Harimau Cina Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Harimau Cina Selatan
2012 Suedchinesischer Tiger.JPG
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
P. t. amoyensis
Nama trinomial
Panthera tigris amoyensis
(Hilzheimer, 1905)
Panthera tigris amoyensis distribution map.png
Taburan Harimau Cina Selatan

Harimau Cina Selatan atau Harimau China Selatan (Panthera tigris amoyensis), juga dikenali sebagai Harimau Cina, Harimau Amoy atau Harimau Xiamen, ialah satu subspesies harimau yang berasal dari hutan-hutan China Selatan. Harimau Cina Selatan adalah yang paling teruk terancam di kalangan subspesies harimau yang masih wujud. Para pakar menegaskan bahawa hanya ada kurang daripada 20 ekor harimau ini yang tinggal di dunia, lebih teruk lagi mungkin pupus pada 2010-an. Seekor anak harimau Cina Selatan berjaya dilahirkan di sebuah taman simpanan di Afrika Selatan pada November 2007, iaitu yang pertama dari subspesies ini yang lahir di luar negara China.[2] Pada Oktober 2007, jabatan perhutanan kaunti Zhenping, wilayah Shaanxi, menerbitkan gambar foto P. t. amoyensis dalam habitat semula jadinua, tetapi terbukti palsu setelah siasatan dijalankan.[3] Harimau Cina Selatan dianggap sebagai harimau “batang”, iaitu subspesies yang menjadi leluhur kepada semua harimau yang lain.[4] Harimau Cina Selatan baru-baru ini disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh jenis haiwan paling terancam di dunia.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nyhus, P. (2008) Panthera tigris ssp. amoyensis Dalam: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Versi 2009.1. www.iucnredlist.org Diterima pada 05 October 2009.
  2. ^ "South China Tiger Info". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-21. Dicapai pada 2009-02-21.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-29. Dicapai pada 2009-12-10.
  4. ^ South China Tiger - Stem Tiger - Panthera tigris amoyensis
  5. ^ South China Tiger Believed Still Exists in Wild - china.org.cn

Pautan luar[sunting | sunting sumber]