Harga minyak Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Harga minyak Malaysia dikawal dan diberi subsidi oleh kerajaan Malaysia. Setakat 2008, kerajaan membelanjakan AS$14 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas asli setiap tahun.[1] Sementara pada 2013, jumlah ini telah menurun menjadi RM24.8 bilion (~USD7.6 bilion).[2] Oleh sebab Malaysia juga merupakan negara pengeluar petroleum, sebarang kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dapat dihad dan dikawal sedikit sebanyak.

Perubahan harga minyak 2008[sunting | sunting sumber]

Tahun 2008 menyaksikan beberapa siri kenaikan dan penurunan harga petrol di pam minyak sejajar dengan turun naik harga minyak mentah di pasaran dunia.

Pada 5 Jun 2008, kerajaan menaikkan harga minyak dan diesel secara mendadak, dengan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter (kenaikan 40%) manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.[3][4]

Sejajar dengan penurunan harga minyak dunia, kerajaan Malaysia pada 22 Ogos 2008 mengumumkan penurunan harga runcit minyak. Pengumuman ini menyaksikan harga petrol dan diesel diturunkan di antara lapan dan 22 sen mulai 23 Ogos 2008.[4] Pada 24 September 2008 pula, kerajaan mengumumkan penurunan 10 sen harga petrol dan diesel.[5] Berikutan harga minyak dunia yang terus menurun, bermula 15 Oktober, harga minyak diturunkan lagi antara 10 dan 20 sen.[6] Seterusnya pada 1 November, harga petrol dan diesel terus diturunkan sebanyak 15 sen.[7] Harga runcit petrol terus turun pada 18 November[8], 3 Disember 2008[9] dan 16 Disember 2008.[10]

Subsidi minyak[sunting | sunting sumber]

Mulai 1 November 2008, Kerajaan Malaysia tidak lagi memberi subsidi petrol seperti yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, pada 18 November 2008.[11] Mengikut Shahrir, syarikat minyak mengambil 19.54 sen manakala operator stesen minyak mengambil 12.19 sen dan perbezaan antara harga di pam minyak dan kos serta komisyen syarikat dan operator dipulangkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Bagaimanapun, kerajaan masih membayar rebet tunai kepada pemilik kenderaan seperti yang diumumkan sebelum ini di bawah skim baru subsidi bahan api. Rebet sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak "pick up" dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc. Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Rebet tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan. Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai itu akan diberikan dalam bentuk tunai atau kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 14 Jun 2008.

Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc. Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.

Penukaran RON 92 kepada RON 95[sunting | sunting sumber]

Mulai 1 September 2009, minyak petrol RON 92 dihentikan jualan dan digantikan dengan RON 95. Kualiti RON 95 selaras dengan spesifikasi EURO2M. RON 95 mula dijual pada harga RM 1.75 sebelum dinaikkan kepada RM 1.80. Pada hari yang sama, harga RON 97 naik kepada RM 2.05.[12] Mulai 1 Ogos 2010 pula, cuma kenderaan didaftarkan di Malaysia dibenarkan membeli petrol RON95; kenderaan asing (terutamanya dari Singapura dan Thailand) cuma dibenarkan membeli RON97 (atau diesel) di stesen minyak Malaysia.[13]

Sejak diperkenalkan, harga RON 95 telah naik tiga kali, pada 16 Julai 2010 naik 5 sen menjadi RM 1.85/liter, pada 3 Disember 2010 naik lagi 5 sen menjadi RM 1.90/liter,[14] dan terbaru pada 3 September 2013 naik 20 sen menjadi RM2.10/liter.

Sejarah harga petrol & diesel[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut menunjukkan harga runcit di stesen minyak bagi Petrol RON 92(ditamatkan pada 9/1/2009), RON 95(bermula pada 9/1/2009), RON 97, DIESEL sejak 1990 hingga JAN 2015.

RON 97 RON 95 RON 92 DIESEL DIESEL EURO 5
Tarikh Harga Beza Harga Beza Harga Beza Harga Beza Harga Beza
1/1/1990 1.10   1.06 0.65
1/10/2000 1.20 0.1 1.16 0.1 0.70 0.05
20/10/2001 1.30 0.1 1.26 0.1 0.70 0
1/5/2002 1.32 0.02 1.28 0.02 0.72 0.02
31/10/2002 1.33 0.01 1.29 0.01 0.72 0
1/3/2003 1.35 0.02 1.31 0.02 0.76 0.04
1/5/2004 1.37 0.02 1.33 0.02 0.78 0.02
1/10/2004 1.42 0.05 1.38 0.05 0.83 0.05
1/4/2005 1.42 0 1.38 0 0.88 0.05
5/5/2005 1.52 0.1 1.48 0.1 1.08 0.2
31/7/2005 1.62 0.1 1.58 0.1 1.28 0.2
28/2/2006 1.92 0.3 1.88 0.3 1.58 0.3
4/6/2008 2.70 0.78 2.62 0.74 2.58 1
23/8/2008 2.55 -0.2 2.40 -0.2 2.50 -0.1
25/9/2008 2.45 -0.1 2.30 -0.1 2.40 -0.1
16/10/2008 2.30 -0.2 2.20 -0.1 2.20 -0.2
1/11/2008 2.15 -0.2 2.05 -0.2 2.05 -0.2
18/11/2008 2.00 -0.2 1.90 -0.2 1.90 -0.2
3/12/2008 1.90 -0.1 1.80 -0.1 1.80 -0.1
16/12/2008 1.80 -0.1 1.70 -0.1 1.70 -0.1
16/5/2009 1.80 0 1.75 0.05 1.70 0
1/9/2009 2.05 0.25 1.80 1.70 0
16/7/2010 2.10 0.05 1.85 0.05 1.75 0.05
2/11/2010 2.15 0.05 1.85 0 1.75 0
1/12/2010 2.30 0.15 1.90 0.05 1.80 0.05
5/1/2011 2.40 0.1 1.90 0 1.80 0
1/2/2011 2.50 0.1 1.90 0 1.80 0
2/4/2011 2.70 0.2 1.90 0 1.80 0
5/5/2011 2.90 0.2 1.90 0 1.80 0
16/6/2011 2.80 -0.1 1.90 0 1.80 0
5/4/2012 2.90 0.1 1.90 0 1.80 0
7/6/2012 2.80 -0.1 1.90 0 1.80 0
5/7/2012 2.60 -0.2 1.90 0 1.80 0
24/8/2012 2.70 0.1 1.90 0 1.80 0
6/9/2012 3.00 0.3 1.90 0 1.80 0
27/2/2013 2.70 -0.3 1.90 0 1.80 0
7/3/2013 2.90 0.2 1.90 0 1.80 0
22/5/2013 2.70 -0.2 1.90 0 1.80 0
3/9/2013 2.70 0 2.10 0.2 2.00 0.2
5/9/2013 2.85 0.15 2.10 0 2.00 0
14/11/2013 2.75 -0.1 2.10 0 2.00 0
8/1/2014 2.80 0.05 2.10 0 2.00 0
7/2/2014 2.85 0.05 2.10 0 2.00 0
7/3/2014 2.90 0.05 2.10 0 2.00 0
6/6/2014 2.85 -0 2.10 0 2.00 0
9/9/2014 2.75 -0.1 2.10 0 2.00 0
2/10/2014 2.75 0 2.30 0.2 2.20 0.2
19/11/2014 2.55 -0.2 2.30 0 2.20 0
1/12/2014 2.46 -0.1 2.26 -0 2.23 0.03
1/1/2015 2.11 -0.4 1.91 -0.4 1.93 -0.3
1/2/2015 2.00 -0.11 1.70 -0.21 1.70 -0.23
1/3/2015 2.25 0.25 1.95 0.25 1.95 0.25
1/6/2015 2.35 0.10 2.05 0.10 2.05 0.10
1/7/2015 2.55 0.20 2.15 0.10 2.05 0.00 2.15
1/8/2015 2.45 -0.10 2.05 -0.10 1.95 -0.10 2.05 -0.10
1/9/2015 2.35 -0.10 1.95 -0.10 1.80 -0.15 1.90 -0.15
1/10/2015 2.45 0.10 2.05 0.10 1.90 0.10 2.00 0.10
1/11/2015 2.45 0.00 2.05 0.00 1.90 0.00 2.00 0.00
1/12/2015 2.45 0.00 1.95 -0.10 1.90 0.00 2.00 0.00
1/1/2016 2.25 -0.20 1.85 -0.10 1.60 -0.30 1.70 -0.30
1/2/2016 2.05 -0.20 1.75 -0.10 1.35 -0.25 1.45 -0.25
1/3/2016 1.95 -0.10 1.60 -0.15 1.35 0.00 1.45 0.00
1/4/2016 2.05 0.10 1.70 0.10 1.55 0.20 1.65 0.20
1/5/2016 2.05 0.00 1.70 0.00 1.55 0.00 1.65 0.00
1/6/2016 2.05 0.00 1.70 0.00 1.55 0.00 1.65 0.00
1/7/2016 2.10 0.05 1.75 0.05 1.60 0.05 1.70 0.05
1/8/2016 2.10 0.00 1.75 0.00 1.70 0.10 1.80 0.10
1/9/2016 2.05 -0.05 1.70 -0.05 1.70 0.00 1.80 0.00
1/10/2016 2.15 0.10 1.80 0.10 1.75 0.05 1.85 0.05
1/11/2016 2.30 0.15 1.95 0.15 1.90 0.15 2.00 0.15
1/12/2016 2.25 -0.05 1.90 -0.05 1.85 -0.05 1.95 -0.05
1/1/2017 2.40 0.15 2.10 0.20 2.05 0.20 2.15 0.20
1/2/2017 2.60 0.20 2.30 0.20 2.15 0.10 2.25 0.10
1/3/2017 2.60 0.00 2.30 0.00 2.20 0.05 2.30 0.05
30/03/2017 2.13 -0.47 2.41 0.11 2.11 -0.04 2.21 -0.09
06/04/2017 2.16 0.03 2.43 0.02 2.08 -0.03 2.18 -0.03
13/04/2017 2.24 0.08 2.52 0.09 2.16 0.08 2.26 0.08
20/04/2017 2.27 0.03 2.54 0.02 2.21 0.05 2.31 0.05
27/04/2017 2.21 -0.06 2.49 -0.05 2.14 -0.07 2.24 -0.07
04/05/2017 2.11 -0.10 2.39 -0.10 2.08 -0.06 2.18 -0.06
11/05/2017 2.01 -0.10 2.29 -0.10 1.95 -0.13 2.05 -0.13
18/05/2017 2.08 0.07 2.36 0.07 1.99 0.04 2.09 0.04
25/05/2017 2.12 0.04 2.40 0.04 2.03 0.04 2.13 0.04
01/06/2017 2.1 -0.02 2.38 -0.02 2.02 -0.01 2.12 -0.01
08/06/2017 2.05 -0.05 2.31 -0.07 1.94 -0.08 2.04 -0.08
15/06/2017 1.98 -0.07 2.24 -0.07 1.88 -0.06 1.98 -0.06
22/06/2017 1.91 -0.07 2.17 -0.07 1.88 0.00 1.98 0.00
29/06/2017 1.89 -0.02 2.15 -0.02 1.84 -0.04 1.94 -0.04
06/07/2017 1.93 0.04 2.19 0.04 1.91 0.07 2.01 0.07
13/07/2017 1.97 0.04 2.22 0.03 1.96 0.05 2.06 0.05
20/07/2017 1.97 0.00 2.22 0.00 1.96 0.00 2.06 0.00
27/07/2017 2.03 0.06 2.28 0.06 1.99 0.03 2.09 0.03
03/08/2017 2.07 0.04 2.32 0.04 2.05 0.06 2.15 0.06
10/08/2017 2.12 0.05 2.39 0.07 2.06 0.01 2.16 0.01
17/08/2017 2.15 0.03 2.43 0.04 2.04 -0.02 2.14 -0.02
24/08/2017 2.15 0.00 2.43 0.00 2.01 -0.03 2.11 -0.03
31/08/2017 2.16 0.01 2.44 0.01 2.04 0.03 2.14 0.03
07/09/2017 2.2 0.04 2.48 0.04 2.05 0.01 2.15 0.01
14/09/2017 2.21 0.01 2.52 0.04 2.14 0.09 2.24 0.09
21/09/2017 2.19 -0.02 2.49 -0.03 2.10 -0.04 2.20 -0.04
28/09/2017 2.16 -0.03 2.46 -0.03 2.12 0.02 2.22 0.02
05/10/2017 2.19 0.03 2.49 0.03 2.17 0.05 2.27 0.05
12/10/2017 2.16 -0.03 2.46 -0.03 2.10 -0.07 2.20 -0.07
19/10/2017 2.17 0.01 2.47 0.01 2.11 0.01 2.21 0.01
26/10/2017 2.2 0.03 2.50 0.03 2.13 0.02 2.23 0.02
02/11/2017 2.24 0.04 2.54 0.04 2.17 0.04 2.27 0.04
09/11/2017 2.31 0.07 2.60 0.06 2.20 0.03 2.30 0.03
16/11/2017 2.38 0.07 2.66 0.06 2.25 0.05 2.35 0.05
23/11/2017 2.3 -0.08 2.58 -0.08 2.23 -0.02 2.33 -0.02
30/11/2017 2.3 0.00 2.58 0.00 2.25 0.02 2.35 0.02
07/12/2017 2.29 -0.01 2.57 -0.01 2.21 -0.04 2.31 -0.04
14/12/2017 2.25 -0.04 2.52 -0.05 2.20 -0.01 2.30 -0.01
21/12/2017 2.27 0.02 2.54 0.02 2.23 0.03 2.33 0.03
28/12/2017 2.26 -0.01 2.53 -0.01 2.26 0.03 2.36 0.03
04/01/2018 2.29 0.03 2.56 0.03 2.32 0.06 2.42 0.06
11/01/2018 2.26 -0.03 2.53 -0.03 2.32 0.00 2.42 0.00
18/01/2018 2.3 0.04 2.57 0.04 2.32 0.00 2.42 0.00
25/01/2018 2.29 -0.01 2.56 -0.01 2.31 -0.01 2.41 -0.01
01/02/2018 2.31 0.02 2.58 0.02 2.34 0.03 2.44 0.03
08/02/2018 2.33 0.02 2.61 0.03 2.31 -0.03 2.41 -0.03
15/02/2018 2.23 -0.10 2.50 -0.11 2.19 -0.12 2.29 -0.12
22/02/2018 2.17 -0.06 2.43 -0.07 2.13 -0.06 2.23 -0.06
01/03/2018 2.2 0.03 2.47 0.04 2.18 0.05 2.28 0.05
08/03/2018 2.21 0.01 2.47 0.00 2.17 -0.01 2.27 -0.01
15/03/2018 2.18 -0.03 2.45 -0.02 2.16 -0.01 2.26 -0.01
22/03/2018 2.2 0.02 2.47 0.02 2.18 0.02 2.28 0.02
29/03/2018 2.2 0.00 2.47 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
05/04/2018 2.2 0.00 2.47 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
12/04/2018 2.2 0.00 2.47 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
19/04/2018 2.2 0.00 2.47 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
26/04/2018 2.2 0.00 2.47 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
03/05/2018 2.2 0.00 2.47 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
10/05/2018 2.2 0.00 2.47 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
07/06/2018 2.2 0.00 2.66 0.19 2.18 0.00 2.28 0.00
14/06/2018 2.2 0.00 2.60 -0.06 2.18 0.00 2.28 0.00
21/06/2018 2.2 0.00 2.59 -0.01 2.18 0.00 2.28 0.00
28/06/2018 2.2 0.00 2.50 -0.09 2.18 0.00 2.28 0.00
05/07/2018 2.2 0.00 2.58 0.08 2.18 0.00 2.28 0.00
12/07/2018 2.2 0.00 2.59 0.01 2.18 0.00 2.28 0.00
19/07/2018 2.2 0.00 2.56 -0.03 2.18 0.00 2.28 0.00
26/07/2018 2.2 0.00 2.54 -0.02 2.18 0.00 2.28 0.00
02/08/2018 2.2 0.00 2.64 0.10 2.18 0.00 2.28 0.00
09/08/2018 2.2 0.00 2.61 -0.03 2.18 0.00 2.28 0.00
16/08/2018 2.2 0.00 2.65 0.04 2.18 0.00 2.28 0.00
23/08/2018 2.2 0.00 2.65 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
30/08/2018 2.2 0.00 2.69 0.04 2.18 0.00 2.28 0.00
01/09/2018 2.2 0.00 2.65 -0.04 2.18 0.00 2.28 0.00
01/10/2018 2.2 0.00 2.79 0.14 2.18 0.00 2.28 0.00
01/11/2018 2.2 0.00 2.81 0.02 2.18 0.00 2.28 0.00
01/12/2018 2.2 0.00 2.50 -0.31 2.18 0.00 2.28 0.00
01/01/2019 2.2 0.00 2.50 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
05/01/2019 1.93 -0.27 2.23 -0.27 2.04 -0.14 2.14 -0.14
12/01/2019 1.92 -0.01 2.22 -0.01 2.05 0.01 2.15 0.01
19/01/2019 1.98 0.06 2.28 0.06 2.17 0.12 2.27 0.12
26/01/2019 1.98 0.00 2.28 0.00 2.18 0.01 2.28 0.01
02/02/2019 1.93 -0.05 2.23 -0.05 2.18 0.00 2.28 0.00
09/02/2019 1.97 0.04 2.27 0.04 2.18 0.00 2.28 0.00
16/02/2019 1.98 0.01 2.28 0.01 2.18 0.00 2.28 0.00
23/02/2019 2.08 0.10 2.38 0.10 2.18 0.00 2.28 0.00
02/03/2019 2.08 0.00 2.43 0.05 2.18 0.00 2.28 0.00
09/03/2019 2.08 0.00 2.46 0.03 2.18 0.00 2.28 0.00
16/03/2019 2.08 0.00 2.54 0.08 2.18 0.00 2.28 0.00
23/03/2019 2.08 0.00 2.61 0.07 2.18 0.00 2.28 0.00
30/03/2019 2.08 0.00 2.63 0.02 2.18 0.00 2.28 0.00
06/04/2019 2.08 0.00 2.63 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
13/04/2019 2.08 0.00 2.68 0.05 2.18 0.00 2.28 0.00
20/04/2019 2.08 0.00 2.80 0.12 2.18 0.00 2.28 0.00
27/04/2019 2.08 0.00 2.81 0.01 2.18 0.00 2.28 0.00
04/05/2019 2.08 0.00 2.80 -0.01 2.18 0.00 2.28 0.00
11/05/2019 2.08 0.00 2.70 -0.10 2.18 0.00 2.28 0.00
18/05/2019 2.08 0.00 2.68 -0.02 2.18 0.00 2.28 0.00
25/05/2019 2.08 0.00 2.76 0.08 2.18 0.00 2.28 0.00
01/06/2019 2.08 0.00 2.63 -0.13 2.18 0.00 2.28 0.00
15/06/2019 2.08 0.00 2.41 -0.22 2.18 0.00 2.28 0.00
22/06/2019 2.08 0.00 2.38 -0.03 2.18 0.00 2.28 0.00
29/06/2019 2.08 0.00 2.49 0.11 2.18 0.00 2.28 0.00
06/07/2019 2.08 0.00 2.53 0.04 2.18 0.00 2.28 0.00
13/07/2019 2.08 0.00 2.57 0.04 2.18 0.00 2.28 0.00
20/07/2019 2.08 0.00 2.67 0.10 2.18 0.00 2.28 0.00
27/07/2019 2.08 0.00 2.56 -0.11 2.18 0.00 2.28 0.00
03/08/2019 2.08 0.00 2.54 -0.02 2.18 0.00 2.28 0.00
10/08/2019 2.08 0.00 2.49 -0.05 2.18 0.00 2.28 0.00
17/08/2019 2.08 0.00 2.49 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
24/08/2019 2.08 0.00 2.51 0.02 2.18 0.00 2.28 0.00
31/08/2019 2.08 0.00 2.50 -0.01 2.18 0.00 2.28 0.00
07/09/2019 2.08 0.00 2.50 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
14/09/2019 2.08 0.00 2.53 0.03 2.18 0.00 2.28 0.00
21/09/2019 2.08 0.00 2.67 0.14 2.18 0.00 2.28 0.00
28/09/2019 2.08 0.00 2.79 0.12 2.18 0.00 2.28 0.00
05/10/2019 2.08 0.00 2.60 -0.19 2.18 0.00 2.28 0.00
12/10/2019 2.08 0.00 2.67 0.07 2.18 0.00 2.28 0.00
19/10/2019 2.08 0.00 2.68 0.01 2.18 0.00 2.28 0.00
26/10/2019 2.08 0.00 2.59 -0.09 2.18 0.00 2.28 0.00
02/11/2019 2.08 0.00 2.56 -0.03 2.18 0.00 2.28 0.00
09/11/2019 2.08 0.00 2.57 0.01 2.18 0.00 2.28 0.00
16/11/2019 2.08 0.00 2.70 0.13 2.18 0.00 2.28 0.00
23/11/2019 2.08 0.00 2.66 -0.04 2.18 0.00 2.28 0.00
30/11/2019 2.08 0.00 2.66 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
07/12/2019 2.08 0.00 2.64 -0.02 2.18 0.00 2.28 0.00
14/12/2019 2.08 0.00 2.64 0.00 2.18 0.00 2.28 0.00
21/12/2019 2.08 0.00 2.58 -0.06 2.18 0.00 2.28 0.00
28/12/2019 2.08 0.00 2.63 0.05 2.18 0.00 2.28 0.00
04/01/2020 2.08 0.00 2.65 0.02 2.18 0.00 2.28 0.00
11/01/2020 2.08 0.00 2.62 -0.03 2.18 0.00 2.28 0.00
18/01/2020 2.08 0.00 2.53 -0.09 2.18 0.00 2.28 0.00
25/01/2020 2.08 0.00 2.49 -0.04 2.18 0.00 2.28 0.00
01/02/2020 2.08 0.00 2.41 -0.08 2.18 0.00 2.28 0.00
08/02/2020 2.04 -0.04 2.34 -0.07 2.08 -0.10 2.18 -0.10
15/02/2020 2.06 0.02 2.36 0.02 2.14 0.06 2.24 0.06
22/02/2020 2.08 0.02 2.38 0.02 2.14 0.00 2.24 0.00
29/02/2020 2.08 0.00 2.40 0.02 2.13 -0.01 2.23 -0.01
07/03/2020 1.89 -0.19 2.19 -0.21 1.96 -0.17 2.06 -0.17
14/03/2020 1.82 -0.07 2.10 -0.09 1.87 -0.09 1.97 -0.09
21/03/2020 1.44 -0.38 1.74 -0.36 1.75 -0.12 1.85 -0.12
28/03/2020 1.38 -0.06 1.68 -0.06 1.68 -0.07 1.78 -0.07
04/04/2020 1.3 -0.08 1.60 -0.08 1.58 -0.10 1.68 -0.10
11/04/2020 1.25 -0.05 1.55 -0.05 1.46 -0.12 1.56 -0.12
18/04/2020 1.25 0.00 1.55 0.00 1.43 -0.03 1.53 -0.03
25/04/2020 1.25 0.00 1.55 0.00 1.40 -0.03 1.50 -0.03
02/05/2020 1.25 0.00 1.55 0.00 1.40 0.00 1.50 0.00
02/05/2020 1.25 0.00 1.55 0.00 1.40 0.00 1.50 0.00


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ AP (2008-06-03). "Malaysia to lift fuel price controls". Associated Press. USATODAY.com. Dicapai pada 2013-07-20.
  2. ^ Lee Shi-Ian (2 September 2013). "It's finally here, fuel price up tonight. New taxes next?". The Malaysian Insider. Dicapai pada 5 September 2013.
  3. ^ "Malaysia raises petrol prices by 40%" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. 4 Jun 2008. Dicapai pada 24 September 2008.
  4. ^ a b "Harga Petrol Dan Diesel Turun Mulai Sabtu, Umum Abdullah". Bernama. 22 Ogos 2008. Dicapai pada 24 September 2008.
  5. ^ "Harga Petrol, Diesel Turun 10 Sen Esok". Bernama. 24 September 2008. Dicapai pada 24 September 2008.
  6. ^ "Harga minyak turun lagi, kali ini antara 10 hingga 20 sen". mStar Online. 14 Oktober 2008. Dicapai pada 14 Oktober 2008.
  7. ^ "Petrol Dan Diesel Turun 15 Sen Esok". Bernama. 31 Oktober 2008. Dicapai pada 31 Oktober 2008.
  8. ^ "Harga minyak turun 15 sen, kali kelima tahun ini". mStar Online. 18 November 2008. Dicapai pada 18 November 2008.
  9. ^ "Harga minyak turun lagi, rendah sebelum paras Jun". mStar Online. 3 Disember 2008. Dicapai pada 3 Disember 2008.
  10. ^ "Petrol Dan Diesel Turun 10 Sen Berkuatkuasa Selasa". Bernama.com. 15 Disember 2008. Dicapai pada 15 Disember 2008.
  11. ^ "Malaysians are now paying petrol tax" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Insider. 18 Nov 2008. Dicapai pada 18 November 2008.
  12. ^ "Minyak petrol RON95 ganti RON92, 5 sen lebih mahal". mSTAR Online. 1 Sept 2009. Dicapai pada 1 Sept 2009. Periksa date values in: |accessdate=, |date= (bantuan)
  13. ^ RON97 Petrol Sales Shoots Up In Border Towns Bernama. 4 Ogos 2010.
  14. ^ Second round subsidy cut MIDF. 6 Disember 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]