Cuti umum di Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hari-hari cuti di Singapura)
Lompat ke: pandu arah, cari

Hari-hari cuti di Singapura mencerminkan kepelbagaian budaya yang terdapat di negara itu. Hari-hari cuti yang terdapat di Singapura termasuk, Hari Tahun Baru Cina, Hari Vesak yang disambut oleh penganut Buddha, dan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji oleh penganut Islam. Perayaan masyarakat Hindu yang merupakan hari cuti adalah Hari Deepavali sementara untuk penganut Kristian adalah Krismas dan Good Friday.

Daftar hari-hari cuti di Singapura[sunting | sunting sumber]

  1. Hari Tahun Baru - 1 Januari setiap tahun
  2. Hari Tahun Baru Cina (2 hari) - tarikh tidak tetap (berdasarkan kalendar Cina)
  3. Hari Raya Haji - tarikh tidak tetap (berdasarkan kalendar Islam) pada 10 Zulhijjah
  4. Good Friday - tarikh tidak tetap, jatuh pada setiap Mac atau April
  5. Hari Buruh - 1 Mei
  6. Hari Vesak - tarikh tidak tetap (berdasarkan kalendar penganut Buddha, setiap bulan Mei atau Jun)
  7. Hari Kebangsaan - 9 Ogos
  8. Hari Deepavali - tarikh tidak tetap (berdasarkan kalendar Hindu, setiap bulan Oktober atau November)
  9. Hari Raya Puasa - tarikh tidak tetap (berdasarkan kalendar Islam) pada 1 Syawal
  10. Krismas - 25 Disember
Hari Isnin menjadi hari cuti jikalau perayaan jatuh pada hari Ahad.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]