Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sambutan Malaysia Merdeka 50 Tahun disambut pada 31 Ogos 2007 setelah mendapat kemerdekaan dan penjajah British pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini bukan hanya diadakan pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Tahun 2007 juga merupakan Tahun Melawat Malaysia.

Semenanjung Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara negara Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 dan disusuli oleh kemerdekaan negara Sabah pada 31 Ogos 1963 sebelum membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 dikira sebagai tarikh rasmi negara Malaysia merdeka.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Sambutan Malaysia Merdeka ke-50 tahun ini diadakan dengan beberapa tujuan:

  • Mengenang kembali jasa-jasa tokoh-tokoh berbilang kaum yang telah berjuang untuk memerdekakan tanahair.
  • Mengadakan pelbagai aktiviti menarik, terancang dan berterusan sepanjang tahun bagi menarik pelancong domestik dan luar negara.
  • Mewujudkan suasana meriah dan harmoni di Malaysia walaupun berhadapan dengan masalah-masalah kecil.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Lokasi utama sambutan ini tentulah di ibu kota Kuala Lumpur. Selain itu sambutan diadakan di Putrajaya dan semua 13 ibu negeri di Malaysia.

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Penglibatan pihak swasta juga penting dan mereka boleh mengadakannya di hotel, pasar raya dan sebagainya.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Aktiviti yang dirancang termasuklah aktiviti bercorak sosial , agama, sukan, hiburan , pelancongan , makanan dan sebagainya.