Hari Showa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hari Shōwa)
Hari Showa
Nama rasmi昭和の日 Shōwa no hi
Juga dikenali sebagai
Hari Showa
Diraikan oleh/di
Orang Jepun
JenisKebangsaan
KepentinganMemperingati hari keputeraan Maharaja Showa
Tarikh29 April

Hari Shōwa (Jepun: 昭和の日, Hepburn: Shōwa no hi) adalah cuti umum tahunan di Jepun yang disambut pada 29 April. Ia memperingati hari keputeraan Maharaja Hirohito (Shōwa), maharaja yang memerintah sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia Kedua (dari 1926 ke 1989). Tujuan utama cuti ini adalah "untuk mengenang kembali zaman Shōwa apabila pemulihan dibuat selepas hari-hari yang bergolak, dan berfikir mengenai masa depan negara."

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maharaja Showa telah mangkat pada 7 Januari 1989. Pada 29 April, hari tersebut tidak lagi disambut sebagai Hari Keputeraan Maharaja tetapi ditetapkan sebagai Hari Kehijauan, sebahagian daripada Minggu Emas di Jepun. Selepas beberapa siri perundangan dalam Parlimen Jepun, akhirnya 29 April dijadikan sebagai Hari Shōwa manakala Hari Kehijauan dipindahkan kepada 4 Mei.

Tahun 29 April 4 Mei
sebelum tahun 1985 Hari Keputeraan Maharaja Tiada cuti
1985–1988 Hari Keputeraan Maharaja TIada cuti
1989–2006 Hari Kehijauan Tiada cuti
2007–kini Hari Shōwa Hari Kehijauan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]