dicapai 5 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  95. ^ ""ממעמקים" הוא שיר העשור" (dalam bahasa Hebrew). Galgalatz. 16 October 2009. Dicapai 15 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  96. ^ "אייל גולן קיבל אישור להופיע ב"מופע העשור". קבלו את המקומות 40-21 במצעד" (dalam bahasa Hebrew). Mako.co.il. 14 October 2009. Dicapai 5 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  97. ^ "השיר הנבחר: "ממעמקים" של עידן רייכל" (dalam bahasa Hebrew). news1.co.il. 16 October 2010. Dicapai 25 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  98. ^ "שיר העשור: ממעמקים של הפרויקט של עידן רייכל" (dalam bahasa Hebrew). charts.co.il. 15 October 2010. Dicapai 5 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  99. ^ Nevo, Asaf (22 October 2010). "הראל סקעת מודה בנטיותיו המיניות" (dalam bahasa Hebrew). mako. Dicapai 22 October 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  100. ^ Grant, Anthony (30 March 2011). "Asked and Answered - Harel Skaat". The New York Times. Dicapai 30 May 2012. 
  101. ^ Fyler, Boaz (31 July 2010). "Tel Aviv: Thousands mark year since gay club murder". Ynet. Dicapai 31 July 2010. 
  102. ^ Cohen, Avi (2 August 2010). "Two killed in Tel Aviv shooting". Ynet. Dicapai 2 August 2010. 
  103. ^ "גל אוחובסקי: שמח בשביל סקעת שהוא יצא מהארון" (dalam bahasa Hebrew). Mako. 26 October 2010. Dicapai 27 October 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  104. ^ "הראל סקעת הצטרף לקבוצת רכישה במגדלי הצעירים בת"א" (dalam bahasa Hebrew). realestatetoday.co.il. 15 June 2010. Dicapai 17 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  105. ^ Heruti, Tali (2 November 2006). "הלב של הסלבז" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  106. ^ Avraham, Haim (9 November 2008). "הראל סקעת מתגייס למען ילדי פנימיות" (dalam bahasa Hebrew). Walla. Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  107. ^ Bashan, Hadash (9 September 2009). "יש לי רומן עם עצמי" (dalam bahasa Hebrew). Ynet. Dicapai 19 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  108. ^ "אין עוד סיכוי" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  109. ^ "ואת" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 6 July 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  110. ^ "כמה עוד אפשר" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  111. ^ "משהו ממני" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  112. ^ "כל הציפורים" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  113. ^ "אם הוא ילך" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  114. ^ "מובן לי עכשיו" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  115. ^ "בואי היום" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  116. ^ "סוף" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  117. ^ "עוד יאיר עלי" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  118. ^ "מילים" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  119. ^ "הראל סקעת בסינגל חדש: תהיה לי אהבה" (dalam bahasa Hebrew). Dicapai 22 June 2011.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Noa & Mira Awad
dengan "There Must Be Another Way"
Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision
2010
Diikuti oleh:
Dana International
dengan "Ding Dong"