Hari Keputeraan Rasmi Raja
Hari Keputeraan Rasmi Raja (bahasa Inggeris: King's Official Birthday ), atau Hari Keputeraan Rasmi Ratu (bahasa Inggeris: Queen's Official Birthday bagi raja perempuan, ialah hari yang terpilih di beberapa alam Komanwel iaitu hari keputeraan raja pemerintah diraikan secara rasminya di negera-negara berikut. Hari berkenaan tidak semestinya sama dengan tarikh sebenar hari keputeraan raja.
Hari keputeraan Raja Pemerintah pertama kali diperingati secara rasminya di Kerajaan Great Britain pada tahun 1748, untuk Raja George II. Semenjak itu, tarikh hari keputeraan raja atau ratu telah ditentukan sepanjang Empayar British, dan kemudian Negara Komanwel, sama ada melalui Titah Pengisytiharan Diraja yang dikurniakan oleh Raja atau dikeluarkan oleh Gabenor, atau oleh undang-undang statut yang diluluskan oleh parlimen tempatan. Tarikh sambutan hari ini berlainan seperti diguna pakai oleh setiap negara dan biasanya ditetapkan sekitar hujung bulan Mei atau permulaan bulan Jun, untuk sama dengan kebarangkalian tinggi cuaca baik di Hemisfera Utara untuk istiadat luar. Dalam beberapa keadaan, ia merupakan cuti umum yang rasmi, kadangkala sejajar dengan sambutan acara-acara yang lain. Kebanyakan alam Komanwel mengeluarkan senarai Kurniaan Hari Keputeraan Ratu pada masa ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Rencana BBC News tahun 2001 tentang tarikh Hari Keputeraan Rasmi Ratu di UK
- (Inggeris) Hari Keputeraan Ratu di laman web Royal Family
Templat:Elizabeth II dari United Kingdom
Templat:Hong Kong Holidays Templat:New Zealand Holidays Templat:Canadian royal symbols
- Cuti umum di Australia
- Cuti umum di Kanada
- Cuti umum di New Zealand
- Acara tahunan di Kanada
- Acara tahunan di United Kingdom
- Hari jadi ketua negara
- Perayaan April
- Perayaan Mei
- Perayaan Jun
- Jenis cuti kebangsaan
- Cuti dan sambutan mengikut penjadualan (hari bekerja ke-n bulan)
- Cuti musim bunga (Hemisfera Utara)
- Cuti musim luruh (Hemisfera Selatan)
- Pemerintahan beraja British