Hari Keharmonian Kaum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hari Keharmonian Kaum
Diamalkan padaSingapura
JenisSekular
KepentinganMemperingati sempena rusuhan kaum Singapura 1964
Tarikh21 Julai
KekerapanTahunan

Hari Keharmonian Kaum di Singapura merupakan sambutan untuk meraikan kejayaan sebagai sebuah negara berdaulat yang harmoni berbilang kaum dan agama. Disambut pada 21 Julai setiap tahun, dengan kebanyakan aktiviti diatur oleh pelbagai sekolah dan organisasi akar umbi, termasuk kumpulan agama.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertama kali disambut pada tahun 1997 oleh Kementerian Pendidikan Singapura di peringkat sekolah-sekolah, acara ini bagi memperingati Rusuhan kaum Singapura 1964 yang berlaku pada 21 Julai 1964 ketika Singapura masih menjadi sebahagian daripada Malaysia (1963-1965) - dilaporkan seramai 22 orang kehilangan nyawa dan ratusan cedera mengalami cedera parah. Terdapat pelbagai rusuhan yang lain sepanjang tahun 50-an dan 60-an menjelang dan selepas kemerdekaan Singapura pada bulan Ogos 1965.[2]

Hari Keharmonian Kaum sejak itu memperluas jangkauannya. Hari ini, organisasi akar umbi seperti Persatuan Rakyat (Singapura) dan Majlis Pembangunan Masyarakat juga terlibat.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hari Keharmonian Kaum dedah pelajar di S'pura kepada berbilang budaya dan kaum, Berita Harian Singapura, Dicapai pada 20 Julai 2019
  2. ^ Singapore, National Library Board. "Racial Harmony Day". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 17 August 2018.
  3. ^ Han, Jamie; Loh, Pei Ying. "Racial Harmony Day". Singapore Infopedia. Dicapai pada 10 April 2018.
  4. ^ NN, Soorya Kiran (24 July 2017). "Harmony Games: Minister stresses on religious harmony in Singapore". International Business Times, Singapore Edition (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 August 2018.