Hari Olimpik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Olimpik disambut pada 23 Jun setiap tahun, sempena penubuhan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Paris.[1] Idea ini dicadangkan pada tahun 1947 semasa Sesi IOC ke-41 oleh ahli IOC Czechoslovakia, Doktor Gruss, dan diterima oleh IOC pada Januari 1948.[2] Hari Olimpik telah dihubungkaitkan dengan Larian Hari Olimpik, yang dimulakan pada tahun 1987, di seluruh dunia.[3]

Hari Olimpik kini disambut di seluruh dunia oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan masing-masing, bukan sebagai sebuah acara sukan sahaja tetapi juga merangkumi program pendidikan dan kebudayaan.[1] Tiga prinsip Hari Olimpik ialah bergerak, belajar dan meneroka (move, learn, discover).[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "What is Olympic Day?" IOC. 31 Mei 2011. DIcapai pada 15 Ogos 2021.
  2. ^ "Olympic Day" IOC. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  3. ^ What is Olympic Day? International Fair Play Committee. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  4. ^ Olympians all over the world celebrate Olympic Day World Olympians Association. 23 Jun 2014. Dicapai pada 15 Ogos 2021.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]