Harimau Bintang
Harimau Bintang | |
---|---|
![]() | |
Harimau bintang Namibia | |
Status pemuliharaan | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Kordata |
Kelas: | Mamalia |
Order: | Karnivor |
Keluarga: | Felidae |
Genus: | Panthera |
Spesies: | P. pardus |
Nama binomial | |
Panthera pardus Linnaeus, 1758 | |
![]() | |
Sinonim | |
|
Harimau bintang (Panthera pardus) ialah salah satu kucing besar dalam genus Panthera. Ia hidup di Afrika dan Asia.
Isi kandungan
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Harimau bintang biasanya mempunyai bulu berwarna kuning dengan roset gelap dan bintik, dan warna lebih cerah di bahagian bawah. Namun terdapat banyak perbezaan dalam subspesies harimau bintang yang berbeza. Terdapat juga harimau bintang yang semuanya hitam, juga dipanggil harimau kumbang hitam.
Habitat[sunting | sunting sumber]
Asalnya harimau bintang hidup di seluruh Afrika (tapi bukan di Sahara) dan Asia Selatan. Namun, hari ini banyak subspesies harimau bintang, terutamanya di Asia, diancam kepupusan, pupus atau hampir mati.
Kehidupan[sunting | sunting sumber]
Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam. Ia dapat memanjat dengan sangat baik, dan banyak masanya tinggal di atas pokok. Ia selalunya makan mamalia sederhana besar, dan juga burung, reptilia serta serangga. Harimau bintang memburu pada waktu yang berbeza dalam sehari, dan mereka juga menggunakan cara berbeza untuk memburu.
Harimau bintang biasanya hidup sendirian dan cuba untuk tidak berjumpa dengan harimau bintang lain. Ia hanya bersama-sama apabila mengawan. Anak harimau bintang meninggalkan ibunya selepas 13 – 18 bulan.
Taksonomi[sunting | sunting sumber]
Harimau bintang (Panthera pardus) mempunyai beberapa subspesies. Sebahagian daripadanya ialah:
Subspesies Afrika:
- Harimau bintang Afrika (Panthera pardus pardus)
- Harimau bintang Barbary (Panthera pardus panthera)
- Harimau bintang Sinai (Panthera pardus jarvisi)
Subspesies Asia:
- Harimau bintang Afrika (Panthera pardus orientalis)
- Harimau bintang Anatolia (Panthera pardus tulliana)
- Harimau bintang Arabia (Panthera pardus nimr )
- Harimau bintang India (Panthera pardus fusca)
- Harimau bintang Parsi (Panthera pardus saxicolor)
- Harimau bintang Sri Lanka (Panthera pardus kotiya)
Galeri[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Cat Specialist Group (2002). Panthera pardus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 12 Mei 2006. Masukan pangkalan data termasuk justifikasi mengapa spesies ini berisiko rendah
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan: Leopard |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Harimau Bintang. |