Harimau menangis
Harimau menangis | |
---|---|
Nama alternatif | Suea rong hai |
Jenis | Beef dish |
Tempat asal | Thailand (Isan) |
Bahan utama | Daging lembu |
sunting · sunting di Wikidata |
Harimau menangis (Bahasa Thai: เสือร้องไห้ , suea rong hai) ialah sejenis masakan dari timur laut Thai yang terdiri daripada daging dada lembu yang diperisa dengan rempah-ratus serta dipotong dalam kepingan-kepingan kecil. Harimau menangis lazimnya dimakan bersama pulut serta makanan-makanan utama lain. Istilah "harimau menangis" ialah terjemahan daripada nama asal Thai. Sejarah disebalik nama makanan tersebut adalah mengenai seekor harimau betina yang kehilangan anaknya, harimau betina tersebut mencari anaknya sambil mengigit sekeping daging dimulutnya untuk diberikan kepada anaknya kerana dikhuatiri anaknya yang telah hilang beberapa hari itu sedang kelaparan. Setelah penat mencari, akhirnya ibu harimau tiba disuatu tempat dan menemukan anaknya. namun, alangkah sedihnya ibu harimau tersebut kerana menjumpai anaknya itu sedang bergembira di tiger show. Lalu ibu harimau menangis kekecewaan dan airmatanya jatuh dan terkena daging yang dibawanya. Ibu harimau meletakkan daging tersebut dan meninggalkan tempat itu. Daging tersebut telah dijumpai oleh salah seorang penduduk disitu. Lalu beliau memasaknya. Begitu lah terciptanya nama daging harimau menangis.