Hari rehat pesihir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambaran perjumpaan Sabat daripada babad Johann Jakob Wick.

Dalam cerita rakyat Eropah, hari rehat pesihir[1] atau sabat pesihir adalah satu istilah yang digunakan bagi merujuk kepada perjumpaan ahli-ahli sihir yang biasanya diadakan pada waktu malam untuk menjalankan kegiatan-kegiatan sihir.[2] Konsep hari tersebut bermula sejak pertengahan abad ke-14 apabila ia pertama kalinya muncul di dalam catatan Pasitan, walaupun temasya dan pesta yang disebut oleh pengarang klasik Apuleius dan Petronius mungkin telah menjadi inspirasi.[3]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Kata "sabat" berasal secara tidak langsung daripada bahasa Ibrani שַׁבָּת (Shabbath, "hari rehat"). Dalam Judaisme, sabat merupakan hari rehat yang diraikan dari petang Jumaat sehingga ke tengah malam hari Sabtu; dalam agama Kristian moden, sabat merujuk kepada hari Ahad atau untuk tempoh masa yang serupa dengan sabat dalam minoriti gereja hari ketujuh. Sehubungan dengan kepercayaan zaman pertengahan dalam kuasa jahat ahli-ahli sihir serta dalam niat-niat jahat orang Yahudi dan pembidaah meyahudikan (kedua-duanya menjadi Penjaga Sabat),[4] perjumpaan syaitan para pesihir yang dipanggil oleh orang luar sebagai "sabat", "saumaah" atau "biara".[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "withces sabbath". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 18 Januari 2019. 
  2. ^ "Sabbat-définition". www.cnrtl.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai 16 Oktober 2010. 
  3. ^ "Witches' sabbath" (dalam bahasa Inggeris). Ensiklopedia Britannica. 1 Mac 2002. Dicapai 18 Januari 2019. 
  4. ^ Falk, Michael. "On the Name of the Weekly Day of Rest" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Kanada. Dicapai 18 Januari 2019. 
  5. ^ Rosenthal, Carlo Ginzburg; diterjemahkan oleh Raymond (1991). Ecstasies deciphering the witches' Sabbath (edisi pertama Amerika). New York: Pantheon Books. ISBN 0394581636.