Hari Kemerdekaan Republik Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Kemerdekaan Republik Indonesia
Upacara penaikan bendera Indonesia di Istana Merdeka, Jakarta.
Nama rasmiHari Kemerdekaan
Diraikan oleh/di
Orang Indonesia
JenisKebangsaan
KepentinganMengingati Proklamasi Kemerdekaan Indonesia
Tarikh17 Ogos
KekerapanTahunan

Hari Kemerdekaan di Republik Indonesia (kadangkala digelar Tujuhbelasan) ialah hari cuti kebangsaan di Indonesia untuk memperingati ulang tahun Proklamasi Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.[1] Peristiwa ini dijadikan cuti am kebangsaan oleh Presiden Indonesia Soekarno pada 1953.

Upacara dan acara perayaan diadakan di seluruh negara untuk meraikan hari kebangsaan ini, termasuk kibaran bendera, permainan tradisional dan pertandingan kejiranan, perarakan patriotik dan kebudayaan.[2] Potongan harga ditawarkan oleh pusat membeli-belah atau perniagaan yang mengambil bahagian.[3]

Pada hari ini, semua saluran televisyen kebangsaan Indonesia menyiarkan Majlis Hari Kemerdekaan Nasional secara langsung dari Istana Merdeka di Jakarta. Televisyen juga sering menyiarkan lagu-lagu patriotik Indonesia, filem-filem, iklan dan pameran perbincangan patriotrik.

Undang-undang berkait[sunting | sunting sumber]

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 24 Tahun 2009 tentang Bendera, Bahasa, dan Lambang Negara serta Lagu Kebangsaan fasal 7 ayat 3 mengatur tentang kewajiban mengibarkan bendera Merah Putih bagi setiap warganegara Indonesia yang memiliki hak penggunaan rumah, kedai/pejabat, institusi pendidikan, pengangkutan awam mahupun persendirian di Indonesia, serta pejabat diplomat Indonesia luar negara pada setiap 17 Ogos.[4]

Perayaan[sunting | sunting sumber]

Majlis nasional[sunting | sunting sumber]

Peringatan detik-detik Proklamasi di Istana Merdeka dipimpin oleh Presiden Indonesia selaku Inspektur Upacara. Upacara dimulai sekitar pukul 10:00 pagi (WIB) untuk memperingati awal upacara Proklamasi. Upacara peringatan biasanya disiarkan secara langsung oleh semua saluran televisyen negara Indonesia. Acara-acara pada waktu pagi termasuk tembakan meriam, pengibaran bendera Sang Saka Merah Putih (Bendera Indonesia), pembacaan naskah Proklamasi, lintas hormat oleh tentera udara Indonesia yang biasa memberikan ucapan selamat daripada kokpit jet tempur dan Aubade dari Paduan Suara Gita Bahana Nusantara. Pada petang, Bendera Negara Sang Saka Merah Putih diturunkan pula, dan disiarkan juga secara langsung oleh saluran-saluran televisyen negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Independence Day 2019 and 2020". PublicHolidays.co.id (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-04-04.
  2. ^ Callistasia Anggun Wijaya (17 August 2016). "Jakartans celebrate Independence Day with parade". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 April 2019.
  3. ^ "Big discounts offered to commemorate Independence Day" (dalam bahasa Inggeris). The Jakarta Post. 30 August 2018. Dicapai pada 4 April 2019.
  4. ^ "Merah Putih Wajib Dikibarkan Di Setiap Rumah pada Hari Kemerdekaan". hukumonline.com (dalam bahasa Indonesian). 2014-08-16. Dicapai pada 2019-04-04.CS1 maint: unrecognized language (link)