Pergi ke kandungan

Harimau Muda A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harimau Muda
logo
Nama penuhHarimau Muda A
GelaranYoung Tigers
Diasaskan2007
StadiumStadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia
(Kapasiti: 3,400)
PengerusiMalaysia Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
PengurusMalaysia Datuk Afandi Hamzah
JurulatihMalaysia Razip Ismail
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Harimau Muda A adalah nama bagi Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 22 tahun mewakili Malaysia di pertandingan bola sepak antarabangsa seperti Kejohanan Remaja B-23 AFC, Piala Juara-Juara Remaja begitu juga dengan pertandingan bola sepak bawah-23 antarabangsa. Ia diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Skuad ini adalah pasukan penghantar Malaysia B-23 dan pasukan bola sepak kebangsaan senior. Usia para pemain A di antara 19 hingga 22 manakala Harimau Muda B adalah untuk pemain bawah-19. Harimau Muda A kini bermain di S. League 2012.

Pasukan ini ditujukan untuk membangunkan pemain remaja Malaysia dan tidak akan merekrut warga lain di dalam skuad.

Pada Oktober 19, 2007 FAM telah memutuskan untuk memasukkan Malaysia B-21 sebagai salah satu pasukan di dalam Liga Perdana Malaysia 2007–08 dan dikenali sebagai Harimau Muda (Young Tigers).[1] Disebabkan oleh tugas-tugas antarabangsa, Malaysia B-21 diperlukan untuk melibatkan diri di dalam Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2010. Di dalam pertandingan tempatan, mereka melibatkan diri di dalam Liga Perdana dan Piala FA.

Harimau Muda telah dipecahkan kepada 2 pasukan pada Julai 2009, Harimau Muda A dan Harimau Muda B. Harimau Muda B telah dihantar ke Zibo, China untuk melibatkan diri di dalam Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2010 dan Harimau Muda A juga akan terlibat di dalam Liga Perdana dan Piala FA.

Semasa musim 2010, Harimau Muda A pergi ke pusat latihan di Zlaté Moravce, Slovakia selama 8 bulan manakala Harimau Muda B melibatkan diri di dalam Liga Perdana Malaysia 2010.

Selepas latihan di Slovakia, Harimau Muda A menyertai Liga Super Malaysia 2011 menggantikan KL PLUS FC dan Harimau Muda B meneruskan penglibatan dengan bermain di Liga Perdana Malaysia. Harimau Muda A menghabiskan di tempat ke-5 manakala Harimau Muda B bermain dengan teruk di musim ini dengan berada di dalam kedudukan tiga terbawah. Walaupun begitu, beliau berjaya mengelakkan daripada tersingkir dan akan terus bermain di Liga Perdana Malaysia.

Pada musim 2012, Harimau Muda A berganti tempat dengan Young Lions dari Singapura, yang sepatutnya terdiri daripada pasukan kebangsaan Singapura bawah-23. Young Lions akan menggantikan Harimau Muda A di dalam Liga Super manakala Harimau Muda A akan menggantikan Young Lions di dalam S.League.[2] Harimau Muda B meneruskan penglibatan dengan bermain di Liga Perdana Malaysia

Bagi musim S.League 2012, Harimau Muda A akan terus menggunakan pusat latihan dan ibu pejabat di Wisma FAM, Kelana Jaya seperti kebiasaannya, bagaimanapun bagi perlawanan liga, Harimau Muda A akan berpengkalan di Stadium Yishun di Yishun, Singapura.[3] Seperti pasukan lain yang terlibat di dalam musim 2012, Harimau Muda A akan ditaja oleh Yeo's H-TWO-O Original. Logo itu akan dicetak di belakang kit tuan rumah dan tempat lawan bagi Harimau Muda A.

Rekod pertandingan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Kedudukan Liga Pertandingan Piala
Slovakia
2007-08
8/13 Malaysia Liga Perdana Piala FA
Pusingan 1
Malaysia
2009
1/13
(Juara)
Malaysia Liga Perdana Piala FA
Suku Akhir
Slovakia
2010
Tiada Kedudukan
(hanya sebagai satu pasukan tetamu)
Slovakia Liga 1 Slovakia Piala Slovakia
Tidak Menyertai
Malaysia
2011
5/14 Malaysia Liga Super Piala FA
Pusingan 2
Singapura
2012
4/13 Singapura S.League Piala Singapura
Tidak Menyertai
Slovakia
2013
Kem Latihan Berpusat Slovakia - -
Australia
2014
9/13 Australia Liga Perdana Queensland -

Rekod Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]


Kejohanan Jemputan

[sunting | sunting sumber]

Rekod Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah
Tahun Pusingan BP M S K JG GB
Brunei 2002Separuh Akhir5203139
Brunei 2005Pusingan 1420237
Brunei 2007Separuh Akhir411247
JumlahTerbaik: Separuh Akhir135172023
Rekod Piala Thanh Nien
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
Vietnam 2007Tidak Memasuki
Vietnam 2008Pusingan 16/6200238
Vietnam 20096/6200226
Vietnam 2010Tempat Keempat4/6411235
Vietnam 2011Pusingan 15/6200214
Vietnam 2012Juara1/6431000
Vietnam 2013Tempat Ketiga3/55221810
Vietnam 2014Tempat Keempat4/6411278
JumlahTerbaik: Juara7/82375112441
Rekod Piala Emas Bangabandhu
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
Bangladesh 2015Juara1/6440072
JumlahTerbaik: Juara1/3440072

Keputusan terkini

[sunting | sunting sumber]

      Menang       Seri       Kalah

* Jaringan Malaysia biasanya disenaraikan lebih dahulu

Skuad Untuk Liga Singapura 2015

[sunting | sunting sumber]
# Nama Asal Posisi: Umur
1 Mohd Farhan Abu Bakar Kedah GK 14 Februari 1993 (umur 33)
3 Mohammad Ashmawi Md Yakin Negeri Sembilan RB 1 Januari 1994 (umur 32)
4 Muhammad Ariff Farhan Md Isa Kedah RB 4 Julai 1996 (umur 30)
5 Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris Terengganu CB 20 Disember 1994 (umur 31)
6 Muhammad Irfan Zakaria Kuala Lumpur 4 Jun 1995 (umur 31)
7 Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik Kedah CM 5 Mei 1995 (umur 31)
8 Shahrul Iqwan Samsudin Kedah RM,RW 17 Mei 1994 (umur 32)
9 Adam Nor Azlin Selangor CM,ST 5 Januari 1996 (umur 30)
10 Mohammad Ridzuan Abdunloh Pula Kedah LM, LW, ST 23 Februari 1994 (umur 32)
11 Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak Johor LM, LW 4 Ogos 1996 (umur 29)
12 Kumaahran Sathasivam Pulau Pinang ST 3 Julai 1996 (umur 30)
13 Azrul Nizam Muhammad Perak LM, LW 5 Disember 1994 (umur 31)
15 Mohamad Syawal Nordin Kedah CB 25 Mac 1993 (umur 33)
16 Mohd Asri Mardzuki Kedah LB 12 Mei 1994 (umur 32)
17 Muhamad Faizat Mohamad Ghazali Pulau Pinang ST 28 November 1994 (umur 31)
18 Syahrul Azwari Ibrahim Kelantan 12 Januari 1993 (umur 33)
19 Muhamad Arif Mohamed Anwar Selangor ST 14 Mac 1995 (umur 31)
20 Muhamad Akhir Bahari Perak RM,RW 22 Mac 1994 (umur 32)
21 Nazirul Naim Che Hashim Perak LB 6 April 1993 (umur 33)
22 Mohamad Ramdhan Ab Hamid Kelantan GK 16 Februari 1994 (umur 32)
23 Muhamad Ilham Amirullah Razali Terengganu GK 26 Februari 1994 (umur 32)
24 Annas Rahmat Negeri Sembilan CB 7 November 1994 (umur 31)
25 Mohamad Faris Shah Mohd Rosli Kelantan CM 17 April 1995 (umur 31)
26 Kenny Pallraj Davaragi Perak CM 21 April 1993 (umur 33)
27 Amirul Ikmal Hafiz Johor RB 17 Januari 1996 (umur 30)
29 Muhammad Syafwan Syahlan Kuala Lumpur ST 15 Januari 1993 (umur 33)

Malaysia
Farhan
Malaysia
Annas
Malaysia
Amirzafran
Malaysia
Ariff
Malaysia
Naim
Malaysia
Amirul
Malaysia
Adam
Malaysia
Syahrul
Malaysia
Ridzuan
Malaysia
Faizat
Malaysia
Kumaahran
Barisan Kemungkinan

Sumber:[4]

Untuk pemindahan baru-baru ini, lihat Senarai perpindahan kelab Malaysia 2015

Perpindahan 2015

[sunting | sunting sumber]

Perpindahan (Masuk)

[sunting | sunting sumber]


Perpindahan (Keluar)

[sunting | sunting sumber]


Bagi pemindahan baru-baru ini, lihat Senarai perpindahan kelab Malaysia 2015

Kakitangan kejurulatihan

[sunting | sunting sumber]
PengurusMalaysia Datuk Afandi Hamzah
Penolong pengurusMalaysia Abdul Halim Mu’azzam Ayob
Ketua jurulatihMalaysia Razip Ismail
Penolong ketua jurulatihMalaysia Rusdi Suparman
Jurulatih kecergasanSlovakia Rastislav Bozik
Jurulatih penjaga golMalaysia Yong Wai Hwang
FisioterapiSlovakia Vladimir Gramblicka
KitmanMalaysia Shukrie Haimie

Jurulatih

[sunting | sunting sumber]
TahunKetua Jurulatih
1992–1994Malaysia M. Karathu
1994–1995Malaysia N. Raju
1995–1998Tunisia Hatem Souissi
1999–2000England Allan Harris
2000–2004Brazil Jorvan Vieira
2004–2009Malaysia Datuk K. Rajagopal
2009–2010Malaysia Mohd Azraai Khor Abdullah
2010–sekarangMalaysia Ong Kim Swee

Anugerah dan Piala

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Brunei DPMM get to play in FA Cup, not Malaysia Cup
  2. "Harimau Muda to play in S-League, Young Lions In Malaysia's Super League" (dalam bahasa English). BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-03. Dicapai pada 2011-06-12.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. http://www.goal.com/en/news/14/asia/2012/01/06/2832876/malaysia-u-23-to-be-based-in-singapore-for-2012-sleague
  4. "Harimau Muda 2015". S.League.com. Dicapai pada 23 February 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]