Haris Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haris Halim
Kelahiran
Haris bin Halim

(1997-06-12) 12 Jun 1997 (umur 26)
Cheras, Selangor, Malaysia
PendidikanSK Bandar Tun Hussein Onn (2004-2009)

SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 (2010-2014)

Universiti Malaya
PekerjaanPenyanyi, Ahli Perniagaan, Pelakon
Tahun aktif2019- kini
Label
Whiteroom Music

Haris bin Halim (lahir 12 Jun 1997) merupakan seorang penyanyi, serta mempunyai perniagaan kek batik dan popcorn dan pelakon lelaki Malaysia berasal dari Cheras, Selangor. Mempunyai kebolehan bermain banyak alat muzik seperti gitar, piano, drum dan ukulele. [1][2]

Single sulungnya, "Kekasih Baru" mempunyai jumlah tontonan di YouTube sebanyak 199 ribu melalui muzik videonya. Beliau mendapat sambutan yang memberangsangkan walaupun masih baru dalam industri muzik, dan tidak pernah muncul dalam mana-mana program realiti anjuran stesen televisyen tempatan. [3]

Lagu Kekasih Baru juga berjaya berada dalam carta Lagu Baru Nak Up di siaran radio ERA.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Haris Halim mula mengetengahkan bakatnya dalam bidang nyanyian pada tahun 2018, apabila dia telah dipanggil oleh SirKhan untuk menghadiri sesi ujibakat dan berjaya melepasi ujibakat tersebut. Penyanyi yang berusia 23 tahun ini diberi peluang untuk bernaung dibawah produksi milik SirKhan, iaitu Whiteroom Music.

Beliau melancarkan single sulungnya, "Kekasih Baru" pada 3 April 2020. Selepas lagunya dirilis, beliau mendapat banyak jemputan di siaran radio dan juga program di kaca televisyen.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Haris Halim merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2), Cheras, Selangor. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Malaya. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. [4][5][6]

Beliau mempunyai jumlah pengikut di Instagram seramai 11,100 pengikut dan di TikTok pula seramai 5, 701 pengikut. Siti NurHaliza dan Sarah Suhairi merupakan idolanya dalam industri muzik. [7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2020 Kekasih Baru

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen
Tahun Tajuk Saluran Tv
2020 Selamat Pagi Malaysia TV1

Berita RTM

myFreeview saluran 123

Muzik Muzik 35 TV3
MPop MY TV3
Selamat Malam Malaysia Berita RTM

myFreeview saluran 123

2021 Borak Kopitiam TV3
Wanita Hari Ini TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]